[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Pakai topeng ambil hadiah AS$20 juta

Pakai topeng ambil hadiah AS$20 juta



BAITULMUQADDIS - Sepasang kekasih yang memenangi hadiah loteri terbesar di Israel tampil untuk menuntut wang kemenangan berjumlah AS$20 juta (RM64.5 juta). Pasangan itu berkata, selama empat bulan mereka tidak tahu bahawa mereka memiliki tiket loteri bertuah itu.

Kedua-duanya muncul di hadapan pemberita semalam di sebuah pejabat tiket loteri dengan memakai topeng bagi menyembunyikan identiti mereka. Pasangan itu berkata, tiket bertuah itu diletakkan di bahagian bawah timbunan tiket loteri lama sebelum ia ditemui semula pada minggu ini.

Mereka kemudian memeriksa nombor tiket tersebut berulang kali dan mendapati ia merupakan tiket kemenangan. Identiti pemenang loteri di Israel lazimnya tidak didedahkan bagi menjaga hak persendirian.

Sumber : Kosmo

Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments