[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Pemuda miliki separuh badan

Pemuda miliki separuh badan

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



LOS ANGELES - Seorang pemuda berumur 35 tahun dari West Virginia, Amerika Syarikat (AS), Kenny Easterday hidup dengan separuh badannya kerana menghidap penyakit sacral agenesis yang menghalang tulang belakang daripada tumbuh dengan normal, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa dia berumur enam bulan, doktor memotong kedua-dua kaki Easterday dan menggunakan sebahagian daripada tulang kering bagi menyempurnakan pertumbuhan tulang belakangnya. Satu dokumentari televisyen di AS menunjukkan pemuda itu bermain pool, boling, bekerja dan menjalin hubungan dengan tunangnya, Nicky berusia 33 tahun.

Dia dan Nicky menjalin hubungan selama tujuh tahun lalu. Mereka kini sedang menunggu ujian sama ada Easterday ialah bapa seorang anak perempuan tunangnya itu.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner