[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Pesawat Indonesia patah dua

Pesawat Indonesia patah dua



ANOKWARI, Indonesia - Sebuah pesawat Boeing 737-300 milik syarikat penerbangan Merpati yang membawa 103 orang patah dua selepas tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Rendani di sini semalam. Pengurus Besar Penerbangan Awam, Herry Bhakti Singayuda berkata, pesawat itu merempuh pokok dan tergelincir ke dalam sebatang sungai yang cetek. Namun, hanya 20 orang cedera dalam nahas tersebut.

Menurut Herry, pesawat itu terhenti apabila bahagian ekornya berada di dalam sungai berkenaan kira-kira 200 meter dari hujung landasan. Sayap kiri pesawat itu turut patah manakala bahagian kokpit hampir putus.

"Saya keluar dari pesawat itu di bahagian yang patah." Pesawat itu berlepas dari Sorong di wilayah Papua Barat ke Manokwari dengan jarak penerbangan 340 kilometer. Herry berkata, hujan lebat dan kabus tebal disyaki menjadi punca kejadian.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments