[x] CLOSE THIS ADS.
Tuned by
 Yuu
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
print this page
send email
Entri Ini Di Bawah Keyword » Puluhan naik dek tertinggi

Puluhan naik dek tertinggi

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



DUBAI - Puluhan pelawat berbaris menunggu giliran untuk menaiki dek pemerhati di tingkat 124 bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini semalam. Dek Burj Khalifa dibuka semula setelah masalah lif tidak berfungsi menyebabkan ia ditutup, sebulan setelah perasmian gilang-gemilang bangunan setinggi 828 meter itu dibuat pada Januari lepas.

Semalam, berpuluh-puluh orang beratur untuk membuat tempahan tiket AS$27 (RM87) manakala selebihnya pula membeli tiket AS$109 (RM351) untuk menaiki tingkat 124 dan melihat panorama indah sekitar Dubai.

"Saya cuba datang ke sini (dek Burj Khalifa) sebelum ini, tetapi diberitahu ia ditutup. Kini saya tidak sabar untuk sampai ke dek itu," kata seorang pelancong Afrika Selatan, Edward Shoeman, 18.

Sumber : Kosmo
Bantu kami dengan klik banner di sini =D. Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com
 Banner

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Pada Entri Ini | Like Us On Facebook

Klik Untuk Komen | Click Here To Comments