KUANTAN - Remaja yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem PLKN di Pahang baru-baru ini sah merupakan pelajar cemerlang SSPM. Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, remaja berkenaan merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dan 1B dalam SPM 2009.
Menurutnya, remaja tersebut merupakan bekas pelajar SMK Bera Bandar 32, Bera dan remaja yang sama pernah memohon kepada PPD Bera untuk mengambil slip keputusan peperiksaan lebih awal berbanding pelajar lain tetepi permohonan pelajar terbabit terpaksa ditolak kerana ia bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
"Dia telah menghantar surat kepada PPD untuk mengambil keputusan lebih awal namun tidak dibenarkan kerana ia bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. "Kita juga tidak tahu apa sebenarnya motif dan tujuan pelajar terbabit hendak mengambil keputusan SPM lebih awal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

![18SX [+]](http://i.imgur.com/yXwB8.gif)

Pelajar Perempuan UKM Hilang!