
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja wanita sebuah kedai jam nyaris maut apabila sebahagian siling kedainya runtuh dalam satu kejadian di Lorong Haji Taib di sini kira-kira pukul 3.15 petang ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Azizan Ismail berkata, dalam kejadian di sebuah kompleks setinggi 19 tingkat itu, pekerja itu tidak sempat melarikan diri apabila siling tersebut tiba-tiba runtuh.Ketika kejadian, hanya pekerja wanita itu yang berada dalam kedai, katanya ketika dihubungi."
Bomba sampai di tempat kejadian kira-kira pukul 3.25 petang dan mendapati mangsa tersepit di celah runtuhan. Bagaimanapun dia hanya cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur,” katanya. Runtuhan dipercayai akibat tindakan pemilik premis tersebut mengubah suai dan meletakkan stok barangan yang dijual di atas siling di tingkat dua kedai itu.
Mereka ubah suai dengan menjadikan tempat tersebut sebagai stor yang menyebabkan siling itu tidak dapat menampung muatan berat lalu runtuh. Justeru pihak pengurusan bangunan termasuk bangunan lain dingatkan agar memeriksa setiap lot kedai agar perkara sama tidak berulang.
Sumber : Bernama









Lagu Tema Hari Kemerdekaan ke 53
Blog Politikus

hishh bahayanya... tak pasal2 pekerja tu kan....
ReplyDelete@~~ciklinn~~
ReplyDeletetau x pe, x pasal2 je, nasib baik la x de yg mati
harap kejadian ni di ambil pengajaran dan iktibar.. langkah2 keselamatan harus dititikberatkan.. apa yg blaku pasti ade hikmahnye.. :) mujur lah hnya cedera ringan... tiada yg maut.. syukur, ;)
ReplyDelete@eida
ReplyDeleteyuppp adik betul 2, entah pape je la adoyaiii mcm2 jadi
yang runtuh siling kan....??? naper tajuk nya lantai.....??? ka aku silap paham....??? ka aku langsung tak paham....???
ReplyDelete@.s.o.f.i.a.
ReplyDeletesofia, actly mmg siling, tp tajuk asal lantai, so kene matchingkan la, hehe
owh..bukan batu yg runtuh ea..igt batu yg runtuh..ish...
ReplyDelete@Zulfahmi Abidin
ReplyDeletetau x pe, nk tgk smlm x boleh, polis dah jaga
adeshh. nie kerja engineer yg xbertauliah lah niee. xukur betul2. kan dah runtuh. grrrrr.
ReplyDelete@syAzAnA
ReplyDeleteerkkkk, bukan taukey die ke modifite
penah pegi plaza tu
ReplyDelete@Faizal@PeJAY
ReplyDeleteyupppp :P