Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Komik Superman edisi 1938 dilelong RM4.9 juta

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



NEW YORK - Sebuah komik Action Comics No. 1 edisi tahun 1938 dijual kelmarin pada harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta) menerusi lelongan di laman web ComicConnect.com. Komik itu menampilkan watak Superman dan pada asalnya dijual dengan harga AS$0.10 (RM0.32).

Pada Februari lalu, komik yang sama dijual pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) walaupun ia tidak berada dalam keadaan yang baik. Dianggarkan terdapat 100 naskhah komik Action Comics No. 1. Naskhah itu dinilai tinggi sedikit berbanding komik yang dijual pada Februari lalu sebanyak AS$1 juta.

Komik yang dilelong kelmarin itu dibeli oleh Stephen Fishler dan Vincent Zurzolo, pemilik bersama laman web ComicConnect.com. Komik itu dibeli selepas beberapa minit diiklankan. "Saya tidak fikir akan terdapat buku lain yang boleh menandingi harganya. Ini mungkin harga rekod terakhir untuk sebuah komik sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 atau 20 tahun akan datang," kata Fishler.

Sumber : Kosmo

Read MoreKomik Superman edisi 1938 dilelong RM4.9 juta

Ricky Martin mengaku gay

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



LOS ANGELES - Penyanyi Puerto Rico, Ricky Martin (gambar) kini berdepan dengan perasaan terkejut para peminatnya di seluruh dunia setelah dia mengesahkan khabar angin bahawa dia seorang gay. "Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.

Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal. Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya. Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya. Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Sumber : Kosmo

Read MoreRicky Martin mengaku gay

Ahli keluarga ketua mafia derma RM6.2 juta


TAIPEI - Ahli keluarga mendiang ketua mafia Taiwan, Lee Chao-hsiung, yang meninggal dunia kerana kanser paru-paru pada 11 Mac lalu mendermakan AS$1.9 juta (RM6.2 juta) kepada badan-badan kebajikan bagi memenuhi wasiat terakhirnya, kata pihak berkuasa semalam. Chao-hsiung meninggal dunia semasa berumur 73 tahun dan pengebumiannya akan diadakan pada lewat bulan depan dengan lebih 20,000 orang dijangka menghadirinya.

Dia terkenal kerana banyak membantu rundingan bagi membebaskan sejumlah mangsa culik yang terdiri daripada ahli politik dan perniagaan termasuk Speaker Majlis Perbandaran Thaichung, Chang Hung-nien, lapor sebuah akhbar.

Menurut satu kenyataan majlis perbandaran itu, anak ketua mafia itu menderma wang tersebut dengan menggunakan nama bapanya kepada golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan termasuk empat buah pertubuhan kebajikan.


Sumber : Kosmo

Read MoreAhli keluarga ketua mafia derma RM6.2 juta

Pintu ke alam selepas mati ditemui di Mesir

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



KAHERAH, Mesir - Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.

Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut. Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.

Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera.

Sumber : Kosmo

Read MorePintu ke alam selepas mati ditemui di Mesir

Keranda bersadur emas di Muzium Negara

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



KUALA LUMPUR - Sebuah keranda berharga hampir setengah juta ringgit adalah antara tarikan utama pada Pameran Keranda - Tradisi dan Misteri di Muzium Negara di sini yang akan bermula dari 1 April hingga 20 Jun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara (JMN), Datuk Ibrahim Ismail berkata, keranda milik masyarakat Cina yang bersadur emas itu akan dipamerkan bersama 30 jenis keranda kaum lain termasuk Melayu, India serta etnik Sabah dan Sarawak.

Sumber : Kosmo

Read MoreKeranda bersadur emas di Muzium Negara

Nampak gemuk sebab bawa heroin

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita warga China yang memiliki saiz badan kecil molek namun mengenakan pakaian bersaiz besar membongkarkan rahsia dia sebenarnya membawa heroin seberat 1.8 kilogram untuk diseludup ke Hong Kong.

Wanita yang mencurigakan itu kemudian ditahan oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada pukul 6.35 pagi kelmarin.

Polis menemui dadah bernilai RM250,000 yang dimasukkan ke dalam plastik kemudian dilekatkan pada kedua-dua belah lengan dan kaki wanita berusia 40-an itu.

Sumber : Kosmo

Read MoreNampak gemuk sebab bawa heroin

Budak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



LONDON - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam. Yasha dari Leicester memberitahu: "Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan.

Baki soalan lain okey." Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu. Bapanya, Moussa, 47, berkata: "Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Saya berasa bangga dengannya." Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.

Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya. Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun.

Sumber : Kosmo

Read MoreBudak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level

Wanita hutang parkir RM343,000


AUSTRALIA – Seorang wanita yang berasal dari Paralowie, Australia telah mengejutkan orang ramai apabila dia mempunyai hutang yang berjumlah A$114,841.50 (RM343,000) dengan 360 saman parkir yang belum dibayar dalam tempoh kurang dua tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang berusia 37 tahun itu merupakan salah seorang daripada pesalah yang berhutang sebanyak A$205 juta (RM612 juta) kepada kerajaan.

Pihak Berkuasa Pentadbiran Mahkamah tidak akan mengumumkan namanya atas sebab undang-undang peribadi.

Sumber : Kosmo

Read MoreWanita hutang parkir RM343,000

Pelancong beg galas punca penyakit seks


SYDNEY – Pelancong-pelancong beg galas akan menjadi sasaran pihak berkuasa kesihatan di Australia bagi mengawal jangkitan penyakit seksual yang semakin meningkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Perangkaan terbaru menunjukkan pelancong asing muda suka meminum minuman keras, bertukar-tukar pasangan seks dan tidak memakai kondom berbanding penduduk Australia.

Kajian yang dilakukan selama lapan tahun itu menunjukkan 5,700 pelancong beg galas yang mengunjungi Pusat Kesihatan Seksual Sydney mendapati bahawa budaya seks, parti dan alkohol menjadi punca jangkitan penyakit seksual.

Sumber : Kosmo

Read MorePelancong beg galas punca penyakit seks

Semakin ramai bercerai



KANGAR - Masalah nafkah yang tidak mencukupi selain curang menjadi dua punca utama kira-kira 25 peratus atau sebanyak 509 daripada 2,037 pengantin di negeri ini sehingga akhir tahun lalu terpaksa bercerai.

Statistik itu disusuli dengan kes perceraian yang membabitkan 125 lagi pasangan sejak Januari lalu hingga pertengahan bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman menganggap ia petanda keruntuhan institusi keluarga di negeri ini mencapai tahap membimbangkan.


Sumber : Kosmo

Read MoreSemakin ramai bercerai

Pelacur lelaki pertama bersara

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



LAS VEGAS - Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan 'bersara' kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.

Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu.

Sumber : Kosmo

Read MorePelacur lelaki pertama bersara

Budak hilang otak kanan

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



JAMESTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang budak perempuan di sini, Carolina Utara, sembuh setelah kehilangan separuh otaknya dalam satu pembedahan sekali gus dianggap satu keajaiban oleh doktor dan keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak tersebut, Cameron Mott berumur sembilan tahun menghidap penyakit ganjil, sindrom Rasmussen apabila otak kanannya 'dimakan' kuman semasa berusia tiga tahun dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Kanak-kanak itu menjalani pembedahan membuang otak kanannya pada 2008 dan doktor-doktor memberitahu dia akan lumpuh kerana sebelah kiri tubuhnya yang dikawal organ itu tidak akan berfungsi.

Namun, Cameron yang bercita-cita menjadi seorang penari balet, dibenarkan pulang selepas hanya empat minggu dia dibedah. Dia menamatkan rawatan fisioterapi baru-baru ini dan kini boleh berlari dan bermain seperti kanak-kanak normal tetapi mengalami rabun penglihatan tidak serius.

Sumber : Kosmo

Read MoreBudak hilang otak kanan

Lelaki China miliki buah dada besar

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



BEIJING - Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam. Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Dia pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu. "Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar," katanya.

Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya.

Sumber : Kosmo


Read MoreLelaki China miliki buah dada besar

Kapal tentera Korea Selatan karam

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



SEOUL - Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang membawa lebih 100 krew tenggelam semalam selepas disyaki terkena tembakan torpedo jirannya, Korea Utara. Seorang pegawai tentera Korea Selatan berkata, operasi menyelamat telah dilakukan tetapi ramai kelasi dikhuatiri terbunuh.

Pihak berkuasa memberitahu, kapal peronda itu mula karam sekitar pukul 10.45 pagi waktu tempatan di Laut Kuning. Ketika kejadian, kapal berkenaan membalas tembakan ke arah sebuah kapal yang tidak dikenal pasti ke arah Korea Utara.

Susulan insiden itu, pemeritah Korea Selatan mengadakan satu mesyuarat tergempar melibatkan menteri pertahanan dan keselamatan bagi membincangkan tindakan lanjut.

Sumber : Kosmo

Read MoreKapal tentera Korea Selatan karam

Penggodam tahu kata laluan Obama

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



CLERMONT-FERRAND - Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara semalam selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.

Penggodam berusia 23 tahun yang cuma dikenali sebagai Francois C. menggunakan nama anjing kesayangan Obama, Bo sebagai kata laluan akaun Twitter milik presiden AS itu. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan bantuan polis Perancis mengambil masa enam bulan menjejaki lelaki itu yang menganggur sebelum menangkapnya di sini, tengah Perancis pada Selasa lepas.

"Saya tidak berniat jahat... Saya cuma mahu memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat kelemahan dalam sistem yang digunakan," kata lelaki itu. Penggodam tersebut yang berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah ditahan di sebuah balai polis di sini sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi menunggu perbicaraan pada 24 Jun depan.

Sumber : Kosmo

Read MorePenggodam tahu kata laluan Obama

Robot wanita jadi pesakit gigi

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



TOKYO - Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot semalam mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi. Robot itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar.

"Sakitlah," kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini. "Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda," kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.

Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot, tmsuk. Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan.

Sumber : Kosmo

Read MoreRobot wanita jadi pesakit gigi

Tiga UFO di langit Sydney

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



SYDNEY - Seorang wanita, Fiona Hartigan merakamkan gambar yang dipercayai beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar semalam. Objek berbentuk piring itu muncul di sebalik awan dan menjunam rendah di sebatang jalan raya yang sibuk di sini sebelum memecut ke ufuk barat.

Menurut wanita itu, dia baru sahaja keluar dari keretanya pada petang Ahad lepas untuk merakamkan gambar matahari terbenam apabila kejadian aneh itu berlaku. "Semasa saya hendak merakamkan gambar, objek hitam ini (UFO) muncul dan mula bergerak pada jarak kira-kira 800 meter tetapi ia semakin dekat," katanya.

"Setelah berada pada jarak kira-kira 400 meter, dua lagi piring terbang kecil muncul di langit tanpa mengeluarkan bunyi," tambah wanita itu. Menurutnya, UFO besar itu kemudian memecut ke satu arah manakala dua UFO kecil hilang daripada penglihatan.

Sumber : Kosmo

Read MoreTiga UFO di langit Sydney

Penduduk tangkap ular sawa 100kg



KUANTAN - Penduduk Kampung Kolek di Sungai Lembing dekat sini gempar apabila seekor ular sawa sepanjang lebih lapan meter ditemui berkeliaran di sebuah kawasan paya di kampung itu malam kelmarin.

Ular seberat hampir 100 kilogram itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada pukul 8.30 malam.

Pembantu Operasi JPAM, Abu Bakar Omar, 22, berkata, ular tersebut yang mengalami kecederaan di perut mungkin sedang mencari makanan sebelum ditangkap penduduk kampung.

Sumber : Kosmo


Read MorePenduduk tangkap ular sawa 100kg

Kasino nelayan, petani diserbu

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



SEKINCHAN - Tindakan pasangan suami isteri yang menjadikan rumah banglo dua tingkat mereka sebagai 'kasino mini' sejak sebulan lalu untuk petani dan nelayan terbongkar apabila diserbu di Kampung Baru di sini kelmarin. Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, seramai sembilan petani termasuk pasangan terbabit ditahan ketika sedang asyik berjudi.

Selain tangkapan, polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM8,000. Pemilik premis itu turut memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa. Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad berkata, ketika serbuan, kesemua suspek yang berusia di antara 38 hingga 63 tahun cuba melarikan diri.

"Pemeriksaan mendapati rumah tersebut dilengkapi dengan beberapa bilik khas yang disediakan untuk petani dan nelayan melepaskan lelah sambil berjudi selepas seharian bekerja. "Siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan tempat untuk berjudi sejak tiga minggu lalu," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.

Sumber : Kosmo

Read MoreKasino nelayan, petani diserbu

Rupa bumi Marikh

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menyiarkan imej beberapa bentuk bumi bergunung-ganang di planet Marikh.

Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya. Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.

Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh.

Sumber : Kosmo

Read MoreRupa bumi Marikh

Tentera India guna senjata cili

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



GAUHATI, India - Tentera India kini memiliki senjata baru bagi menentang pengganas iaitu cili paling pedas di dunia. Beberapa pegawai pertahanan semalam berkata, pihak tentera akan menggunakan cili yang dinamakan bhut jolokia atau cili hantu itu untuk menghasilkan gas pemedih mata dalam bentuk bom tangan bagi menumpaskan suspek.

"Grenad bhut jolokia akan menjadi senjata tanpa toksik yang berkesan kerana bau pedasnya membuatkan pengganas tercekik sekali gus memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian," kata Pengarah Jabatan Sains Hayat Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO), R. B. Srivastava.

Cili itu disenaraikan Guinness World Records pada 2007 sebagai cili paling pedas di dunia yang dimakan untuk merawat masalah perut dan cuaca panas. Ia yang ditanam di timur laut India jauh lebih pedas berbanding sos Tabasco atau lada jalapeno.

Sumber : Kosmo

Read MoreTentera India guna senjata cili

Tali tersangkut pada pundi kencing

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



CHONGQING - Seorang lelaki di China terpaksa dibedah setelah tali skip sepanjang 85 sentimeter tersangkut pada pundi kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam. Ia tersangkut selepas buruh berusia 58 tahun dari sini, Zhao Chenglin, memasukkan tali itu ke dalam zakarnya sebagai aksi satu permainan seks.

Dia memasukkan hampir kesemua tali itu ke dalam lubang kencingnya. Namun, malangnya, tali itu tersangkut semasa dia cuba menariknya keluar. Pemeriksaan di sebuah hospital kemudian mendapati tali itu bergumpal dan tersangkut pada pundi kencing lelaki tersebut.

Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan, Chenglin terpaksa hidup dalam kesakitan selama dua bulan sehingga rakannya berjaya memujuk seorang pakar di sebuah hospital untuk membantunya.

Sumber : Kosmo

Read MoreTali tersangkut pada pundi kencing

Ribut pasir landa China

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



BEIJING - Ribut pasir yang melanda seluruh China semalam menyebabkan sejumlah bandar-bandar diselubungi pasir dan batu halus sekali gus mengancam kesihatan penduduk. Kejadian itu merupakan kesan terbaru akibat pembersihan hutan, pembangunan dan kemarau yang berlaku di bahagian utara serta barat China.

Angin bertiup dari barat laut negara itu dengan membawa pasir ke seluruh China sejak Sabtu lepas sekali gus menjejaskan penduduk di Xinjiang dan Beijing. Sebuah lapangan terbang di Pulau Matsu, Taiwan menggantung perkhidmatan kelmarin akibat jarak penglihatan yang kabur ekoran ribut pasir.

Di Hong Kong, pegawai-pegawai berkata, seramai 20 orang terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kerana masalah kesihatan.

Sumber : Kosmo

Read MoreRibut pasir landa China

Bergayut untuk ke sekolah

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan. Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan. Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.

Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran. Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain.

Sumber : Kosmo

Read MoreBergayut untuk ke sekolah

Idea kreatif untuk dapatkan air

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



JAKARTA - Sebuah rumah pangsa di daerah Penjaringan, Jakarta dipenuhi dengan hos getah yang membekalkan air dari paip di luar kediaman mereka semalam.

Beberapa penduduk menyatakan mereka menggunakan wang sendiri untuk membeli hos getah yang panjang bagi menyalurkan air ke tingkat atas kediaman masing-masing.

Sistem pembekalan air ke rumah pangsa itu masih tidak dibaiki oleh pemerintah menyebabkan penduduk memikirkan inisiatif untuk mendapatkan bekalan air.

Sumber : Kosmo

Read MoreIdea kreatif untuk dapatkan air

Terpaksa dibedah kerana main SMS

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS. Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya. Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Sumber : Kosmo

Read MoreTerpaksa dibedah kerana main SMS

Kelab bogel untuk pemain Piala Dunia

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



LONDON - Raja maksiat Afrika Selatan, Lolly Jackson (gambar) menyediakan kelab tarian bogelnya untuk peminat dan pemain-pemain bola sepak yang bertanding pada Piala Dunia Jun depan, lapor sebuah akhbar semalam. Jackson yang berusia 53 tahun memberitahu dia sudah pun mendapat tempahan daripada pasukan bola sepak Mexico.

Dengan caj yang dikenakan untuk tarian ghairah sebanyak AS$15 (RM49.5) dan melihat tubuh penari wanita bogel pada harga AS$300 (RM992). "Saya tahu gelagat pemain-pemain pasukan England. Kita semua pernah mendengar cerita John Terry (pemain England). Dia sangat nakal. "Saya akan melakukan apa yang termampu untuk pemain-pemain pasukan England dan peminat mereka di sini.

"Kami (kelab bogel) cukup dikenali di kalangan pelancong, peminat sukan kriket dan ragbi," katanya. Jackson memberitahu, dia tidak berminat tentang kualiti perkhidmatan sebaliknya lebih mementingkan kuantiti pelanggan di kelab bogelnya.

Sumber : Kosmo

Read MoreKelab bogel untuk pemain Piala Dunia

Gunung berapi meletus dekat glasier di Iceland

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



REYKJAVIK, Iceland - Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam. Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.

Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair. Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.

Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan. Semua penerbangan domestik telah dibatalkan. Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821.

Sumber : Kosmo

Read MoreGunung berapi meletus dekat glasier di Iceland

RM220,000 nilai plat TAY 1



KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.

Harga bidaan itu mengatasi harga untuk nombor plat tertinggi sebelum ini iaitu TAN 1 yang bernilai RM200,090 dan TAX 1 sebanyak RM165,000. Sejumlah enam bidaan diterima untuk nombor tersebut sepanjang tempoh bidaan yang bermula dari 2 hingga 22 Februari lalu, .

Menurutnya, nama pembida yang berjaya akan diumumkan minggu hadapan. Bagi plat pendaftaran TAY, sebanyak 534 nombor dibida oleh 1,119 pembida dari seluruh negara dan harga paling tinggi yang diterima ialah bagi TAY 1 diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000 kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.

Sumber : Kosmo

Read MoreRM220,000 nilai plat TAY 1

Peliwat bersiri mengaku bunuh 14 budak lelaki

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



JAKARTA - Indonesia semalam sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang lelaki tempatan yang cuma dikenali sebagai Baekuni setelah dia mengaku meliwat dan membunuh 14 budak lelaki sejak 15 tahun lalu. Kes tersebut mengulangi kekejaman Robot Gedek yang meliwat dan membunuh 12 budak lelaki di Jakarta pada 1990-an.

Robot bagaimanapun meninggal dunia pada 2007 akibat serangan jantung sebelum sempat menjalani hukuman mati. Baekuni, 49, dilaporkan mesra di kalangan kanak-kanak miskin dengan panggilan Babe yang bererti bapa. Dia dikatakan seorang yang baik hati dan sering membawa mangsa pulang ke rumah sewanya untuk tinggal secara sementara. Suspek ditahan pada Januari lalu ekoran penemuan anggota badan seorang mangsa, Ardiansyah, 9, di dalam beg plastik di tepi sebatang sungai berdekatan kediaman Baekuni.

Suspek yang menjalankan perniagaan makanan ringan dan rokok dipercayai memujuk mangsa bermalam di rumahnya sebelum meliwat dan membunuh mereka. Selepas itu, mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan dibuang.

Sumber : Kosmo

Read MorePeliwat bersiri mengaku bunuh 14 budak lelaki

Potong hidung isteri kerana aibkan mentua

klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar



KABUL - Seorang wanita Afghanistan, Bibi Aisha nyaris maut selepas hidung dan telinganya dipotong oleh suami sendiri kerana dia didakwa memalukan keluarga mentuanya. Mangsa berusia 19 tahun itu mendakwa keluarga mentuanya malu berikutan dia melarikan diri daripada rumah suaminya dengan bantuan dua jiran perempuan.

Dakwa Bibi, dia bertindak melarikan diri kerana tidak dapat bertahan dengan layanan buruk keluarga suaminya. Misi Bibi melarikan diri ke Pakistan gagal setelah dia dan dua rakannya ditangkap pihak berkuasa. Dia kemudian dibawa balik oleh keluarga mentuanya sebelum dijatuhi hukuman potong kedua-dua telinga dan hidung mengikut adat tradisi kaum Pashtun. Selepas menjalani hukuman, Bibi ditinggalkan di tempat terbuka di wilayah Oruzgan yang dikuasai Taliban.

Wanita itu diselamatkan oleh sekumpulan petugas kontraktor firma Amerika Syarikat. "Saya pengsan semsa hidung dan telinga dipotong. Sejurus sedar saya berasa ada air dingin yang mengalir di hidung dan apabila membuka mata, saya tidak sanggup melihatnya kerana darah berada di mana-mana," kata Bibi.

Sumber :Kosmo

Read MorePotong hidung isteri kerana aibkan mentua

Kuda paling tinggi akan dipamerkan

klik pada gambar untuk view yang lebih besar



MELBOURNE - Seekor kuda paling tinggi di dunia, Luscombe Nodram akan dipamerkan pada satu pertunjukan di Queensland yang merupakan tempat asal kelahiran kuda berkenaan.

Nodram yang merupakan kuda spesies Shire berusia tujuh tahun tetapi mempunyai ketinggian 2.05 meter dan berat 1.5 tan iaitu tiga kali ganda daripada kuda lumba biasa. Haiwan itu akan dipamerkan pada pertunjukan kuda di Gatton, di barat Brisbane pada bulan Mei depan.

Pemilik kuda itu, Jane Greenman membeli haiwan itu semasa ia berusia enam bulan dari sebuah ladang ternakan kuda di Queensland. Greenman berkata, dia tidak menjangka kudanya itu akan menjadi kuda paling tinggi di dunia.

Sumber : Kosmo

Read MoreKuda paling tinggi akan dipamerkan

Pelajar temui fosil dinosaur ganas

klik pada gambar untuk view yang lebih besar



LONDON - Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar semalam. Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.

Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung. Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter. Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.

Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa semalam. Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi.

Sumber : Kosmo

Read MorePelajar temui fosil dinosaur ganas

Yu paus dua tan ditemui

klik pada gambar untuk view yang lebih besar



Pasir Puteh - Penduduk Tok Bali di sini gempar apabila sekumpulan nelayan laut dalam membawa pulang seekor ikan yu paus dipercayai spesies purba di Pangkalan Kekal Lestari malam semalam.

Ikan seberat dua tan itu ditemui ketika nelayan tersebut memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar, Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora.

Tekong bot tersebut, Ek Chai Suwanpong, 46, berkata, ikan spesis Rhino-Typicus sepanjang tujuh meter itu ditemui kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Sumber : Kosmo

Read MoreYu paus dua tan ditemui

Wanita tinggal bersama 23 haiwan didenda




BRISBANE - Seorang wanita berumur 66 tahun, Carol Lynette Samuels (gambar), 66, didenda oleh seorang majistret sebanyak A$4,000 (RM12,196) kerana tinggal dalam sebuah kereta bersama 23 haiwan peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia turut diarahkan supaya menyerahkan semua haiwan peliharaannya itu kepada sebuah agensi yang menjaga kebajikan haiwan. Semasa dibicarakan, Carol menyatakan dia terpaksa tinggal di dalam kereta selepas diusir dari rumahnya yang berharga A$1.5 juta (RM4.57 juta) di Pulau Macleay, Teluk Moreton kerana masalah kewangan pada tahun lalu.

Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan menemui Carol dan haiwan-haiwan peliharaannya di dalam kereta di sebuah pusat beli-belah pada September lalu selepas menerima aduan orang ramai. Haiwan peliharaan itu ialah 11 ekor kucing Parsi, seekor kucing Himalaya dan 11 ekor anjing.

Sumber : Kosmo

Read MoreWanita tinggal bersama 23 haiwan didenda

Penggunaan lampu pijar dihenti





PUTRAJAYA - Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dengan pelaksanaan dasar tersebut, penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Penggantian lampu tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan tersebut tidak akan dijual mulai 2014.

Sumber : Kosmo

Read MorePenggunaan lampu pijar dihenti

Penunjuk perasaan sanggup simen tangan




BRISTOL, England - Penduduk Bristol kini mempunyai cara yang lebih kreatif semasa melakukan tunjuk perasaan iaitu dengan meletakkan tangan di dalam simen, melekatkan diri di dinding dengan menggunakan gam dan duduk di atas bumbung bangunan, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua aksi itu dilakukan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang membantah pembinaan sebuah pasar raya Tesco di sini. Dalam tunjuk perasaan itu, dua orang menyimen tangan mereka menyebabkan anggota-anggota keselamatan terpaksa menggunakan tukul serta cangkul untuk memecahkannya. Penganjur protes, Claire Milne yang berusia 33 tahun dan tinggal di Stokes Croft menyatakan beliau menerima 2,000 poskad yang menyokong kempen anti-Tesco.

"Kawasan ini memiliki ciri-ciri yang unik dan dipenuhi dengan kedai-kedai persendirian. Kami tidak mahu pasar raya menjual makanan yang tidak sihat." tambahnya. Namun jurucakap Tesco memberitahu: "Pasar raya kami akan menyediakan kira-kira 20 pekerjaan baru dan kemudahan beli-belah buat penduduk tempatan."

Sumber : Kosmo

Read MorePenunjuk perasaan sanggup simen tangan

Facebook bantu pembunuh ditangkap




ROM - Seorang pembunuh upahan Mafia yang kejam dan menggelarkan dirinya sebagai Scarface akhirnya ditangkap pasukan polis Itali kelmarin selepas dia berjaya dijejaki menerusi laman perkongsian sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam. Pembunuh itu, Pasquale Manfredi yang berusia 33 tahun berada dalam senarai 100 orang paling dikehendaki di Itali.

Dia diburu selama setahun untuk membantu siasatan atas dua insiden pembunuhan dua samseng. Polis mendapat maklumat bahawa Manfredi merupakan peminat Facebook. Menggunakan peralatan pemantauan elektronik yang sofistikated, pihak polis berjaya mengesan Manfredi di sebuah pangsapuri di Isola Capo Rizzuto berhampiran Crotone di selatan Itali.

Manfredi menggunakan nama Georgie dan gambar poster filem Scarface di laman Facebook. Polis percaya dia menerima arahan berkod melalui laman tersebut selain berhubung dengan beberapa gengster lain. Lebih 200 rakan samseng itu di Facebook kini diteliti polis bagi mengetahui sama ada mereka terlibat dengan aktiviti mafia.

Sumber : Kosmo

Read MoreFacebook bantu pembunuh ditangkap

Lelaki terpendek dunia meninggal dunia




LONDON - Lelaki paling pendek di dunia, He Pingping yang setinggi 75 sentimeter telah meninggal dunia di Rom, Itali pada Sabtu lalu kerana komplikasi jantung, kata Guinness World Records kelmarin. Pingping yang berasal dari China dan kerdil sejak kecil akibat penyakit tumbesar terbantut itu berada di Rom untuk mengambil bahagian dalam satu rancangan televisyen, The Record Show.

Dia kemudiannya dihantar ke sebuah hospital pada 3 Mac lalu selepas mengadu sakit dada. Doktor di hospital itu mendapati dia mengalami masalah jantung dan kolesterol tinggi. Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday pernah mengukur ketinggian Pingping di pedalaman Mongolia pada 2008. "Sejak kali pertama saya melihatnya, saya tahu dia ialah seorang yang istimewa. "Dia menceriakan hidup setiap orang yang ditemuinya selain menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang dianggap pelik atau luar biasa," tambah Glenday.

Pihak Guinness World Records menyatakan pengganti Pingping akan diumumkan. Sebelum ini, remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar berusia 18 tahun mempunyai ketinggian 51 sentimeter mendakwa pada Februari lalu bahawa dia ialah orang yang paling layak untuk memegang gelaran lelaki terpendek dunia.

Sumber : Kosmo

Read MoreLelaki terpendek dunia meninggal dunia

Askar buta 'melihat' menerusi lidah




LONDON - Seorang askar Britain yang buta akibat serangan bom di Iraq memberitahu betapa hidupnya telah berubah selepas menggunakan teknologi terbaru yang membolehkannya 'melihat' menggunakan lidahnya.

Askar itu, Lans Koperal Craig Lundberg yang berusia 24 tahun kini sudah boleh membaca, dan berjalan tanpa sebarang bantuan. Terima kasih kepada alat yang dicipta oleh satu kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera Amerika Syarikat (AS). D

ia dipilih oleh Kementerian Pertahanan sebagai individu pertama di Britain untuk mencuba peralatan BrainPort yang mampu mencipta revolusi ke atas rawatan orang buta.

Sumber : Kosmo

Read MoreAskar buta 'melihat' menerusi lidah

Pelajar 14 tahun jadi penari bogel




SOMERSET - Para pengunjung lelaki di kelab tarian lucah Shadow Lounge di sini begitu asyik memerhatikan seorang gadis di bawah pengaruh alkohol beraksi tanpa menyedari dia cuma berusia 14 tahun,

Lapor sebuah akhbar semalam Gadis bawah umur itu turut melakukan tarian tiang dengan cuma memakai coli, seluar dalam dan stoking sambil diperhatikan dua wartawan akhbar The Sun.

Dia turut menawarkan khidmat tarian bogel di sebuah bilik khas dengan bayaran tambahan £20 (RM100) manakala pelanggan yang membayar £80 (RM402) dapat menyaksikannya melakukan tarian khas.

Sumber : Kosmo

Read MorePelajar 14 tahun jadi penari bogel

Rumah terbalik di zoo Jerman




BERLIN - Sekumpulan tiga tukang kayu Jerman yang diketuai Gerhard Mordhorst bersama rakannya, Gesellse Splettstößer dan Manfred Kolax mencipta sebuah rumah terbalik seberat 40 tan dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kediaman unik itu dicipta untuk sebuah zoo tempatan di Gettorf, 308 kilometer dari sini dengan mengandungi sebuah dapur, bilik mandi, bilik tidur dan ruang tamu yang disusun secara terbalik. Bangunan kayu tersebut mencapai ketinggian lebih tujuh meter dan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan sebelum dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 30 Mac ini.

Rumah itu mirip kisah daripada sebuah buku cerita kanak-kanak terkenal The Twits karya penulis British, Roald Dahl. Antara kelengkapan dalam rumah itu ialah katil, ketuhar gelombang mikro dan lukisan. Perabot paling berat ialah almari pakaian yang mencecah 45 kilogram.

Sumber : Kosmo

Read MoreRumah terbalik di zoo Jerman

Hong Kong jadi pulau kayangan




HONG KONG - Pulau Hong Kong seolah-olah terapung di kayangan semalam apabila bangunan-bangunan tinggi dilitupi kabus tebal.

Fenomena itu yang berlaku sejak beberapa hari lalu merupakan pemandangan biasa di sini pada musim bunga sekali gus menjejaskan laluan kapal dan penerbangan.

Kejadian itu disebabkan oleh udara panas lembap dari selatan China yang bertemu dengan udara sejuk di wilayah Guangdong, tanah besar China.

Sumber : Kosmo

Read MoreHong Kong jadi pulau kayangan

Isteri dipaksa lakukan seks dengan lelaki muda




KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 61 tahun terpaksa menjalani kehidupan ibarat di dalam 'neraka' gara-gara kelakuan suaminya yang kerap memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Lebih malang lagi, setiap perlakuan seks tersebut akan dirakam oleh suaminya menggunakan kamera video sebelum ia ditonton semula lelaki itu kononnya sebagai kepuasan diri sendiri.

Setakat ini, wanita itu telah dipaksa menjalinkan hubungan seks dengan lebih 30 lelaki muda berusia 21 hingga 40 tahun. Lelaki-lelaki berkenaan dibayar upah tertentu, kebanyakannya dalam bentuk minuman keras.

Sumber : Kosmo


Read MoreIsteri dipaksa lakukan seks dengan lelaki muda

Kepala tupai tersangkut dalam kelapa




LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya. Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.

Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa. "Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.

Sumber : Kosmo

Read MoreKepala tupai tersangkut dalam kelapa

Mati dirempuh semasa beratur minta kerja




MUMBAI - Gara-gara mahu memohon pekerjaan menjadi anggota polis, seorang mangsa meninggal dunia dan 10 orang lagi cedera apabila 30,000 berasak-asak di sebuah kem latihan polis di Kalina Mumbai, India semalam.

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu disebabkan mereka bersesak-sesak untuk menghantar borang permohonan kerja. "Ada segelintir yang mahu memotong barisan dan jatuh. "Akibatnya, seorang mati dan 10 orang lagi cedera ringan," jelas seorang pegawai polis, Amitabh Gupta dari pasukan polis Mumbai.

Gupta memberitahu, ribuan pemohon telah berkumpul di luar kem yang juga merupakan pangkalan serantau bagi pasukan tentera komando mencegah antikeganasan.

Sumber : Kosmo

Read MoreMati dirempuh semasa beratur minta kerja

Aksesori seks dijual terbuka




KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara. Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.

Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Sumber : Kosmo

Read MoreAksesori seks dijual terbuka

Perlumbaan bogel dibatalkan




OBERWIESENTHAL, Jerman - Satu perlumbaan kereta luncur salji yang menampilkan peserta dalam keadaan bogel telah dibatalkan kelmarin.

Namun, pihak penganjur di bandar Oberwiesenthal, Jerman menggantikan perlumbaan bogel itu dengan mensyaratkan peserta memakai pakaian kulit dan getah.

Sebelum ini pegawai-pegawai di bandar tersebut tidak membenarkan peserta berbogel semasa menyertai perlumbaan kereta luncur salji.

Sumber : Kosmo

Read MorePerlumbaan bogel dibatalkan

Jual hantu dalam botol




PENDUDUK New Zealand gempar apabila seorang wanita dari Christchurch, Avie Woodbury menawarkan mahu menjual dua buah botol kecil didakwa mengandungi hantu yang ditangkap di rumahnya pada pertengahan Julai tahun lalu.

Dia membuka bidaan menerusi laman web lelongan tempatan TradeMe yang kini sudah mencecah nilai NZ$2,000 (RM4,661) untuk dua botol itu dan dijangka mampu menghampiri sehingga harga NZ$2,180 (RM5,073) apabila tawaran ditutup esok. Woodbury dalam laman tersebut berkata, hantu-hantu ditangkap itu dipercayai roh dua orang yang meninggal dunia dan pernah tinggal di rumahnya.

"Saya menggunakan air suci untuk melemahkan hantu terbabit dan memerangkap mereka di dalam botol, namun terpulang kepada bakal pembeli untuk berbuat apa sahaja termasuk jika berani, membebaskan hantu ini," katanya.

Sumber : Kosmo

Read MoreJual hantu dalam botol

Makan kawan untuk kebal




MISTERI penemuan sebelah kaki manusia di belakang sebuah sekolah di sini Rabu lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki, Harun, 35, kelmarin yang dipercayai memakan mayat rakannya sendiri, lapor akhbar Jawa Pos semalam.

Suspek berasal dari Kendal, Jawa Tengah itu didakwa membunuh mangsa, Fahmi Iswandi yang juga rakan serumah sejak tiga bulan lalu dan mengawet mayat tersebut bagi mengelak ia berbau busuk. Hasil siasatan awal, Harun dikatakan berbuat demikian kononnya untuk mewarisi ilmu kebal rakannya itu yang didakwa sebagai kalis daripada sebarang senjata dan menyembah daging mangsa sebelum dimakan mentah pada setiap malam Jumaat.

"Fahmi dari Tegal, Jawa Tengah dipukul dengan benda tumpul di kepala dan lebih sadis, dua gigi mangsa dicabut untuk dijadi kalung tangkal manakala semua organ dimasak panggang kecuali jantung yang dimakan mentah," kata Suka.

Sumber : Kosmo

Read MoreMakan kawan untuk kebal

Terapung di laut layari Facebook




ALOR GAJAH - Bagi peminat laman sosial Facebook ada cara baru untuk melayari ruangan itu iaitu sambil terapung di laut, atau jika tidak mampu bolehlah membaca pengalaman seorang warga emas, Dion Bakar.

Berusia 66 tahun, Dion atau nama sebenarnya Abu Bakar Mohamad, semalam mempamerkan keupayaannya mengapungkan diri selama satu jam di laut sambil melayari Facebook, menggunakan telefon bimbit dan membaca surat khabar. "Saya pernah mengapungkan diri kira-kira 4 batu nautika dari pantai Pengkalan Balak. Saya juga pernah melakukan perkara sama di Sungai Pahang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah dekat sini.

Dion mendakwa beliau memperoleh 'ilmu' mengapungkan diri itu selepas menuntut di sekolah pondok di Demak, Jawa Tengah, ketika berusia 10 tahun dan pernah mengapungkan diri selama tiga hari di perairan berhampiran Pulau Jawa.

Sumber : Kosmo

Read MoreTerapung di laut layari Facebook

Pantai California dipenuhi buih




LOS ANGELES - Pantai-pantai di California, Amerika Syarikat (AS), termasuk pantai Hollywood dipenuhi dengan buih yang berikutan gempa bumi pada 8.8 skala Richter yang melanda Chile pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gabungan cuaca dan kondisi laut yang luar biasa ditambah dengan ombak-ombak besar dilihat menjadi punca kepada fenomena tersebut. Menurut satu kaji selidik saintifik, buih laut itu terdiri daripada protein dan molekul lemak yang terhasil akibat kemusnahan hidupan mikroskopik laut. Hidupan laut yang dikenali sebagai phaeocystis itu membentuk koloni besar di dalam air.

Buih itu terbentuk apabila angin membawa saki-baki koloni tersebut yang mereput dan menghanyutkannya ke pantai. Pencemaran itu memberi kesan ke atas buih laut berikutan terlalu banyak nutrien di dalam air menyebabkan pembentukan koloni phaeocystis yang lebih besar. Tsunami yang berlaku akibat gempa bumi mungkin menyebabkan kebanyakan buih laut berkumpul di Lautan Pasifik sebelum angin kuat meniupnya ke pantai-pantai di California.

Sumber : Kosmo

Read MorePantai California dipenuhi buih

Bayi lelaki terkecil di dunia




BERLIN - Seorang bayi menjadi bayi lelaki yang tidak cukup bulan termuda di dunia yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam. Dia yang dilahirkan selepas 16 minggu kelihatan amat kecil dengan beratnya ialah 275 gram.

Bayi itu yang diberi nama jolokan Tom Thumb kini dirawat di sebuah hospital di Jerman dengan saiz badannya lebih kecil daripada tin minuman Coke. Rekod bayi terkecil sebelum ini dipegang oleh Tyler Martin yang dilahirkan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada 2004 dengan berat 320 gram.

"Selepas mengkaji semua dokumen berkaitan, kami boleh menyatakan bahawa dia (Tom Thumb) merupakan bayi tidak cukup bulan di dunia yang masih hidup," kata seorang jurucakap universiti itu, Stefan Weller.

Sumber : Kosmo

Read MoreBayi lelaki terkecil di dunia

6 didakwa terlibat pertunjukan bogel




BANDUNG - Pihak pendakwa raya Indonesia semalam mendakwa enam orang di bawah undang-undang antipornografi kerana terlibat dengan pertunjukan tarian bogel di sebuah bar pada awal pagi tahun baru.

Menurut pendakwa raya, Dodi Junaidi, empat penari wanita, seorang promoter pertunjukan dan seorang pengurus bar mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah. "Mereka didakwa di bawah undang-undang antipornografi kerana disyaki terlibat dengan tarian bogel," kata Junaidi.

Keenam-enam suspek hadir pada perbicaraan tertutup yang diadakan di sebuah mahkamah daerah di Bandung. Undang-undang antipornografi yang kontroversi itu mula dikuatkuasakan sejak Oktober 2008.

Sumber : Kosmo

Read More6 didakwa terlibat pertunjukan bogel

Haiwan seperti gorila di Marikh



[klik pada gambar untuk besarkan]

LONDON - Adakah terdapat seekor gorila raksasa berbulu kelabu di planet Marikh? Menurut sebuah akhbar semalam, beberapa peminat fanatik angkasa lepas mempunyai pendapat seperti itu selepas melihat gambar yang dihantar oleh sebuah robot kenderaan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dari Marikh ke bumi.

Seorang peminat angkasa lepas, Nigel Cooper yang mengkaji beribu-ribu gambar yang dirakamkan oleh sebuah robot milik NASA, telah mengemukakan pandangannya di Internet dan berkata: "Ia (gambar mirip gorila) seperti satu makhluk."

Cooper yang berusia 43 tahun dari bandar Grimsby, England kemudian menegaskan: "Saya yakin ada kehidupan di sana (Marikh)."

Sumber : Kosmo

Read MoreHaiwan seperti gorila di Marikh