Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Bahtera Nabi Nuh ditemui



HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh. "Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Read MoreBahtera Nabi Nuh ditemui

Ibu paling kecil di Britain



HINKLEY - Seorang bayi yang berumur 14 bulan di sini mempunyai ketinggian mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain, lapor sebuah akhbar semalam. Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara berkenaan, Amanda Moore yang berusia 25 tahun. Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.

Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri. Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter. Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter. Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.

"Namun, pada masa sama, saya merasakan perasaan kasih sayang terhadap anak ini. Kami mahukan dia," kata Amanda yang tidak bercadang untuk mempunyai anak kedua. Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak.


Read MoreIbu paling kecil di Britain

Ahli Parlimen baling telur



KIEV – Parlimen Ukraine bersidang dalam situasi huru-hara semalam apabila kalangan anggotanya bertindak membaling telur, bom asap dan bergaduh sesama mereka. Sejumlah anggota Parlimen negara itu berbalas-balas tumbukan manakala seorang wakil rakyat dilihat memijak kepala anggota lain. “Telur, bom asap semuanya sudah dibaling. Cuma senjata api sahaja yang masih belum digunakan,” kata seorang ahli Parlimen, Andriy Shevchenko.

Situasi memalukan itu tercetus berhubung isu perjanjian melanjutkan pajakan sebuah pangkalan tentera laut yang menempatkan Armada Laut Hitam Rusia di Ukraine. Kalangan wakil rakyat parti pembangkang berang kerana Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych memeterai perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev untuk melanjutkan pajakan pangkalan laut itu sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2042 yang dianggap sebagai menjual maruah negara.

Tidak dapat menahan kemarahan, beberapa wakil rakyat mula membaling telur ke arah Speaker, Volodymr Lytvyn yang memaksanya berlindung di sebalik dua payung hitam yang dipegang oleh dua pembantunya. Seorang wakil rakyat pro-Barat kemudian membaling sebutir bom asap sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan pergaduhan tercetus.

Seorang anggota Parlimen, Andriy Shevchenko daripada blok pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko mengetahui bahawa bom itu dibaling oleh anggota-anggota pembangkang.

Read MoreAhli Parlimen baling telur

Tupai pertahan bangkai rakan



LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam. Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.

Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya. Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton. Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.

Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu. Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya.

Read MoreTupai pertahan bangkai rakan

Bilik RM35,000 satu malam



DUBAI - Dengan satu bilik berharga hingga AS$11,000 (RM35,000) untuk penginapan satu malam, pereka fesyen ternama dari Itali, Giorgio Armani merasmikan hotel pertamanya di menara tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. "Kelmarin, saya melihat hotel ini hidup (beroperasi) dan saya berasa amat tersentuh," kata Armani dalam satu sidang media di Burj Khalifa.

Harga penginapan di hotel berkenaan yang dinamakan Hotel Armani diakui mahal tetapi reka bentuk, hiasan dalaman dan susun atur hotel berkenaan menampilkan konsep ringkas tetapi elegan. Menggunakan kombinasi warna hitam dan coklat, hotel itu menduduki sebahagian ruang tingkat bawah sehingga tingkat lapan Burj Khalifa manakala suit mewah terletak di tingkat 38 dan 39.

Ia turut dilengkapi beberapa restoran mewah dan sebuah spa, tetapi keahlian spa tersebut terhad kepada 300 ahli kelab Gaya Armani sahaja. Pereka fesyen itu turut mereka bentuk sejumlah apartmen mewah, Armani Residence di tingkat sembilan sehingga tingkat 16 bangunan tersebut yang dijual kepada pembeli persendirian.

Read MoreBilik RM35,000 satu malam

Polis lancar operasi banteras gigolo



JAKARTA - Polis Indonesia menahan 28 orang lelaki yang berbadan sasa dalam satu operasi membanteras gigolo pantai di kawasan pulau peranginan Bali minggu ini, kata pegawai-pegawai polis semalam. Polis berkata, gigolo tersebut menyasarkan pelancong-pelancong wanita asing sebagai mangsa mereka.

Operasi itu bermula pada kelmarin selepas penayangan sedutan sebuah dokumentari peluncur air, Koboi-Koboi Kuta Bali. Cerita itu mengisahkan peluncur-peluncur berbadan sasa dan berkulit sawa matang menjalin hubungan cinta jangka pendek bersama wanita asing.

Seorang jurucakap majlis daerah kawasan itu, Gede Wijaya, berkata, 28 orang ditahan kerana mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap atau mengganggu ketenteraman dan keselamatan pantai.

Read MorePolis lancar operasi banteras gigolo

Suhu makin meningkat di Malaysia

http://3.bp.blogspot.com/_CwUZJ3qqJeU/S5N2GeRYeDI/AAAAAAAAAH4/fopzWcZWpTI/s400/suhu+panaas.jpg

KUALA LUMPUR - Analisis rekod suhu di Malaysia menunjukkan trend pemanasan yang konsisten dengan trend pemanasan suhu global dan pemerhatian terkini mendapati suhu purata negara meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius dalam masa 50 tahun lepas.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pemerhatian terkini juga mendapati paras laut pula meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun. "Berdasarkan climate modelling yang dilakukan bagi tempoh 100 tahun akan datang, suhu dijangka meningkat antara +0.7 darjah Celsius hingga +2.6 darjah Celsius," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Syed Husin Ali di Dewan Negara semalam.

Read MoreSuhu makin meningkat di Malaysia

Teksi berkuasa elektrik di Jepun



TOKYO - Tiga buah teksi berkuasa elektrik memulakan perkhidmatan percubaan selama 90 hari di sini semalam dalam usaha untuk menjadikan perkhidmatan teksi di ibu kota Jepun itu lebih mesra alam.

Projek perintis tersebut merupakan usaha sama pihak berkuasa tempatan dengan sebuah syarikat pembekal kenderaan berkuasa elektrik dari California, Better Place. Semua teksi itu menggunakan bateri ion-litium yang mampu bertahan untuk perjalanan lebih 300 kilometer sebelum ia perlu ditukar semula dalam tempoh kurang seminit.

Ketua Eksekutif Better Place, Shai Agassi berkata, setakat ini cuma terdapat sebuah stesen penukaran bateri di Tokyo. Menurut Agassi, penggunaan kenderaan elektrik tidak dapat dielakkan pada masa depan kerana peningkatan mendadak bilangan kereta di China akan menyebabkan permintaan minyak menjadi tinggi sekali gus melonjakkan harganya di pasaran.

Read MoreTeksi berkuasa elektrik di Jepun

Nur Kasih versi filem pula



TIDAK dinafikan drama bersiri Nur Kasih mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat drama tempatan sehingga rating tontonan mencecah 4.3 juta dan tayangan ulangannya pula mencecah dua juta penonton di TV3. Itu satu angka yang cukup membanggakan bukan sahaja buat pihak stesen televisyen tetapi juga seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal Kabir Bhatia.

Tempias populariti drama tersebut juga dengan pantas mengangkat nama pelakon yang terlibat ke satu aras yang lebih tinggi. Lihat sahaja nama pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Ke mana sahaja mereka pergi, kini mereka menjadi kegilaan dan pujaan peminat yang larut dengan watak mereka dalam drama Nur Kasih sebagai Adam dan Nur Amina sehingga mereka berdua dipilih sebagai Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Mengambil kesempatan di atas aura drama dan pelakonnya yang masih panas, penerbit eksekutif produksi Filmscape Sdn. Bhd., Frank Lewis yang menerbit drama tersebut dengan kerjasama pihak Grand Brilliance Sdn. Bhd. bakal menerbitkan Nur Kasih dalam bentuk filem. "Penggambaran filem akan dimulakan pada penghujung bulan Mei atau awal Jun di Malaysia dan Timur Tengah. Jadual Ummi pula tidak mengizinkan kerana dia kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia.

"Watak Siti Sarah lakonan Ummi tidak akan digugurkan dan tidak akan diganti dengan pelakon lain. Penulis skrip akan buat sesuatu dengan watak itu supaya nampak relevan dengan ketiadaan Siti Sarah dalam filem," katanya dengan penuh yakin filem Nur Kasih bakal menarik menonton ke pawagam apabila ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Read MoreNur Kasih versi filem pula

Budak 9 tahun jumpa bapa di Kutub Utara



KUTUB UTARA - Seorang budak lelaki Britain berusia sembilan tahun, Oliver Chambers mencipta rekod dunia apabila berjumpa dengan bapanya, Alan Chambers, 41, di Kutub Utara pada minggu lalu dengan menaiki sebuah helikopter, lapor sebuah akhbar semalam. Murid sekolah yang berasal dari Whitchurch, Bristol itu mengaku berasa gementar tetapi teruja ketika berada di Kutub Utara sekali dalam seumur hidup.

Dia menaiki sebuah helikopter dari sebuah pusat penyelidikan saintifik, Kem Barneo, Kutub Utara pada 16 April lalu dan menghabiskan masa selama sejam dalam suhu - 25 darjah Celsius. "Ia merupakan cuaca berangin dan amat sejuk tetapi saya amat teruja apabila melihat bapa saya melambaikan tangan dari ais yang menunggu saya untuk mendarat. "Sejurus selepas kipas helikopter berhenti, saya kemudiannya keluar dan menemui bapa saya," katanya.

Oliver sempat menghubungi seorang ibu saudaranya menerusi telefon satelit serta mewawancara beberapa saintis dari Norway, Rusia dan Amerika Syarikat untuk persediaan pembentangan kisah pengembaraannya di sekolahnya di Bristol. Pasangan itu kini memecah rekod dunia sebagai bapa dan anak lelaki paling muda berdiri di Kutub Utara. Pada 1998, seorang budak perempuan, Alicia yang berusia lapan tahun pada 1998 mencipta rekod dunia dengan berada di kutub itu.

Read MoreBudak 9 tahun jumpa bapa di Kutub Utara

Kereta dilambung air paip bocor



KUALA LUMPUR - Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing melambung terkena tekanan pancutan air daripada paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti di Bangsar semalam. Tiga kereta yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air yang deras.

Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan. Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback turut melambung terkena tekanan air itu menyebabkan kereta Honda terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala kereta Proton terbabas dan berpusing.

Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback pula dilaporkan mengalami cedera ringan. Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som memberitahu, paip yang pecah itu terletak di bawah projek pengalihan paip oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pihaknya tidak ada kena mengena dengan projek tersebut.

Read MoreKereta dilambung air paip bocor

Dipukau Pakistan jual kain sebelum dinikah



KUALA LUMPUR - Seorang pelajar sebuah universiti di United Kingdom mendakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dirinya dipukau dan disihir supaya bernikah dengan seorang peniaga kain warga Pakistan tahun lalu. Sehubungan itu, Yani Yuhana Mohd. Zamri, 24, dari Terengganu membantah sekeras-kerasnya permohonan Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, untuk mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah syariah di sini.

Yani selaku responden dalam permohonan tersebut juga mendakwa pemohon (Muhammad Kamran) berniat untuk memuaskan nafsunya saja. "Saya dibawa lari ke Pakistan tanpa kerelaan dan tidak sedar ketika berkahwin," katanya semasa disoal peguam syarie, Ainon A. Rahman. Dia juga memohon supaya pasport yang disimpan oleh Muhammad Kamran dipulangkan kembali kerana ingin meneliti dakwaan dia ke Pakistan.

Ainon mewakili Muhammad Kamran manakala peguam syarie, Amli Embong yang sepatutnya mewakili Yani telah menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut. Terdahulu, Muhammad Kamran, selaku saksi pertama yang memberi keterangan berkata, dirinya sebelum ini telah berkahwin dengan seorang wanita dari Kelantan dan dikurniakan enam orang anak.

Pada tahun 2007, pemohon yang juga menganut mazhab Hanafi mendakwa telah dipertemukan dengan responden di pasar raya Giants di Batu Caves dekat Selayang oleh adik responden yang bekerja di kedai tekstilnya.

Read MoreDipukau Pakistan jual kain sebelum dinikah

Pelajar diugut sehingga trauma



ALOR SETAR 25 April - Hanya kerana terlewat menjalani latihan futsal, seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, diugut hingga mengakibatkan pelajar itu mengalami trauma. Ugutan diterimanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pelbagai cercaan lain di dalam laman web sosial Facebook sejak kira-kira dua bulan lalu. Malah peristiwa itu juga telah menjadikan hidup mangsa, Nur Rabiatul Adawiyah Rashid, 19, yang periang berubah menjadi pendiam dan sering tertekan.

Menurutnya, kejadian bermula pada 24 Februari lalu apabila dia yang merupakan kapten di dalam pasukan futsal kolejnya terlewat menjalani latihan. "Berikutan itu, saya menerima ugutan melalui SMS pada hari tersebut, Saya bagaimanapun tidak membalas ugutan pelajar perempuan berkenaan. "Mungkin marah kerana saya tidak membalas (SMS) dia datang membawa enam rakan lain dan menyerang saya di dalam bilik," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurutnya, dalam kejadian itu, dia tidak dicederakan secara fizikal sebaliknya didera mental.

Nor Rabiatul berkata, pelajar itu juga menghasut rakan-rakan di IPT tersebut untuk memulaunya dan ia telah menjadikan hidupnya tertekan. "Saya tiada teman kerana rakan sebilik saya turut dihasut oleh orang yang mengugut saya. "Walaupun telah tamat pengajian pada April lalu, saya masih fobia dan trauma dengan kejadian itu," katanya. Jelasnya, dia terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatri kerana tertekan dan disahkan mengalami tekanan perasaan.

"Saya juga telah membuat laporan polis pada 7 Mac lalu ketika diugut melalui SMS dan pada 28 Mac pula saya membuat laporan kerana diserang di dalam bilik. "Saya tidak tahan dihina oleh orang yang mengugut saya," katanya. Sementara itu, bapa Nor Rabiatul, Rashid Abdullah, 55, ketika dihubungi berkata, dia sedih apabila anaknya yang dahulunya periang kini berubah menjadi pendiam dan kurang bercakap.

"Pada mulanya anak saya tidak menceritakan mengenai masalahnya namun lama-kelamaan dia meluahkan kepada saya apa yang telah menimpanya. "Saya terkilan kerana apabila masalah ini diajukan kepada pihak pentadbiran IPT tersebut, mereka hanya mendiamkan diri dan tiada tindakan diambil kepada pelajar yang mengugut anak saya," ujarnya. Tambahnya, dia juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelajar terbabit agar kejadian tersebut tidak berulang.

Read MorePelajar diugut sehingga trauma

Nenek 99 tahun mahir guna iPad



LAKE OSWEGO, Amerika Syarikat (AS) - Siapa menyangka seorang nenek berumur hampir 100 tahun, Virginia Campbell mahir menggunakan komputer terbaru keluaran syarikat Apple Inc., iPad, lapor sebuah akhbar semalam.

Virginia yang berumur 99 tahun tidak pernah tertarik untuk memiliki komputer sebelum ini sehingga dia mendengar tentang komputer tablet itu. "iPad merubah hidupnya kerana kini semua orang dapat membaca tulisannya tidak seperti tulisan tangannya," kata salah seorang anak perempuannya, Ginny Adelsheim.

Menurut Ginny, ibunya yang tinggal di sebuah pusat penjagaan warga emas di sini, Oregon, amat meminati komputer tablet itu dan menggunakannya pada setiap hari. Klip video memperlihatkan nenek itu sedang duduk di sofa dan menggunakan iPad dan ia menjadi popular di laman perkongsian video YouTube.

Read MoreNenek 99 tahun mahir guna iPad

Maut dihempap jentolak 5 tan



JASIN - Seorang pemuda maut apabila dihempap selama dua jam oleh sebuah jentolak seberat lima tan yang terbalik ketika dia sedang mengendalikan jentera itu di Taman Perindustrian Rumbia di Alor Gajah kelmarin.

Mohd. Rafizham Safri, 21, mati ketika dia sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah di situ sambil diperhatikan oleh penyelianya pada pukul 9.30 pagi. Difahamkan, jentolak tersebut terbalik selepas ia terlanggar sebiji batu besar yang menyebabkannya menjadi senget lalu terbalik.

Ekoran itu, anak ketiga daripada lima beradik tersebut turut terjatuh selepas gagal mengimbangi badannya lalu dihempap oleh jentolak tersebut. Penyelianya yang ternampak kejadian itu kemudian bergegas ke arahnya sebelum menghubungi bomba.

Read MoreMaut dihempap jentolak 5 tan

Tanah runtuh di lebuh raya



GAMBAR menunjukkan tanah runtuh di Lebuh Raya No.3 dekat Keelung di utara Taiwan semalam.TAIPEI - Sejumlah kenderaan tertimbus di bawah timbunan batu dalam satu kejadian tanah runtuh di kawasan seluas 300 meter di Lebuh Raya No.3 di antara Taipei dan Keelung semalam. Datuk Bandar Keelung, Tung-jung berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.33 petang waktu tempatan apabila lereng sebuah bukit di kilometer 3.1, di hujung utara lebuh raya berkenaan dan ke utara plaza tol Chitu, runtuh dan menyebabkan sebuah jejantas runtuh.

Beberapa saksi yang kebetulan berada di lokasi kejadian berkata, sekitar dua hingga empat buah kereta dianggarkan tertimbus dalam bencana itu. Seorang wanita muncul di lokasi kejadian pada petang semalam dan memberitahu wartawan, dia yakin suaminya tertimbus di bawah tanah runtuh tersebut.

Timbunan tanah dan batu menghalang perjalanan di lebuh raya selebar 100 meter itu dan melitupi semua enam lorongnya pada jarak sejauh 300 meter. Beberapa pegawai berkata, pihak tentera menghantar kira-kira 200 askar bagi membantu kerja menyelamat manakala 36 jentera berat dan 37 trak tiba di lokasi kejadian bagi membuka semula kawasan tertimbus itu.

Perdana Menteri, Wu Den-yih berkata, kerja-kerja membersihkan tanah runtuh itu dijangka mengambil masa 20 hari jika ia dilakukan berterusan 24 jam sehari. Punca kejadian itu masih disiasat ekoran tiada gempa bumi atau hujan berlaku di kawasan tersebut semasa bencana.

Read MoreTanah runtuh di lebuh raya

Hati Rozita dicuri jejaka 34 tahun?



SUSAH menjadi orang cantik seperti aktres Rozita Che Wan. Ke mana sahaja dia pergi, pasti meninggalkan kisah-kisah hangat yang tidak pernah surut. Bukan orang memburu kisah kerjayanya, tetapi kisah peribadinya dilihat mempunyai nilai lebih tinggi daripada lelah aksi lakonannya.

Jujur, kata Rozita, dia sedikit terkilan apabila khalayak lebih mahu mengambil tahu tentang peribadi berbanding kerjayanya, tetapi siapalah dia menahan kehendak tersebut. Akhirnya dalam keterpaksaan dia pasrah. Terbaru sedang namanya hangat dengan drama Kiah Pekasam dan Aku Terima Nikahnya tiba-tiba muncul cerita yang ibu tunggal beranak dua itu mahu bersara daripada dunia seni andai bertemu jodoh dalam tahun ini.

Menjawab kepada semua persoalan itu, Rozita yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini menafikan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat tetapi mengakui hatinya kini sedang berbunga cinta. "Saya tidak kata saya nak bersara sekarang, tetapi saya kata saya akan bersara andai saya bertemu jodoh dan itu tidak bermakna saya akan berkahwin dalam masa terdekat.

"Buat masa ini saya masih menunggu jodoh. Keputusan untuk bersara itu pun bukannya datang daripada sesiapa tetapi daripada saya sendiri," jelasnya dalam nada lembut.

Read MoreHati Rozita dicuri jejaka 34 tahun?

Naib Canselor UUM didenda RM5,000



ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Februari lepas, Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). Nordin yang tidak hadir di mahkamah semalam diwakili peguam K.Valen.

Read MoreNaib Canselor UUM didenda RM5,000

Lagi murid cuba terjun bangunan sekolah



BACHOK - Satu lagi kes pelajar cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan. Puncanya juga sama seperti yang berlaku di Perlis dua hari lalu disebabkan pelajar itu tidak tahan diejek oleh rakan-rakan. Dalam kejadian semalam, seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah dikatakan cuba terjun dari bangunan sekolahnya.

Murid tersebut memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah. Bagaimanapun, cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh salah seorang guru. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saipu Bhari Mohd. Noor berkata, tindakan guru berkenaan yang bertindak pantas menyambar tubuh kanak-kanak itu telah berjaya menyelamatkannya.

"Ketika kami tiba di tempat kejadian pada pukul 10.45 pagi selepas mendapat panggilan, kanak-kanak berkenaan sudah berjaya diselamatkan oleh gurunya selepas mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk mangsa," katanya kepada pemberita.

Read MoreLagi murid cuba terjun bangunan sekolah

Lelaki mati terjatuh apartmen



GOMBAK – Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam. Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan. Sebaik sampai di depan rumah, salah seorang daripada lima ahli jawatankuasa masjid yang mendapat tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu mengetuk pintu yang pada awalnya tidak dibuka.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, setelah beberapa minit menunggu, salah seorang daripada mereka dikejutkan dengan bunyi objek terjatuh sebelum seorang wanita membuka pintu rumah. “Pihak berkuasa itu kemudian memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, salah seorang daripada mereka melihat terdapat satu tingkap dalam keadaan terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. Menurut Rosly, sebaik melihat ke bawah, kakitangan tersebut terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan terperosok di dalam longkang.


Read MoreLelaki mati terjatuh apartmen

Guna meriam untuk tembak pewangi



BEIJING - Sebuah pusat pelupusan sampah di sini akan memasang lebih 100 laras meriam untuk menembak pewangi bagi menangani bau busuk sampah yang menyelubungi ibu kota China itu ekoran cuaca panas.

Ketua seksyen daerah, Zhang Quanhong berkata, meriam dicipta sendiri petugas pusat itu susulan pihak berkuasa Beijing memohon maaf kepada jutaan penduduk yang terpaksa menghidu bau tengik sampah dari situ.

Meriam tersebut berfungsi seumpama penyembur pewangi jarak jauh dengan melepaskan cecair yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan serta akan menutup bau busuk di 13 buah pusat pelupusan di sekitar Beijing, kata agensi berita rasmi Xinhua. Dianggarkan 17.5 juta warga Beijing menghasilkan 18,400 tan sampah sehari, menyebabkan bau busuk dan ramai mengadu tidak dapat tidur waktu malam.

Read MoreGuna meriam untuk tembak pewangi

Ayu OIAM kahwini duda



BINTANG One In A Million musim kedua, Ayu sudah tidak mahu bersembunyi lagi. Itu bulat kata hatinya kerana lebih setahun lalu kelibatnya entah ke mana dan khabar tentang wanita dari Putatan, Sabah itu hanya tumbuh segar di laman-laman gosip. Malangnya bukan berita indah, perihal Ayu hanya spekulasi kelabu yang menjatuhkan reputasi kariernya. Sudahlah suka bersosial, lebih memburukkan keadaan, Ayu dituduh hamil sebelum berkahwin.

Keluar daripada pertapaan pada 9 April lalu untuk menjayakan sebuah konsert amal bersama Adibah Noor di ibu kota, Ayu, 21, mula diburu petugas media. Belum sempat disapa, Ayu terlebih dahulu menyusup keluar meninggalkan majlis. Apa yang Ayu cuba sembunyikan, takutkah Ayu pada media? Itu pertanyaan yang menyesakkan nafas pihak pengurusan Ayu, The 8 Unit dan Monkey Bone.

Khamis lepas, satu sidang media khas bersama Ayu diadakan. Ayu mengaku khilaf diri, mohon kemaafan daripada semua pihak terutama peminat yang sebelum ini bersusah-payah mengangkat namanya sebagai juara. Membasuh segala hitam yang tersimbah ke wajah, Ayu penuh jujur membuat pendedahan sudah berkahwin dan memiliki anak. Suaminya bukanlah orang muzik sebaliknya pekerja di sebuah kedai perabot di Bangi, Selangor.

Sudi berkongsi nama suami dan anak setelah berfikir kali kedua, Ayu mulanya keberatan membenarkan nama Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, dipaparkan media. Menambah ceria, mereka sudah dikurniakan putera bernama Syed Nashrul Haikal sebagai pengikat kasih. Persoalannya kenapa Ayu tiba-tiba menghilangkan diri sedangkan jodoh bukanlah soal tabu.

Read MoreAyu OIAM kahwini duda

Iraq tutup penjara rahsia

http://4.bp.blogspot.com/_gEEFfCVj5m0/SRO8in2E7UI/AAAAAAAAAps/KCNPzLVNM10/s400/penjara2az9.jpg

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq kelmarin akhirnya menutup sebuah penjara rahsia menempatkan lebih 400 banduan Sunnah yang ditahan tanpa perbicaraan dan menangkap tiga pegawai tentera negara itu yang menguruskan penjara tersebut. Jurucakap Kementerian Hak Asasi Manusia Iraq, Kamil Ameen berkata, pegawai pusat tahanan itu melapor secara terus kepada pejabat Perdana Menteri, Nuri Al- Maliki, namun pegawai di situ pula menafikan hubungan dengan penjara itu.

Terletak di pangkalan udara Muthanna di tengah Baghdad, banduan terbabit dipercayai ditahan dalam siri kempen tentera Iraq di wilayah utara Nineveh pada tahun lalu dan sepatutnya diserah kepada Kementerian Kehakiman untuk perbicaraan.

"Ia bukan penjara rahsia tetapi pusat tahanan yang bebas dilawati mana-mana badan hak asasi dan kami menyangkal laporan kononnya ada diseksa termasuk dirogol," kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Qassim Al-Moussawi.

Read MoreIraq tutup penjara rahsia

AS lancar pesawat rahsia ke angkasa



WASHINGTON - Sebuah kapal angkasa lepas rahsia yang tidak mempunyai juruterbang milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral Florida, kelmarin. Misi dan fungsi sebenar kapal angkasa X-37B itu dirahsiakan namun pakar-pakar memberitahu, ia dilancarkan dengan tujuan untuk meningkatkan pembangunan dalam sistem sokongan peperangan dan persenjataan.

Bercakap selepas pelancaran tersebut, Penolong Setiausaha Sistem Angkasa Lepas Tentera Udara AS, Gary Payton mengakui agak sukar untuk menyembunyikan pelancaran kapal angkasa lepas itu tetapi dia enggan memberitahu kemampuan dan tujuan sebenar X-37B. "Dalam penerbangan ini, apa yang ingin kami tekankan adalah kapal angkasa tersebut dan bukannya apa yang akan berlaku di angkasa lepas. "Tentera udara mempunyai beberapa misi di angkasa lepas dan kapal angkasa ini dan pesawat baru ini mempunyai potensi dalam merealisasikan misi kami dengan lebih baik. "Saya tidak tahu bagaimana ia boleh dilihat sebagai aspek persenjataan di angkasa.

"Ia cuma sebuah kapal angkasa terkini untuk aktiviti di angkasa lepas," katanya yang menafikan dakwaan bahawa kapal angkasa tersebut merupakan langkah pihak tentera untuk mendominasi ruang angkasa lepas. Kapal angkasa X-37B itu mengambil masa satu dekad untuk dimajukan dan ia akan berada di angkasa lepas selama sembilan bulan. Ia akan memasuki bumi dan mendarat seperti pesawat lain di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California. Namun tarikh kepulangannya tidak dapat dipastikan.

Panjang pesawat X-37B itu sembilan meter menjadikan ia lebih kecil daripada pesawat angkasa lepas biasa. Pesawat itu dipandu secara automatik dan kapal angkasa tersebut akan dikawal dari bumi bagi mengarahkan ia memasuki orbit dan mendarat. Pesawat itu menggunakan kuasa solar dan bateri lithium-ion menyebabkan ia berbeza daripada pesawat tradisional yang menggunakan minyak.

Dibina oleh syarikat Boeing, projek pembinaan kapal angkasa itu pada mulanya diketuai oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS. Ia kemudian diserahkan kepada Jabatan Pertahanan AS yang lebih dikenali sebagai Pentagon sebelum dikendalikan oleh sebuah unit rahsia tentera udara AS. Berjuta-juta dolar telah digunakan dalam projek pembinaan kapal angkasa tersebut tetapi perbelanjaan sebenarnya tidak pernah didedahkan.

Read MoreAS lancar pesawat rahsia ke angkasa

Cicak berkepala dua ditemui



PERTH - Seekor cicak berkepala dua ditemui di Coogee, New South Wales, Australia oleh beberapa pekerja taman reptilia, lapor sebuah akhbar semalam. Reptilia dari spesies yang dikenali sebagai Shingleback itu kini ditempatkan di sebuah taman reptilia di Henley Brook, di sini.

Cicak itu bukan sahaja mempunyai dua kepala tetapi juga mempunyai dua pasang kaki depan di sisi setiap kepalanya. Pergerakan cicak itu tidak lincah kerana ia mempunyai dua kepala dan kedua-dua mulutnya boleh memakan makanan.

Salah satu kepala itu didapati lebih besar. Keadaan itu menyebabkan cicak yang mempunyai kepala lebih besar suka menyerang kepala 'kembarnya' yang lebih kecil


Read MoreCicak berkepala dua ditemui

Bayi enam hari seberat bayi enam bulan



DONCASTER, England - Walaupun baru berusia enam hari, seorang bayi lelaki Britain, Harry Crossland memecah rekod Hospital Diraja Doncaster di sini kerana beratnya seperti bayi yang berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam. Anak bongsu daripada lima adik-beradik pasangan Paul Croosland, 51, dan Sharon Needham, 35, itu mencatatkan berat 6.3 kilogram. Bayi itu dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean.

Ibu bapa bayi itu yang menetap di Bessacarr di sini juga terpaksa membeli pakaian yang lazimnya dipakai oleh bayi berusia enam bulan untuk anak mereka. "Kami terperanjat apabila jururawat menyerahkan bayi ini manakala ramai jururawat terkejut kerana mereka tidak percaya bayi besar ini baru dilahirkan.

Saya menyangka mereka memberi saya anak orang lain," kata Sharon. Bayi terberat di Britain ialah Guy Warwick Carr yang lahir di Cumbria pada 1992 dengan berat tujuh kilogram manakala rekod dunia Guinness dipegang Anna Bates dari Kanada pada 1879 yang seberat 10.7 kilogram tetapi meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan.

Read MoreBayi enam hari seberat bayi enam bulan

Kerana cinta remaja cuba terjun bangunan



KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam. Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut. Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman. Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.

Read MoreKerana cinta remaja cuba terjun bangunan

Anggota polis trafik dihempap motosikal



KUALA LUMPUR:Seorang anggota polis trafik cedera parah ketika bertugas mengawal lalu lintas selepas "dirempuh" sebuah motosikal yang terpelanting akibat terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Hulu Klang berhampiran sebuah hotel di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, motosikal itu yang dipandu laju seorang lelaki membuat pusingan U berhampiran lampu isyarat tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta yang turut membuat pusingan U.

Ekoran kemalangan itu, motosikal itu terpelanting ke arah Konstabel Firdaus Ahmad yang ketika itu berada berhampiran dengan tempat kemalangan kerana sedang mengawal lalu lintas bersama rakan setugasnya. Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta dalaman dan kini menerima rawatan di Hospital Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penunggang motosikal berusia 26 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan, manakala pemandu kereta berusia 24 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mereka kini ditahan untuk direkodkan keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya ketika melawat mangsa di hospital hari ini. Abdul Jalil turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap orang awam yang berada di tempat kejadian kerana tidak memberi sebarang bantuan kepada mangsa sebaliknya hanya melihat kejadian itu.

"Tiada seorang pun orang awam yang sudi membantu anggota polis yang terbaring di atas jalan raya sebaliknya rakan setugas mangsa terpaksa menahan sebuah van sekolah untuk membawa mangsa ke hospital," katanya.

Read MoreAnggota polis trafik dihempap motosikal

Drebar lari tinggal bas



KUALA LUMPUR: Dua pemandu bas bertindak meninggalkan kenderaan mereka yang diletakkan di bahu jalan apabila menyedari kehadiran sepasukan penguat kuasa dalam Operasi Halang Siri 7/2010 ke atas kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan di ibu kota, semalam. Mereka adalah sebahagian daripada 182 pemandu pengangkutan awam dan perdagangan yang disaman berikutan pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Kaedah Lalu Lintas dan Perkara 11 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Diesel 1996).

Ketua Inspektor Unit Trafik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Shaifful Anuar Shahrom, berkata operasi itu disertai 32 anggota terdiri daripada DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Kami menjalankan Ops Halang mengikut jadual berkala, tetapi kadar saman dikeluarkan tetap tinggi dan menyifatkan pemandu masih tidak mematuhi peraturan lalu lintas terutama pada pemandu bas,” katanya.

Operasi dijalankan di Jalan Tun Tan Siew Sin dan beberapa jalan utama sekitar ibu negara dipilih kerana menjadi tumpuan segelintir pemandu bas dan teksi yang gemar menunggu penumpang tanpa menghiraukan keselamatan penumpang dan menyebabkan masalah lalu lintas. Shaifful Anuar berkata, hasil pemerhatian DBKL mendapati segelintir pemandu bas dan teksi yang disaman melakukan kesalahan berulang dan mereka masih tidak mempunyai kesedaran dalam diri.

Katanya, mereka yang disaman melakukan kesalahan lalu lintas boleh didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan boleh dikompaun maksimum RM300. “DBKL menasihatkan semua pemandu pengangkutan awam dan persendirian mengikut undang-undang lalu lintas yang ditetapkan bagi mencapai hasrat kerajaan memastikan pengangkutan awam berada di tahap terbaik untuk keselesaan orang awam,” katanya.

Read MoreDrebar lari tinggal bas

mati dihempap kepala lori



MELAKA: Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan lori di stor syarikat milik keluarganya di Kawasan Perindustrian Krubong, dekat sini, ditimpa malang apabila meninggal dunia akibat dihempap kepala lori, malam kelmarin. Lebih mengharukan, mangsa, Teh Sian Meng, 33, yang beralamat di No 683-C Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang dekat sini, meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa dikatakan sedang menukar minyak enjin lori tiga tan yang digunakan untuk mengangkut barangan makanan sejuk beku. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata ketika menukar minyak enjin lori berkenaan, secara tiba-tiba lori berkenaan bergerak ke hadapan menyebabkan kepala lori yang dibuka menghempap mangsa.

Menurutnya, akibat ditimpa kepala lori berkenaan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada selain kepala dan badannya serta meninggal dunia di tempat kejadian. “Kami tidak dapat memastikan bagaimana lori berkenaan boleh bergerak ke hadapan. Begitupun kes ini tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD), semalam.

Beliau turut enggan mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu kononnya kejadian berpunca daripada tindakan abang mangsa yang dikatakan menghidupkan enjin lori berkenaan sebelum ia bergerak ke hadapan. Sementara itu Pegawai Operasi Bomba Kanan Balai Bomba Jalan Kubu, Abdul Latif Ismail yang dihubungi berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, beliau bersama empat anggota bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

Sejurus sampai di tempat kejadian, katanya, mangsa masih berada di bawah kepala lori berkenaan dan belum dikeluarkan. “Saya difahamkan ketika itu mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan dan menukar minyak enjin lori itu yang berada di atas rem. Bagaimanapun, secara tiba-tiba lori berkenaan bergerak dan menggelungsur ke depan lalu berlanggar dengan tembok di situ dan kepala lori itu menghempap mangsa. “Akibatnya mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian dada yang mengenai besi di bahagian kepala lori terbabit,” katanya.

Read Moremati dihempap kepala lori

Terkejut sawa batik tepi mesin basuh



KUALA LUMPUR: Penghuni sebuah rumah teres tiga tingkat di Bukit Jalil Golf & Country Resort di sini, panik selepas menemui seekor ular sawa ‘sesat’ di tepi mesin basuh di kediamannya itu, semalam. Ular sawa batik sepanjang dua meter itu mencetus kekecohan sebelum penghuni terbabit kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan keselamatan di kediaman berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, ular sawa seberat kira-kira 15 kilogram itu berada di tepi mesin basuh di luar rumahnya. Difahamkan, pihak pengurusan keselamatan kediaman terbabit kemudianmenghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, berkata seorang pengawal keselamatan yang dimaklumkan kehadiran ular itu segera menghubungi pihaknya.

“Kami terima panggilan jam 10.18 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian. Pihak kami mencari ular berkenaan di kawasan berkenaan seperti didakwa mangsa. “Ular terbabit dikesan cuba bersembunyi di tepi mesin basuh rumah teres tiga tingkat berkenaan,” katanya. Menurutnya, anggota bomba menangkap ular sawa itu pada jam 10.54 pagi. “Kami kemudian menyerahkan ular berkenaan kepada pihak bertanggungjawab,

Read MoreTerkejut sawa batik tepi mesin basuh

Doktor paling biadab di Britain

http://www.hmetro.com.my/articles/DoktorpalingbiadabdiBritain/pix_middle

MANCHESTER: Seorang doktor semalam didakwa berkelakuan biadab hingga menyebabkan lebih 800 pesakit lari untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan umum lain dalam masa empat tahun. Kebiadaban Dr Henry Hart yang melampau itu menyebabkan rakan sejawatannya di Pusat Kesihatan Bayside di Ulbverstone terpaksa meminta maaf kepada pesakit bagi pihak dirinya.

Perkara itu didedahkan kepada panel disiplin Majlis Perubatan Am, (GMC), semalam. Doktor berusia 45 tahun itu dilapor hanya menghadap komputernya bukan melihat pesakit di depannya dan sering memperlekeh atau menakut-nakutkan rakan sekerjanya serta menggunakan bahasa kesat terhadap mereka di depan orang awam. Semalam, Hart berdepan dengan pelbagai tuduhan disiplin sepanjang empat tahun menjadi ketua doktor di Pusat Kesihatan Bayside. Sepanjang tempoh itu, 800 daripada 4,000 pesakit berpindah ke hospital lain.

“Dia mengulangi kelakuan buruknya sepanjang tempoh berkenaan,” kata Sharon Beattie, kaunselor GMC pada perbicaraan kelayakan untuk menjadi pengamal perubatan. “Dia begitu biadab dan agresif terhadap kakitangan, rakan sekerja dan juga pesakit.” Menurut Sharon, pernah seorang tukang besi datang mengadu sakit belakang, Hart menjawab: “Tukar pekerjaan kamu.” Seorang lagi pesakit membawa anaknya berusia lapan tahun untuk mendapatkan rawatan tetapi Hart menggunakan bahasa begitu kasar hingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis.

Dia juga didakwa sering duduk membelakangkan pesakitnya yang datang untuk mendapatkan rawatan, tidak mempedulikan pesakit berkenaan, sebaliknya tertumpu pada komputernya. Sharon memberitahu, kakitangan hospital juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran sikap kasar doktor itu. “Pernah seorang penyambut tetamu meminta dia menemui seorang pesakit tetapi Hart menengking dengan berkata: ‘Pergi Jahanam.

Saya tidak mahu menemui pesakit. Mereka semua lambat. Mereka perlu pergi ke hospital.’” Hart juga dituduh menyelongkar pejabat rakan doktornya yang lain di pusat berkenaan tetapi mengunci biliknya kerana takut mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

Read MoreDoktor paling biadab di Britain

Pensil Dalam Kemaluan Mangsa Rogol


GOMBAK: Doktor yang memeriksa dan merawat seorang remaja perempuan yatim piatu berusia 14 tahun yang menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya minggu lalu terkejut apabila mendapati bukan sahaja dia telah sebulan mengandung tetapi turut menemui sebatang pensil di dalam kemaluan mangsa. Doktor mengesyaki sesuatu apabila budak perempuan tersebut mengadu terasa sakit setiap kali dia membuang air kecil.

Malah budak perempuan itu tidak menyedari pun yang di dalam kemaluannya terdapat sebatang pencil berukuran 4cm panjang sehinggalah para doktor mengeluarkannya dalam pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Selayang Hospital. Mangsa membuat laporan polis Isnin lalu dengan mendakwa rakan sekelasnya telah merogolnya pada waktu rehat sekolah. Mereka bersekolah di Rawang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Rosly Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, ini bukanlah kali pertama pelajar perempuan itu dirogol. Malah katanya, budak perempuan itu telah beberapa kali dikasari secara seksual tetapi menyembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa. “Kami percaya, perbuatan itu dilakukan bukan oleh seorang suspek tetapi lebih dari itu,” katanya. Polis, katanya lagi kini masih menyoal siasat mangsa dan berharap akan memperolehi lebih banyak maklumat bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, rakan sekolah mangsa yang disyaki merogolnya di sekolah berkenaan telahpun ditahan di kawasan sekolah beberapa jam selepas mangsa membuat aduan. Supt Rosly menambah, polis turut menahan enam lagi suspek yang dipercayai bersubahat untuk membantu siasatan.

Read MorePensil Dalam Kemaluan Mangsa Rogol

Memandu bas sambil baca buku



BIRMINGHAM - Seorang pemandu bas di Britain digantung kerja selepas perbuatannya membaca novel sembil memandu dirakamkan oleh seorang penumpang, lapor sebuah akhbar semalam. Penumpang itu kemudiannya menghantar rakaman tersebut ke laman perkongsian video YouTube di Internet.

Gelagat pemandu cuai itu dirakamkan pada Isnin lepas semasa dia memandu bas bernombor 61 keluar dari pusat bandar Birmingham. "Pemandu bas itu berada dalam dunianya sendiri. Dia mengawal stering dengan sikunya dan silih berganti memandang jalan dan buku. Dia boleh menyebabkan kemalangan," kata penumpang itu.

"Dia bukan memandu di jalan kampung tetapi di jalan besar yang sibuk di pusat bandar," tambahnya. Mengulas mengenai perkara itu, seorang jurucakap syarikat bas berkenaan berkata, pemandu yang tidak didedahkan identitinya itu digantung tugas dan mungkin dibuang kerja.

Read MoreMemandu bas sambil baca buku

Ketua parti pembangkang Britain dibaling telur



LONDON - Pemimpin Parti Konservatif yang menjadi pembangkang di Britain, David Cameron dibaling dengan sebiji telur semasa dia berhenti berkempen di barat daya England semalam. Telur itu terkena bahunya semasa beliau meninggalkan sebuah Kolej Cornwall di bandar Saltash. Cameron menyatakan kejadian itu yang pertama sepanjang kempennya. Beberapa saksi memberitahu bahawa telur itu dibaling oleh seorang lelaki muda.

Pekerja parti menyatakan lelaki tersebut telah ditangkap tetapi dilepaskan selepas mendapati dia tidak lagi mempunyai telur. Cameron turut diikuti oleh seorang wartawan akhbar yang memakai maskot ayam. Akhbar Daily Mirror yang menyokong Parti Buruh menyifatkan Cameron takut untuk menjawab soalan-soalan yang sukar. Pilihan raya umum Britain bakal berlangsung pada 6 Mei depan. Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown dianggap sukar untuk mengekalkan kuasa.

Ia dicabar sengit oleh Parti Liberal Demokrat yang diketuai Nick Clegg dan Parti Konservatif. Buat pertama kali dalam tempoh 103 tahun, Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg menduduki tempat pertama dalam satu tinjauan pendapat mengenai parti pilihan pengundi mengatasi Parti Konservatif dan Buruh.

Read MoreKetua parti pembangkang Britain dibaling telur

Ribuan himpun hisap ganja



DENVER – Acara menghisap ganja secara terbuka di Universiti Colorado, Amerika Syarikat (AS) kelmarin menarik kehadiran ribuan pengunjung walaupun ia dibantah pihak pengurusan universiti. Acara itu sengaja diadakan pada 20 April kerana tarikh tersebut merupakan sambutan tidak rasmi hari ganja antarabangsa manakala nombor 420 merupakan singkatan untuk ganja di AS.

Sambutan itu diadakan semasa wakil-wakil rakyat di Colorado menyokong undang-undang baru bagi membenarkan farmasi menjual ganja bagi tujuan perubatan. Sementara itu di CalIfornia, sebuah kedai menjual peralatan menanam ganja diserbu beratus-ratus orang. Undang-undang California dan 13 negeri lain di AS membenarkan pengambilan ganja bagi tujuan perubatan.

Menurut tinjauan bersama agensi berita AP dan stesen penyiaran CNBC yang disiarkan kelmarin, masih ramai rakyat AS tidak mahu ganja dijadikan barang komoditi. Namun, majoriti penduduk negara itu percaya dadah tersebut memiliki faedah perubatan dan sepatutnya dibenarkan oleh pemerintah.

Read MoreRibuan himpun hisap ganja

Pembantu rumah saman majikan



LONDON – Seorang pembantu rumah Indonesia, Yoyoh Salim Udin memberitahu Tribunal Pekerjaan London Tengah bahawa dia dipaksa bekerja lebih 16 jam sehari dan dilayan seperti hamba oleh majikannya yang merupakan pasangan Muslim yang kaya, lapor sebuah akhbar semalam. Penderitaan Yoyoh sampai di kemuncaknya apabila dia diperiksa secara bogel kerana dituduh mencuri beberapa pasang anting-anting selain dikurung. Menurutnya, dia juga tidur di atas tilam nipis dan selimut.

Yoyoh menyaman pasangan Lina Chamsi Pasha dan suaminya Firas di tribunal tersebut atas dakwaan diskriminasi kaum, menghina, tidak dibayar gaji, selain menuntut ganti rugi kerana mereka melanggar hak-hak pekerjaan termasuk waktu kerja. Lahir di Jawa Barat, Yoyoh datang ke London untuk bekerja di pangsapuri lima bilik tidur milik Firas pada tahun 2004. Dia dibayar gaji sebanyak AS$300 (RM958) pada bulan pertama sebelum dinaikkan kepada AS$400 (RM1,278) sebulan kemudian. Lina yang dipanggil Yoyoh sebagai puan memberinya tiga set baju seragam terpakai.

Yoyoh tidak dibenarkan berkongsi barangan di dalam rumah, malah diberikan satu cawan dan mangkuk plastik untuk kegunaannya. Majikannya turut menetapkan keperluan spesifik semasa membasuh pakaian. “Saya mesti menggunakan satu baldi plastik untuk membasuh seluar dalam. Satu baldi lain untuk kasut dan baldi berbeza untuk tudung dan pakaian lain.

“Puan menyuruh saya membasuh seluar dalam dan stoking semua orang dengan tangan sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh,” cerita Yoyoh kepada tribunal berkenaan. Yoyoh memberitahu pengalaman diperiksa secara bogel terus menghantuinya. Keadaan itu menyebabkan dia cuba membunuh diri dengan meminum racun. Insiden itu turut membuatkan kemampuannya untuk menelan liur telah terjejas.

Read MorePembantu rumah saman majikan

Bunuh, bakar tauke ayam



JITRA - Geram kerana tidak dibayar gaji, seorang lelaki sanggup membunuh dan membakar hingga rentung majikannya, seorang penternak ayam, di Kampung SC, Mukim Hosba dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Hamenuddin berkata, mayat Tan Ah Yee , 64, ditemui di dalam sebuah bilik di rumahnya yang musnah dalam kebakaran pada pukul 11 malam.

Turut ditemui selaras senjata api dipercayai milik mangsa. Menurut beliau, pada awalnya suspek, seorang warga tempatan, yang merupakan pekerja mangsa memberitahu bahawa dia dan majikannya itu disamun oleh tiga lelaki bertopeng. "Lelaki itu memberitahu bahawa selepas disamun, dia pengsan dan apabila tersedar, rumah majikannya sudah terbakar," kata Sawaluddin di sini semalam. Bagaimanapun, menurut beliau, siasatan mendapati kenyataan yang diberikan lelaki itu menimbulkan keraguan menyebabkan lelaki itu ditahan.

"Polis percaya mangsa dibunuh di luar rumah iaitu di kawasan reban ayam di sebelah rumah tersebut sebelum mangsa diheret ke dalam rumah. Suspek kemudian membakar rumah itu," katanya. Sawaluddin berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat untuk memastikan sama ada mangsa dibunuh sebelum dibakar atau sebaliknya. Beliau berkata, semasa kejadian mangsa berada seorang diri di rumah yang dibina dalam kebun getah tempat dia menternak ayam.

Polis percaya pembunuhan itu hanya dilakukan seorang suspek. "Suspek bekerja dengan mangsa, ada kemungkinan kejadian itu berlaku disebabkan mangsa tidak membayar gaji lalu mencetuskan perselisihan faham dan ia berakhir dengan tragedi itu," katanya. Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Read MoreBunuh, bakar tauke ayam

Kelas aerobik ditangguhkan kerana buaya



DARWIN, Australia - Kelas aerobik air di sebuah resort sini semalam terpaksa ditangguhkan selepas seekor anak buaya ditemui berada di dalam kolam renang resort berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Reptilia air tawar sepanjang 1.5 meter itu ditemui oleh beberapa pekerja resort tersebut semasa mereka melakukan pemeriksaan keselamatan kira-kira 30 minit sebelum kelas senaman melibatkan sekumpulan wanita bermula, baru-baru ini. Pengurus resort berkenaan, Geoff Thompson berkata, kumpulan wanita tersebut tidak berminat untuk bersenam aerobik dengan buaya memerhatikan gelagat mereka.

"Ia tidak mahu keluar dari kolam itu dan salah seorang renjer kami terpaksa menangkapnya dengan menggunakan jaring dan diserahkan ke sebuah taman hidupan liar," kata Thompson. "Ia buaya liar dan mungkin menyusup masuk dari paya," tambahnya.

Read MoreKelas aerobik ditangguhkan kerana buaya

Perompak larikan sinki rumah



WREXHAM, Wales - Beberapa perompak 'menyapu bersih' semua barangan, termasuk sinki dapur rumah seorang wanita di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Mangsa rompakan itu, Natalie Edwards hilang punca selepas mendapati karpet, kabinet dapur, kepala paip, katil, pakaian, dapur, laci dan perabot lain di rumahnya dilarikan perompak.

Natalie, 28, menyatakan, dia berasa amat takut setelah rumahnya menjadi sasaran kecurian sejak awal tahun ini sekali gus menyebabkannya mengambil keputusan untuk berpindah. Semua kecurian itu berlaku semasa dia tiada di rumahnya.

"Saya berpindah setelah dua kali rumah saya dimasuki perompak tetapi semasa saya kembali semula pada awal bulan ini untuk mengambil barang-barang peribadi, saya dapati barangan rumah saya telah dilarikan perompak," katanya. Seorang jurucakap polis Wales berkata, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.

Read MorePerompak larikan sinki rumah

Bayi tanpa hidung, mata dipindah ke HRPB



IPOH - Dilahirkan tanpa hidung dan mata, mulut yang tidak sempurna manakala kaki dan tangan pula mengalami kecacatan. Itulah nasib Lee Chai Lim, bayi lelaki berusia tiga minggu yang sejak 8 April lalu ditempatkan di sebuah rumah perlindungan, Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat Ipoh (PKKC) di sini.

Chai Lim yang dilahirkan di Hospital Taiping pada 28 Mac lalu merupakan anak pertama sepasang suami isteri yang berasal dari bandar berkenaan. Apa yang pasti, kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr.

Ahmad Razin Ahmad Maher ke pusat kebajikan terbabit semalam membawa harapan baru kepada bayi malang itu.

Read MoreBayi tanpa hidung, mata dipindah ke HRPB

Israel rai ulang tahun ke-62



BAITULMUQADDIS – Penduduk Israel mengadakan majlis barbeku di kawasan perkhemahan yang sesak dan pantai-pantai di seluruh negara sebagai menyambut ulang tahun ke-62 penubuhan negara Yahudi itu semalam. Sebuah helikopter turut melakukan lintas terbang di kediaman Presiden Israel, Shomin Peres di Baitulmuqaddis manakala beberapa buah kem tentera dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Ketua Tentera, Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi turut sama menyanyikan lagu-lagu Israel di kediaman Presiden. Sambutan tersebut bermula pada Isnin lalu dengan tembakan mercun sebagai tanda menghormati penubuhan Israel pada 14 Mei 1948.

Tahun ini, sambutan itu jatuh pada tarikh 20 April berdasarkan kepada kalendar Yahudi. Di sebalik sambutan itu, ramai rakyat Arab Israel menyifatkannya sebagai Nakba atau bencana. Ini kerana penubuhan negara Yahudi telah menyebabkan 750,000 penduduk Palestin terpaksa melarikan diri atau diusir selepas tercetusnya perang Arab-Israel pada tahun 1948.

Read MoreIsrael rai ulang tahun ke-62

Kapal abad ke-9 tiba di Sri Lanka



GALLE - Sebuah kapal yang dibina mengikut reka bentuk abad kesembilan berlabuh di sini, Sri Lanka semalam selepas belayar dari Muscat, Oman.

Kapal itu yang dibina secara tradisional tanpa menggunakan paku berlepas dari Oman pada 15 Februari lalu dengan mengikuti laluan pedagang-pedagang Arab ke timur Asia.

Hentian terakhir kapal tersebut yang dikenali sebagai Permata Muscat itu ialah di pelabuhan Singapura pada Julai tahun ini.

Read MoreKapal abad ke-9 tiba di Sri Lanka

Rumput laman universiti hilang



LONDON - Kombinasi cuaca panas dan trend tidak menggunakan racun serangga menyebabkan bilangan kumbang kabai di Britain meningkat, lapor sebuah akhbar semalam. Kumbang kabai pada kebiasaannya dilihat pada musim panas tetapi ia muncul lebih awal tahun ini dengan menyebabkan satu kawasan di Kolej Christ's di Universiti Cambridge kehilangan rumput baru-baru ini.

Pekerja pusat pengajian tinggi di sini terpaksa menanam semula rumput di laman yang menjadi kebanggaan mereka setelah ia dimakan sejumlah serangga sepanjang 1.27 sentimeter itu yang hidup di dalam tanah. Serangga itu pertama kali dilihat di universiti berkenaan dua tahun lalu.

"Laman yang dahulunya kemas kini nampak hodoh dan menyebabkan semua orang berasa sedih. Kami perlu melakukan sesuatu kerana laman ini merupakan pemandangan pertama yang anda lihat apabila memasuki kolej ini," kata seorang penolong ketua tukang kebun kolej itu, Lottie Collis.

Read MoreRumput laman universiti hilang

Sotong curi kamera video



WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian berlaku semasa Huang, 31, sedang merakamkan gambar sotong yang mempunyai lapan sesungut itu di luar pesisiran pantai di sini.

Tiba-tiba sotong itu bertindak agresif menyebabkan penyelam tersebut pantas bergerak ke permukaan laut kerana menyangka dia diserang oleh haiwan tersebut. Namun, dia kemudian menyedari bahawa sotong berkenaan mengikutinya kerana ia cuma berminat dengan kamera videonya yang berharga NZ$754 (RM1,719). Sotong itu kemudian merampas kamera itu daripada Huang semasa dia bergerak ke arah permukaan laut.

Huang kemudian kembali 'mengejar' sotong itu selama lima minit dan cuba mengalih perhatian dengan senapang lembing. Apa yang lebih malang lagi ialah sesungut sotong itu turut merampas senapang lembingnya tetapi ia melepaskan kamera video ke dasar laut. Kamera video itu merakamkan insiden itu yang kini boleh dilihat di laman YouTube di Internet.

Read MoreSotong curi kamera video

Kompaun JPJ naik 333 peratus



KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak. Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Read MoreKompaun JPJ naik 333 peratus

Pencari kotak mati dalam kotak



SHAH ALAM - Sejak berada di negara ini lima tahun lalu, seorang pelarian Myanmar berusaha keras mencari rezeki dengan membeli kotak-kotak terpakai dan besi buruk di daerah ini bagi menyara kehidupannya empat beranak. Namun semalam adalah nasib malang bagi lelaki itu apabila dia ditemui mati dalam sebuah kotak televisyen 21 inci yang dipercayai baru dibelinya.

Lebih menyedihkan apabila kotak televisyen yang berisi mayat itu diletakkan pula di atas besi letak barang motosikal jenis Suzuki 110 miliknya di sebuah kawasan perindustrian di Jalan Telok Batu 36/1, Seksyen 36 di sini. Semasa mayat mangsa ditemui pada pukul 8.25 pagi itu, mangsa Myint Shwe Sava, 40, yang memegang dokumen pelarian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mempunyai kesan kecederaan parah di kiri kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, sebelum dibunuh, mangsa disyaki telah dirompak berdasarkan kehilangan beg duit, wang tunai dan telefon bimbit miliknya. Menurut beliau, siasatan awal percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam kotak televisyen dan diletakkan di atas motosikal mangsa di lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Kampung Jawa di Klang.

"Mangsa mungkin telah dipukul bertubi-tubi dengan objek tumpul di bahagian kiri kepalanya menyebabkan dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan kematian. "Berdasarkan topi keledar mangsa yang dipenuhi air hujan, polis juga percaya mangsa dibunuh lebih enam jam sebelum mayatnya ditemui orang awam yang melalui kawasan kejadian," kata beliau di sini semalam.

Read MorePencari kotak mati dalam kotak

Sanggup rakam obor-obor di laut untuk filem



LOS ANGELES - Seorang jurukamera mengetepikan risiko disengat obor-obor semata-mata untuk merakamkan gambar haiwan itu di satu lokasi di dalam laut, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurukamera itu membuat rakaman tersebut untuk filem Oceans yang diarahkan oleh Jacques Perrin dan Jacques Cluzaud. Filem itu yang menampilkan bekas pelakon James Bond, Pierce Brosnan akan ditayangkan pada 22 April depan.

Read MoreSanggup rakam obor-obor di laut untuk filem

Legenda cerut meninggal dunia



HAVANA - Penanam tembakau Cuba, Alejandro Robaina (gambar), yang merupakan simbol penghasilan cerut bermutu di negara itu meninggal dunia kelmarin pada usia 91 tahun. Stesen televisyen Cuba menyatakan Robaina meninggal dunia kerana sakit.

Satu-satunya penanam tembakau Cuba yang mengeluarkan cerut dengan jenama menggunakan namanya sendiri, Robaina telah menjelajah ke seluruh dunia sebagai duta tidak rasmi negara tersebut. Dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak dalam ladang seluas 16 hektar berdekatan bandar San Luis.

Robaina menyambut hari kelahirannya yang ke-91 pada 20 Mac lepas dalam keadaan yang tidak sihat bersama lebih 20 teman dan keluarganya. Menurut seorang rakannya, Sergio Hernandez, Robaina jatuh sakit selepas disahkan menghidap kanser pada tahun lalu.

Read MoreLegenda cerut meninggal dunia

'Tuan Muda' mahu jadi doktor



KUALA LUMPUR - Pelajar cemerlang yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' dikatakan kecewa kerana cita-cita untuk menjadi seorang doktor tidak kesampaian apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (gambar) semasa mendedahkan perkara itu bertitah, ini kerana remaja tersebut hanya memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dia hanya dapat 9A, 1B, (oleh sebab itu) dia tidak dapat biasiswa, dia mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland," cerita baginda. Baginda yang juga isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu bertitah demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara di sini semalam.

Tunku Azizah berkata, kekecewaan remaja tersebut akibat gagal memperoleh 10A dalam SPM itu dimaklumkan oleh seorang guru yang pernah mengajar remaja tersebut. Baginda turut mendedahkan motif remaja dengan nama sebenarnya, Zul Ariff Abdullah yang begitu berani bertindak menyamar sebagai Tuan Muda Pahang.

Susulan daripada :
http://sufferedgezine.blogspot.com/2010/04/tuan-muda-sah-dapat-9a-spm.html
http://sufferedgezine.blogspot.com/2010/04/zul-ariff-minta-ampun.html

Read More'Tuan Muda' mahu jadi doktor