Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Domain laman web porno .xxx


LONDON-Lebih 110,000 laman web lucah di seluruh dunia telah menempah domain .xxx sebagai rujukan alamat laman web pornografi selepas badan pengawal selia Internet antarabangsa (ICANN) meluluskan penggunaan tiga abjad itu kelmarin.

Di Britain sahaja, firma pendaftar alamat rasmi Internet (ICM) menjangka dapat mendaftarkan sejumlah 500,000 halaman tersebut sehingga akhir tahun ini yang bakal menjana perolehan lumayan mencecah kira-kira £20 juta (RM98 juta).

"Kami meramalkan mampu memproses lebih sejuta laman sedemikian kerana sekarang pun sudah ada jutaan halaman lucah yang berkembang pesat ekoran kemajuan dunia teknologi komunikasi maklumat," kata pengasas ICM, Stuart Lawley.

Jurucakap badan pemantau Mediawatch UK, Vivienne Pattison berkata, pengenalan .xxx dijangka membantu ibu bapa mengawal anak daripada mudah mengakses laman tidak bermoral itu yang kian berleluasa.

Read MoreDomain laman web porno .xxx

Maut diserbu pencegah maksiat


KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mati selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di bandar ini dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK) dalam kejadian awal pagi semalam.

Anggota polis terbabit disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas dipercayai mengalami pendarahan teruk di kepala.Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi, ketika mangsa dipercayai berada dalam sebuah bilik di hotel tersebut sebelum diserbu oleh penguat kuasa agama.

Sumber hotel memberitahu, sebelum kejadian, hotel tersebut telah didatangi sepasukan pegawai JHEAIK yang meminta kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan dan ketika serbuan di salah sebuah bilik di tingkat tiga didapati seorang wanita duduk berseorangan di bilik berkenaan.

Beberapa minit kemudian, menurutnya, seorang peniaga bersebelahan hotel itu memaklumkan terdapat seorang lelaki terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah.

"Ketika ditemui, lelaki itu mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans sebelum lelaki terbabit dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Read MoreMaut diserbu pencegah maksiat

Jue mahu jadi pengkid


BOLEH dikatakan, wanita yang diperkenalkan menerusi teater Naga Tasik Chini ini memanjat tangga-tangga populariti bukanlah berdasarkan bakat lakonan semata-mata. Empat tahun dalam industri, Jue, 27, sudah likat dengan banyak cerita kurang manis.

Pernah juga dia digelar penggoda dan simbol seks.Sejarah percintaan dengan dua lelaki popular, Ako Mustapha dan Jehan Miskin juga antara faktor yang memanaskan nama wanita seksi ini. Dialah Jue Aziz, dramatis yang kini menjadi taruhan terbaru Feroz Khan selaku pengarah drama Janji Kekasih.

Sering dipersembahkan dalam rona-rona manja, romantis dan bersopan-santun di tirai kaca, Jue sendiri bukan seorang yang pemilih dalam mencari karakter untuk diterjemahkan. Namun, terlibat dalam penggambaran drama bersiri yang kini bersiaran menerusi slot Zehra itu, banyak memberi ilmu terhadapnya.

“Saya ada banyak ruang untuk berekspresi dengan emosi. Mula-mula saya bimbang sebab watak Karina menuntut saya menjadi gadis lasak dan liar tetapi kalau diikutkan, sebelum ini saya pernah bawa watak tomboi dalam satu telemovie,” ujar Jue yang memainkan watak Karina dalam Janji Kekasih.

Read MoreJue mahu jadi pengkid

Kembar siam Iraq tiba di Saudi


RIYADH - Sepasang kembar siam perempuan Iraq, Zainab dan Ruqiya diterbangkan dengan helikopter dari tempat asal mereka di Najaf terus ke Arab Saudi untuk menjalani pembedahan pemisahan di King Abdul Aziz Medical City di sini kelmarin.

Bapa kembar itu, Naseer Muhammad Hassan menjunjung kasih keprihatinan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz yang mengarahkan pembedahan dilakukan segera dengan pembiayaan baginda sendiri selain meringankan beban keluarga miskin itu.

Bayi tersebut dilahirkan pada 5 Jun lalu dengan bercantum di bahagian dada. Setakat ini, pusat perubatan terbesar itu telah berjaya memisahkan 27 kembar siam dari 16 buah negara termasuk pasangan Malaysia, Filipina, Poland, Cameroon dan Mesir.

Akhbar Arab News melaporkan baru-baru ini, Raja Abdullah turut menanggung pembedahan selama enam jam terhadap kembar siam dari sebuah keluarga miskin Jordan yang berusia tiga bulan, Mohammed dan Amjad.

Read MoreKembar siam Iraq tiba di Saudi

Duda mati tak sempat bertunang


MELAKA - Hasrat seorang duda untuk melangsungkan pertunangan Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia mati dibunuh selepas rumahnya di Seksyen 1, Bukit Katil di sini diceroboh penjenayah semalam.

Mangsa Mohd. Redzwan Ali, 58, meninggal dunia dalam kejadian antara pukul 9.30 malam hingga 3.15 pagi setelah dia cedera teruk akibat dua kesan tikaman di dada.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa dijumpai mati dalam keadaan duduk dengan tangan terikat ke belakang di atas sofa di sebuah bilik di rumahnya.

"Siasatan mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah mangsa dan polis mengesyaki kemungkinan semasa kejadian rumah mangsa tidak dikunci atau mangsa mengenali suspek," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Read MoreDuda mati tak sempat bertunang

Replika kapal berharga RM78 juta

NASHVILLE, Amerika Syarikat - Lebih 135,000 orang sudah mengunjungi muzium Titanic terbesar di dunia sejak ia dibuka April lalu sempena ulang tahun ke-98 kapal itu karam pada 1912, lapor sebuah akhbar semalam.

Replika kapal itu berskala 50 peratus lebih besar daripada saiz sebenar dengan ketinggian 30 meter dan ia dibina setahun lalu dengan kos AS$24 juta (RM78 juta) di bandar peranginan terkenal Tennessee, Pigeon Forge dekat sini.

Pemilik bersama muzium tersebut, Mary Kellogg-Joslyn yang merupakan bekas penerbit program televisyen berkata, replika seluas 2,787 meter persegi itu turut mengandungi sebongkah air batu gergasi yang dikatakan punca Titanic karam dengan 1,517 penumpang dan anak kapal terbunuh di Lautan Atlantik.

"Dengan tiket berharga AS$20 (RM63) yang memaparkan nama penumpang sebenar Titanic, pengunjung kemudian akan dibawa oleh 75 petugas berpakaian anak kapal zaman itu menjelajah 20 galeri selama dua jam," katanya.

Read MoreReplika kapal berharga RM78 juta

Budak 2 tahun setinggi 55cm


HULL, England - Seorang kanak-kanak perempuan, Charlotte Garside yang berumur dua tahun cuma memiliki ketinggian 55.88 sentimeter (sm) dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.Ketinggian yang rendah berbanding rakan sebayanya itu disebabkan oleh penyakit tumbesar terbantut yang dihidapi hanya 100 orang di dunia.

Menurut ibunya, Emma Newman, pada mulanya dia tidak menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena pada anaknya selepas dia dilahirkan tidak cukup bulan."Apa yang diketahui ialah dia amat kecil dan satu-satunya pakaian anak yang muat untuk tubuhnya ialah pakaian anak patung," katanya.

Akibat tubuhnya yang kecil, Charlotte tidak mampu untuk makan seperti manusia normal.Dia memerlukan tiub khas untuk meminum susu.Berat badannya semasa dia dilahirkan ialah 0.49 kilogram (kg) dan kini beratnya cuma 3.17kg sama seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.

Menurut ibunya, Charlotte kini sudah boleh merangkak dan dia tidak boleh berjalan sehingga satu pembedahan di tumitnya dilakukan."Dia (Charlotte) merupakan seorang kanak-kanak yang riang dan anak saya dihantar ke sebuah pusat penjagaan dua hari seminggu," katanya.

Read MoreBudak 2 tahun setinggi 55cm

Mahu Ariel direjam


JAKARTA - Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.

"Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati," kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.

Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet.Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet.

Read MoreMahu Ariel direjam

Ariel Peterpan ditahan polis


JAKARTA - Seorang penyanyi terkenal yang pernah menjadi vokalis band Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis sebelum ditahan semalam berhubung dua klip video lucah yang menampilkan pelakon wajah miripnya bersama dua wanita juga memiliki wajah mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

"Ariel menyerah diri pada pukul 3 pagi selepas polis menamakannya sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi."Jika dia tidak menyerah diri, kami akan menangkapnya," kata seorang penolong jurucakap polis, Zainuri Lubis.Ariel sebelum ini berulang kali menafikan terlibat dalam video seks itu.

Dalam klip video seks yang pertama, seorang lelaki mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang memiliki wajah seperti pengacara terkenal, Luna Maya.Buat masa ini, Luna Maya merupakan kekasih kepada Ariel.

Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki juga mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi wanita yang wajahnya mirip pengacara popular, Cut Tari.Cut Tari merupakan bekas kekasih Ariel dan kini sudah bersuami.

Ariel berdepan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah melanggar undang-undang antipornografi.Dia juga mungkin akan dihukum penjara sembilan bulan kerana melakukan perzinaan.

Skandal klip video itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar sebagai Peterporn di kalangan pengguna-pengguna Internet.

Read MoreAriel Peterpan ditahan polis

Tg. Bidara Resort bakal ditutup


ALOR GAJAH - Ketika era 90-an dahulu, nama pusat peranginan Tanjung Bidara Beach Resort begitu sinonim dengan pelancong yang datang ke Melaka.

Lokasinya yang mendamaikan kerana terletak di tepi laut Selat Melaka membuatkan sesiapa yang menduduki pusat peranginan tersebut walaupun sekejap begitu teruja dengan keadaan sekitarnya.

Namun entah apa silapnya sejak akhir-akhir ini, destinasi percutian terkenal itu semakin tenggelam kerana pelbagai masalah selepas sebuah syarikat mengambil alih pengurusan resort itu pada tahun 2003.

Lebih menyedihkan, resort yang disifatkan sebagai lambang kebanggaan penduduk sekitar Masjid Tanah itu kini berada di ambang 'hidup segan mati tak mahu' yang berkemungkinan ditutup atas alasan tidak mampu beroperasi lagi.

Difahamkan, resort tersebut didakwa menanggung kerugian lebih daripada RM4 juta sejak tempoh berkenaan.

Read MoreTg. Bidara Resort bakal ditutup

Bekas jurutera cipta basikal gergasi

ARNHEM - Seorang pelajar jurusan seni di Belanda, Wouter van den Bosch mencipta sebuah basikal gergasi seberat 450 kilogram dengan menggunakan peralatan yang didermakan oleh rakan-rakannya selain sebuah syarikat traktor, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berusia 39 tahun dari sini yang juga seorang bekas jurutera mekanikal menjadi sensasi di laman YouTube selepas klip video dia mengayuh basikalnya ditonton lebih 600,000 kali dalam tempoh dua minggu.

Dia mengambil masa tiga bulan untuk menjadikan basikal raksaksa itu bergerak di atas jalan raya dengan menggunakan besi, beberapa tiub, rangka basikal dan sebuah tayar traktor.

Bosch yang memiliki hobi melakukan pengubahsuaian ekstrem pada kenderaan sejak beberapa tahun lalu, mencipta basikal tersebut sebagai projek seni pada tahun akhir pengajiannya.

Read MoreBekas jurutera cipta basikal gergasi

Misteri bunyi pelik dalam enjin


COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin."Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.

Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui.

Read MoreMisteri bunyi pelik dalam enjin

Tembok Penjara Pudu dirobohkan


KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.

Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.

Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.

Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

Read MoreTembok Penjara Pudu dirobohkan

Penunggang basikal berbogel sebagai tanda protes


BRUSSELS - Sekumpulan penunjuk perasaan menunggang basikal dalam keadaan berbogel di Brussels kelmarin bagi menyertai satu demonstrasi tahunan dipanggil "cyclonudista" sebagai bantahan terhadap keadaan trafik di bandar tersebut.

Hujan dan angin tidak menjadi halangan kepada lebih kurang 50 orang peserta itu. Polis kemudian menahan dua orang peserta yang berbogel sepenuhnya kerana berkelakuan tidak sopan.

Tetapi mereka dilepaskan selepas kenderaan polis dikelilingi oleh penunjuk perasaan lain."Tindakan berbogel membolehkan bantahan ini mendapat perhatian media kerana anda perlu dilihat sebelum suara anda didengari," kata salah seorang penganjurnya, Jerome Nature.

Mereka mengadakan protes kerana kebanyakan ruang telah dimonopoli oleh kereta. Tujuan utama penganjuran 'cyclonudista' adalah untuk mendesak pengangkutan awam yang mesra alam dan percuma, selain menjadi bandar raya bebas kereta yang terbuka kepada golongan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Di samping mengenakan kawalan ketat terhadap iklan kereta dan iklan pelancongan udara.

Read MorePenunggang basikal berbogel sebagai tanda protes

Suami tangkap isteri khalwat pada Hari Bapa


SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun.

Read MoreSuami tangkap isteri khalwat pada Hari Bapa

Sembunyi heroin dalam coli


KUALA TERENGGANU - Taktik seorang janda menyorokkan dua bungkusan dadah jenis heroin di dalam coli yang dipakainya terbongkar selepas dia ditahan di perhentian bas di sini Khamis lalu.

Dalam operasi pada pukul 6 pagi, polis menemui 20 botol heroin seberat 83 gram yang dibungkus menggunakan surat khabar bertulisan Thailand dan disembunyikan di coli kanan dan kiri yang dipakai janda berusia 43 tahun itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, turut ditahan dalam operasi itu rakan suspek yang juga seorang janda berusia 30 tahun.Kedua-dua janda itu mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand.

Read MoreSembunyi heroin dalam coli

Perhentian bas paling mewah Britain


UNST - Sebuah pondok perhentian bas paling mewah di Britain menerima sentuhan tema bola sepak sempena kejohanan Piala Dunia 2010, lapor sebuah akhbar semalam.Perhentian bas di kepulauan Shetland, Scotland itu dilengkapi dengan sebuah sofa, beberapa kusyen bertemakan bola sepak, sebuah televisyen, telefon dan bunga.

Sejak beberapa tahun lalu, ia berjaya menarik kehadiran ribuan pelancong yang kagum dengan dekorasi perhentian bas itu.Inisiatif hiasannya bermula beberapa tahun lalu, selepas seorang lelaki meletak sebuah sofa dan meja di perhentian bas berkenaan.

Manakala kemudahan lain termasuk sebuah komputer dan ketuhar gelombang mikro telah ditambah secara beransur-ansur oleh penduduk setempat.

Pelancong bagaimanapun, tidak dapat menonton perlawanan Piala Dunia di perhentian bas Unst kerana semua kemudahan itu merupakan hiasan semata-mata dan tempat itu tidak ada bekalan elektrik.

Read MorePerhentian bas paling mewah Britain

Sanggup layan lima lelaki sehari



KUALA LUMPUR - Bagaikan pesta jual tubuh!Kegiatan 'kupu-kupu' China di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini didapati semakin menjadi-jadi semalam dan jumlahnya bertambah ramai pada hujung minggu.

Tinjauan wartawan semalam mendapati, bukan sahaja di pintu tandas, kali ini pelacur warga China itu semakin ramai berkeliaran mencari pelanggan termasuk di depan eskalator dan tangga pasar raya berkenaan.

Difahamkan, selain memenuhi nafsu lelaki tempatan, bilangan pelacur itu bertambah bagi memenuhi permintaan tinggi terutama di kalangan lelaki warga asing seperti Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Kebanyakan warga asing yang bercuti semalam merupakan pelanggan tetap kepada pelacur di pasar raya berkenaan berdasarkan cara mereka berbual dan sudah mengenali nama-nama sesetengah pelacur terbabit.

Ketika ditanya oleh wartawan, ada di kalangan lelaki warga asing mengaku perkhidmatan seks murah itu dianggap sebagai terapi kepada mereka sebelum memulakan tugas semula pada minggu depan.

Selain itu, 'kupu-kupu' China itu terpaksa bekerja keras melayan bilangan pelanggan lebih ramai daripada biasa pada hujung minggu.Malah ada di kalangan mereka sanggup melayan lima pelanggan sehari asalkan mendapat bayaran.

Read MoreSanggup layan lima lelaki sehari

Bisu akibat tiup kuat vuvuzela Piala Dunia


CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.

"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.

Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela.


Read MoreBisu akibat tiup kuat vuvuzela Piala Dunia

Ditangkap polis kerana bogel di pantai


NEWPORT, England - Sepasang kekasih ditangkap oleh enam anggota polis kerana berbogel dan berasmara di hadapan sejumlah ibu bapa di tepi pantai peranginan Sandown, Isle of Wight, lapor sebuah akhbar semalam.

Adegan itu bermula apabila seorang wanita berambut perang dan berusia 22 tahun dari Ireland Utara bersama dengan kekasih lelakinya dari Surrey melompat-lompat di hadapan beberapa ibu bapa dan anak-anak mereka dengan berpakaian renang pada waktu tengah hari, baru-baru ini.

Namun, wanita itu menanggalkan colinya menyebabkan sekumpulan pengunjung bar yang berdekatan di pantai tersebut bersorak.Menurut seorang saksi, seluar dalam wanita itu kemudian dilucutkan oleh kekasihnya.

Enam anggota polis bergegas ke pantai itu selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai adegan tersebut.Pasangan tersebut ditahan kerana mewujudkan situasi lucah dan berkelakuan tidak sopan.

Pasangan itu dipercayai berada di pantai berkenaan kerana mengunjungi festival muzik tahunan terbesar di pulau tersebut di Seaclose Park dekat sini.

Read MoreDitangkap polis kerana bogel di pantai

Tiga pondan diberkas curi wang


PATTAYA - Beberapa penduduk tempatan menangkap tiga pondan yang telah menyeluk saku seorang rakyat Britain, lapor sebuah akhbar semalam.Seorang pegawai polis, Kapten Narongdet Tanaphoonsin diberitahu oleh seorang penduduk tempatan bahawa tiga pondan telah ditangkap selepas mereka mencuri wang daripada seorang warga asing di sebatang jalan raya.

Setiba di tempat kejadian, pegawai polis itu mendapati sekumpulan orang ramai melihat tiga pondan tersebut yang telah ditangkap semalam.Ketiga-tiga pondan itu dituduh mencuri wang tunai sebanyak 1,600 bath (RM160) daripada warga Britain, Neil Front.

Warga Britain itu dalam satu laporan polis menjelaskan, semasa dia meninggalkan sebuah bar dalam keadaan mabuk, tiga pondan tersebut menyentuh tubuhnya dan menawarkan perkhidmatan seks.Salah seorang pondan itu dituduh mencuri wang di poket belakang seluarnya sebelum mereka melarikan diri.

Namun, beberapa penduduk tempatan membantu menangkap ketiga-tiga pondan itu selepas mendengar jeritan warga Britain tersebut yang meminta pertolongan. selepas dirompak.

Read MoreTiga pondan diberkas curi wang

Senaman yoga di tengah jalan


GUANGZHOU, China - Seorang lelaki di sini membuat senaman yoga di tengah-tengah sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia melakukan senaman itu dengan bersahaja seolah-olah seperti jalan tersebut tidak dilalui oleh bas, kereta dan trak.Pada satu ketika, sebuah bas bergerak hanya beberapa sentimeter daripada tempat dia melakukan senaman yoga itu, baru-baru ini.

Anggota-anggota polis kerap menghentikan kenderaan yang melalui jalan itu bagi mengusir lelaki itu keluar dari jalan tersebut.Namun, dia kemudian kembali semula ke lokasi sama untuk melakukan senaman yoga.

Setakat ini, masih tidak diketahui kenapa lelaki itu memilih kawasan tengah jalan berkenaan untuk melakukan senaman yoga.

Read MoreSenaman yoga di tengah jalan

Budak setahun mati dalam kereta


KINGSVILLE, Amerika Syarikat - Polis menyatakan seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun mati selepas dia dibiarkan bersendirian di dalam sebuah kereta di selatan Texas selama 45 minit.

Ketua Polis Kingsville, Ricardo Torres berkata, ibu kanak-kanak perempuan itu meninggalkan anaknya secara tidak sengaja di dalam kereta berkenaan pada hari Rabu lepas.

Setakat ini tidak ada sebarang pendakwaan dikenakan tetapi kes tersebut telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

Menurut akhbar Corpus Christi Caller-Times, suhu pada petang Rabu lalu semasa polis dihubungi mengenai kejadian tersebut ialah 32.78 darjah Celsius.

Read MoreBudak setahun mati dalam kereta

Beli burger dapat DVD lucah percuma

DRIFFIELD - Polis England merampas sebuah karavan burger dan menangkap dua lelaki selepas menerima aduan daripada penduduk di Driffield, Yorkshire Timur berhubung tawaran percuma cakera video digital (DVD) lucah bagi pembelian burger dan minuman keras, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis, Sarjan Dave Jenkins berkata, dua lelaki itu ditahan semasa berada di dalam karavan tersebut tetapi mereka dibebaskan dengan ikat jamin selepas keterangan diambil untuk membantu siasatan di sini.

Penduduk mendakwa setiap pelanggan yang membeli sama ada kebab, burger, bir dan kentang goreng dengan pembelian lebih daripada £5 (RM24) akan mendapat sekeping DVD lucah secara percuma dan dibenarkan menontonnya di dalam karavan berkenaan.Sasaran pelanggan peniaga itu ialah golongan lelaki yang keluar dari kelab dan pub.

"Van ini sudah beroperasi sejak dua minggu dan beberapa pegawai kami menyamar untuk mencari kepastian sebelum kami melancarkan operasi merampas karavan itu pada malam Sabtu lalu," kata Jenkins.

Read MoreBeli burger dapat DVD lucah percuma

Bayi lelaki dibeku empat hari

NEWCASTLE - Seorang bayi lelaki, 'dibekukan' selama empat hari di sebuah hospital di sini untuk menyelamat nyawanya selepas dia mengalami komplikasi ekoran satu pembedahan jantung, lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi itu, Finley Burton baru berusia 16 minggu apabila jantungnya didapati berlubang tetapi malangnya dia berdepan masalah degupan jantung yang pantas, sekitar 200 degupan seminit dan keadaan itu boleh membunuhnya.

Justeru, para doktor mengambil keputusan untuk meletakkan Finley di dalam selimut khas yang diisi dengan udara sejuk bagi membolehkan kadar degupan jantungnya menjadi perlahan."Sudah pasti jika terjaga, situasi sangat tidak selesa akan dirasai.

Namun sedatif diberikan supaya dia tidak melawan dan tidur," kata Walsh.Finley dirawat sebulan lalu dan telah menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan.Lubang di jantungnya menyebabkan paru-paru terpaksa bekerja kuat sekali gus membuatkan bayi itu kehilangan nafas dan terlalu penat untuk makan dengan sempurna.

Ibunya, Donna Link-Emery yang berusia 27 tahun berkata:"Sekarang dia semakin sihat dan berat badannya bertambah.

Read MoreBayi lelaki dibeku empat hari

Imej hantu pocong dirakam

DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika, lapor sebuah akhbar semalam.

Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.

Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka di sini, Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas.Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.

Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih."Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya.

Read MoreImej hantu pocong dirakam

Perut Ariel keluar keris

BANDUNG - Ketika senario hiburan Indonesia kecoh mengenai tiga klip video seks yang menampilkan pasangan mirip vokalis kumpulan Peter Pan, Ariel dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari, keluarga Ariel pula mengatakan bahawa dia mungkin terkena santau sejak beberapa hari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

"Beberapa hari lalu, seorang rakan Ariel memberitahu saya, dari dalam perut Ariel keluar bermacam-macam benda termasuk keris dan batu," kata kakak Ariel, Nazlin Fachridzal kepada wartawan di kediaman penyanyi itu di Jalan Tanjungsari, bandar ini semalam.Menurutnya, dia mengesyaki santau itu mungkin perbuatan pihak yang dengki terhadap kejayaan adiknya dalam industri muzik.

"Kemungkinan memang ada yang iri dan individu berkenaan mahu merosak imej adik saya di mata umum," katanya.Tambah Nazlin, dia bukan mahu mencari publisiti murahan tetapi mendedahkan perkara tersebut sekadar untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang keadaan adiknya."Selama ini banyak berita yang dilapor mengenai adik saya.

Ya, inilah keadaan terkini Ariel supaya masyarakat tahu kejadian yang menimpa adik saya di sebalik kontroversi kes video lucah itu," tambah wanita berkenaan.Terdahulu, kira-kira 50 orang daripada Front Pembela Islam (FPI) di Kota Bandung, mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Ariel.

Wakil Ketua FPI Bandung, Muhammad Anshori berkata, laporan mengenai klip-klip video seks itu telah memalukan Indonesia di luar negara.Selain kediaman Ariel bantahan turut diadakan di depan kafe milik Luna Maya di sini.Luna Maya ialah kekasih Ariel buat masa ini manakala Cut Tari ialah bekas kekasihnya

Read MorePerut Ariel keluar keris

Kelas untuk bayi menyelam


LONDON - Detik-detik beberapa bayi menyelam di sebuah kolam renang di Osterly, London Barat dirakamkan oleh seorang jurugambar, Phil Shaw, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berusia 40 tahun itu membuka perkhidmatan kelas renang dan menyelam, Baby Swim melibatkan bayi seawal usia enam minggu dengan menggunakan pengajar terlatih.

Seorang bayi berkenaan dirakamkan terapung di dalam air seperti gambar kulit muka album kumpulan rock alternatif popular, Nirvana.

"Dengan kelas berenang itu, kami membantu bayi untuk meningkatkan fungsi otak," kata Shaw yang menubuhkan kelas tersebut bersama seorang rakan kongsinya.


Read MoreKelas untuk bayi menyelam

Kapsul bawa asteroid ditemui


ADELAIDE, Australia - Sepasukan saintis semalam terbang ke pedalaman Woomera, Australia dan menemui sebuah kapsul kapal angkasa milik Jepun yang diharap mengandungi sampel asteroid sekali gus memberi maklumat mengenai evolusi sistem solar.

Kapsul itu dibawa oleh kapal peninjau Hayabusa yang kembali ke bumi selepas tujuh tahun mengharungi penerbangan sejauh enam bilion kilometer dan separuh terbakar ketika berada di bumi.

Sebelum ini kapal angkasa itu mendarat di atas sebuah asteroid dan kembali ke bumi. Seorang pegawai dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun, Seiichi Sakamoto menyatakan pihaknya gembira kerana berjaya menemuinya.

Hayabusa berjaya mendarat sebanyak dua kali di atas asteroid yang diberi nama Itokawa pada tahun 2005. Ia merakamkan gambar dari semua sudut di atas asteroid yang berukuran 500 meter panjang itu.


Read MoreKapsul bawa asteroid ditemui

Kamera Google rakam pasangan berpelukan


WOMBOURNE, England - Sepasang remaja di Britain tidak menyedari aksi mereka berpelukan di sebuah laman rumah di sini dirakamkan oleh kamera peta jalan raya Google di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

'Wayang percuma' pasangan itu ditonton oleh seorang pembeli rumah, Matt Griffiths, 27, yang kebetulan melayari laman web peta jalan raya Google untuk meninjau kawasan kediaman di kawasan tersebut baru-baru ini.

Semasa kejadian, pasangan muda itu tidak menyedari bahawa aksi panas mereka sedang berpelukan dan bercium dirakamkan kamera Google pada sebuah kereta yang melalui tempat tersebut.

Insiden memalukan itu bukan kali pertama dapat ditonton di laman web berkenaan kerana sebelum ini aksi orang awam sedang kencing di tepi jalan pernah dirakamkan oleh kamera berkenaan.

Aksi seorang tua sedang mengecat pintu belakang rumahnya dalam keadaan separuh bogel juga pernah dirakamkan oleh kamera Google.


Read MoreKamera Google rakam pasangan berpelukan

Telur ayam gergasi di Georgia


TBILISI, Georgia - Seekor ayam betina milik seorang penternak haiwan, Murman Modebadze di bandar Zestafoni, 200 kilometer dari sini, bertelurkan sebiji telur gergasi baru-baru ini.

Telur gergasi itu sepanjang 82 milimeter (mm), 62mm lebar dan berat 170 gram. Keluarga penternak itu telah membuat permohonan untuk memasukkan telur gergasi itu dalam buku rekod Guinness.


Read MoreTelur ayam gergasi di Georgia

Jadi bapa pada usia 89 tahun


MOSCOW - Seorang veteran Perang Dunia Kedua di Rusia, Aramais Nazarov menjadi bapa pada usia 89 tahun selepas anak lelakinya, Artem selamat dilahirkan oleh isterinya yang berumur 35 tahun di sebuah hospital di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Nazarov yang pernah berkhidmat dalam Tentera Merah Rusia memberi jambangan bunga kepada isterinya sebagai ucapan terima kasih kerana melahirkan anak bongsu mereka. Wanita itu 54 tahun lebih muda berbanding Nazarov.

Bayi seberat 3.7 kilogram itu merupakan anak keempatnya. Anak sulung Nazarov ialah seorang pesara lelaki berumur 61 tahun dan dia turut mempunyai anak berusia 50 tahun dan 12 tahun.

"Apakah rahsia kekuatan diri saya? Apabila anda mempunyai isteri yang jauh lebih muda, anda perlu memenuhi kehendaknya, dan saya mampu memenuhi tuntutan batinnya," kata Nazarov yang berasal dari selatan Rusia.

Dia juga telah pun mempunyai cicit. Rekod bapa paling tua di dunia dipegang oleh seorang petani dari India, Nanu Ram Jog yang memperoleh anak ke-21 tiga tahun lalu ketika dia berusia 90 tahun.


Read MoreJadi bapa pada usia 89 tahun

Ketagih pakai seluar dalam wanita


KUALA TERENGGANU - Serbuan polis ke rumah seorang pembantu kesihatan di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang dekat sini semalam dalam operasi kes penyalahgunaan dadah akhirnya membongkar rahsia hobi pelik lelaki berusia 39 tahun itu.

Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, polis menemui sebuah almari milik lelaki itu yang dipenuhi kira-kira 400 helai seluar dalam wanita serta beberapa helai coli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, anggota polis pada mulanya curiga melihat banyak seluar dalam wanita di rumah itu sedangkan suspek masih bujang dan tinggal bersendirian.

"Semasa ditangkap, suspek kelihatan seperti lelaki normal tetapi dia memakai seluar dalam wanita,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Read MoreKetagih pakai seluar dalam wanita

Pekerja punca letupan gas asli


CLEBURNE, Texas - Seorang pekerja terbunuh apabila satu saluran paip gas asli bawah tanah di utara Texas meletup setelah seorang pekerja utiliti memecahkannya secara tidak sengaja semasa kerja-kerja menggali dilakukan.

Insiden itu mencetuskan bebola api yang besar manakala pihak berkuasa menemui mayat seorang pekerja itu berdekatan dengan lokasi letupan. Seorang pegawai di daerah Johnson, Roger Harmon berkata, pekerja tersebut mengendalikan trak penggali lubang semasa paip itu meletup secara tiba-tiba.

Mereka kemudian menemui trak itu dalam keadaan terbalik kira-kira 75 meter dari tapak bencana. Suhu panas akibat letupan itu menyebabkan anggota-anggota bomba berada sejauh 800 meter sebelum aliran gas berhenti untuk memadamkan api. Sekurang-kurangnya tujuh daripada 13 orang pekerja yang bertugas turut dirawat di hospital.


Read MorePekerja punca letupan gas asli

Berenang bogel promosi terumbu karang


SYDNEY - Sekumpulan perenang sanggup berbogel bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai Terumbu Karang Besar di Australia.

Penganjur aktiviti itu, Ben Schultz berkata, berenang bogel selama 20 minit di Pantai Teluk Nelly, Pulau Magnetic di pesisir pantai timur laut Australia itu melibatkan 23 penyelam dan 10 perenang berusia di antara 19 hingga 60 tahun.

Kebimbangan mengenai pencemaran alam ke atas Terumbu Karang Besar yang merupakan habitat kepada sejumlah besar spesies marin memuncak pada awal tahun ini apabila sebuah kapal kargo arang batu China melanggar terumbu karang itu.


Read MoreBerenang bogel promosi terumbu karang

Rekod burger terbesar dunia


SYDNEY - Kafe Sydney di Australia mendakwa berjaya memecah rekod dunia setelah ia menghasilkan burger gergasi berinti daging lembu seberat 81 kilogram (kg) yang mengambil masa 12 jam untuk disediakan kelmarin.

Burger gergasi itu dimasak oleh dua pemilik kafe berkenaan, Joe dan Iman El-Ajouz di bandar ini dengan berat keseluruhan 90 kg sekali gus menenggelamkan rekod sebelum ini, 84kg yang dicatat di negeri Michigan, Amerika Syarikat.

Burger tersebut mengandungi daging lembu, 120 biji telur, 150 kepingan keju, 1.5kg lobak, 2.5kg tomato dan 2kg salad dengan dilapisi sos istimewa dan roti ban gergasi.


Read MoreRekod burger terbesar dunia

Makan sambil tengok jerung


DURBAN, Afrika Selatan - Pengunjungpengunjung restoran Cargo Hold menjamu selera sambil melihat beberapa ikan jerung berenang pada dinding tepi meja mereka.

Restoran Cargo Hold dibina di dalam sebuah replika kapal legenda Phantom yang berhantu. Kapal berhantu itu terkenal di Afrika Selatan dan pada abad lalu ia dilihat belayar ke pelabuhan Durban dari arah selatan.

Bagi memberi suasana seperti kapal karam, beberapa akuarium diletakkan di bahagian bawah kapal.


Read MoreMakan sambil tengok jerung

Wanita hutan ditemui dalam lubang najis


PHNOM PENH - Rochom P'nhieng yang diberi jolokan sebagai wanita hutan di Kemboja kerana tinggal di dalam hutan bersendirian sejak kecil telah ditemui di dalam lubang sebuah tandas sedalam 10 meter selepas dia melarikan diri dari rumah ibu bapanya Jumaat lepas.

Bapanya, Sal Lou, berkata, anak perempuannya itu ditemui selepas seorang jirannya yang keluar untuk menggunakan tandas terdengar tangisan meminta tolong dari dalam lubang itu. Sal Lou dan beberapa penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian dan mereka menemui P'nhieng di lubang itu dengan badannya ditenggelami najis hingga ke paras dada.

"Penduduk kampung menarik keluar anak perempuan saya dari lubang tandas tersebut dan membersihkan badannya tetapi dia kelihatan pucat dan lemah," kata Sal Lou. P'nhieng, dipercayai berumur 29 tahun, telah ditemui di hutan di wilayah Ratanakkiri pada Januari 2007 dan dia diakui oleh Sal Laou sebagai anaknya yang hilang pada 1988 ketika keluar menggembala kerbau.

Anggota-anggota keluarga wanita itu berkata, pada bulan lepas, P'nhieng menanggalkan pakaiannya dan melarikan diri semula ke hutan.


Read MoreWanita hutan ditemui dalam lubang najis

Pelajar buang bayi dipenjara setahun, denda RM7,000


KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 selepas Mahkamah Majistret di sini mendapatinya bersalah membuang bayinya pada 2008.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zarina Sulaiman, 22, selepas dia didapati secara rahsia telah membuang seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di asrama universiti itu di Chendering dekat sini.

Mengikut fakta kes, Zarina telah membuang mayat bayi itu yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan.


Read MorePelajar buang bayi dipenjara setahun, denda RM7,000

Cari dadah dapat kulit harimau


MUAR - Polis jalankan operasi dadah tapi yang dirampas ialah kulit harimau! Itulah kejayaan yang tidak disangka-sangka dicapai oleh sepasukan anggota Polis Gerakan Marin (PGM) yang merampas kulit seekor harimau awet bernilai RM100,000 di pasaran gelap dalam sebuah rumah di Taman Jaya, Bakri di sini kelmarin.

Kulit itu lengkap dengan kepala, ekor serta kaki berkuku spesies harimau belang tempatan atau Panthera Tigris.

Ketua Polis Gerakan Marin (PGM) Muar, Asisten Supritendan, Abdul Lajis Tahir berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 38 dan 32 tahun termasuk seorang yang mengaku membeli kulit haiwan itu daripada seorang sami di sebuah negara jiran kira-kira tiga tahun lalu.


Read MoreCari dadah dapat kulit harimau

Urut batin badan ke badan


KUALA LUMPUR - Segalanya bermula dengan urut batin sehingga pelanggan rasa seronok dan selepas itu, barulah aksi mengurut badan ke badan diteruskan selama sejam melibatkan wanita warga asing berumur di antara 18 hingga 35 tahun dari Filipina dan China.

Itulah yang 'disajikan'oleh sebuah pusat refleksologi haram beroperasi di Seri Hartamas, di sini.

Bagi memastikan operasi premis berkenaan tidak dikesan pihak berkuasa, pelanggan yang menikmati keseronokan bertindak bijak dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengajak rakan mereka untuk 'berseronok' sama.


Read MoreUrut batin badan ke badan

Makhluk asing berhampiran Zuhal


LONDON - Para saintis menemui bukti kehidupan wujud di Titan yang merupakan bulan terbesar mengorbit planet Zuhal, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka menemui beberapa petunjuk bahawa makhluk asing primitif hidup dengan bernafas di atmosfera dan menjadikan bahan api di permukaan bulan tersebut sebagai makanan.

Rumusan itu berdasarkan penemuan kapal angkasa Cassini yang mendapati gas hidrogen yang mengalir ke permukaan Titan hilang akibat disedut sejenis hidupan asing.

Saintis-saintis menjangkakan makhluk yang hidup di bulan berdiameter 5,120 kilometer itu adalah hidupan berteraskan gas metana dan bukan air.


Read MoreMakhluk asing berhampiran Zuhal

Kembar lahir selang empat tahun


LUTON - Sepasang bayi kembar perempuan di Britain, Bailey dan Megan Orrells mencipta keajaiban apabila mereka dilahirkan selang empat tahun, masing-masing pada 2006 dan 2009, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan bayi kembar daripada embrio yang disenyawakan melalui rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) itu turut memecah rekod jarak kelahiran bayi tabung uji di Britain. Kedua-dua bayi kembar itu berasal dari telur-telur terakhir ibu mereka, Jayne Orrells, sebelum dia menjalani pembedahan membuang rahim beberapa tahun lalu.

Lebih ajaib, pasangan kembar itu dipercayai dikandung oleh ibu tumpang yang sama. Sebelum ini, tiga telur Jayne telah disenyawakan dengan sperma suaminya, Simon melalui IVF bagi menghasilkan tiga embrio dan kemudian dibekukan.

Satu daripada embrio itu dihamilkan oleh ibu tumpang berkenaan yang melahirkan Bailey pada 2006. Bagaimanapun, pasangan suami isteri yang merupakan pegawai polis di sini, terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan simpanan embrio mereka bagi melahirkan Megan kerana tempoh hayat tiga embrio pasangan tersebut yang luput pada 2009.

"Kami tidak menjangka akan mendapat anak perempuan kembar dalam jarak empat tahun. Ia memang pelik. Rupa paras mereka seakan-akan sama. Wajah mereka sama tetapi Megan kelihatan lebih cerah," kata Jayne.


Read MoreKembar lahir selang empat tahun

Dibogel Yahudi kerana dianggap pengganas


SHAH ALAM - Dipenjara dan dibogelkan! Itulah pengalaman pahit sukarelawan kapal Mavi Marmara, Abd. Halim Mohd. Redzuan, 40, (gambar) ketika ditahan askar Israel kerana dituduh anggota Al-Qaeda gara-gara gambar pasport miliknya berbeza dengan wajah sebenar.

"Saya dianggap pengganas hanya kerana gambar pasport menunjukkan rambut saya yang panjang tetapi apabila saya hadir dengan berambut pendek macam komando, mereka cop saya pengganas," ujarnya


Read MoreDibogel Yahudi kerana dianggap pengganas

Aziz pilih isteri berusia 21 tahun


KUALA LUMPUR - Pengarah filem, Aziz M. Osman, 48, selamat diijabkabulkan dengan pelakon baru, Puteri Lily, 21, atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman di Masjid Negara semalam. Ia perkahwinan ketiga Aziz tetapi pertama buat Puteri Lily, yang muda setahun daripada anak sulung Aziz, Puteri Nurul Fateha, 22.

Aziz berkata, walaupun Puteri Lily jauh lebih muda, isterinya itu sebenarnya seorang wanita yang matang. "Dia juga rakan baik saya kerana mengenali saya sebagai Aziz sebagai orang biasa dan bukan sebagai pengarah filem,'' katanya.

Puteri Lily, anak kepada pengarah teater, Lokman Abd. Ghani menerima wang hantaran RM15,000 dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.


Read MoreAziz pilih isteri berusia 21 tahun

Terkejut temui lintah gergasi


PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.

Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.

"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Read MoreTerkejut temui lintah gergasi

Budak 2 tahun merokok dirawat


JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam. Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan.

Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya. Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.

"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.

"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya.


Read MoreBudak 2 tahun merokok dirawat

Ayu Raudhah IQ rendah?


WAJAH nan cantik dan sedap mata memandang memang senang untuk dijadikan penyeri produk mahupun jurucakap yang mempromosikan sesuatu jenama. Tuah badan gadis manis setara namanya, Ayu Raudhah Che Wan, 26, menjadi pilihan pengasas produk Giena Skincare, Beauty Arena Sdn. Bhd., Nor Azizan Ghazali.

Wajahnya yang ayu mendapat perhatian lantas dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace. Majlis menandatangani kontrak tersebut telah diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Tiada angin, tiada ribut timbul cerita yang menyatakan khidmat pelakon yang pernah membintangi siri popular Nur Kasih itu ditamatkan gara-gara gagal berkomunikasi dengan baik.

Malah, timbul isu bahawa pelakon muda ini gagal memberikan informasi lengkap tentang produk seolah-olah membayangkan tahap pemikirannya sememangnya rendah. Sensasi Bintang menghubungi Ayu dan bertanyakan tentang isu 'bimbo' yang dikaitkan dengan dirinya.


Read MoreAyu Raudhah IQ rendah?

Harta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200


MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220). Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.

Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan. Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan. Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499).

Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut.


Read MoreHarta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200

Planet Musytari dihentam objek misteri


LOS ANGELES - Planet Musytari dihentam lagi oleh sebuah objek misteri kelmarin. Seorang ahli astronomi amatur, Anthony Wesley di Australia melaporkan dia menyaksikan satu cahaya terang dari sebuah objek yang menghentam planet itu.

Pengakuan itu turut disahkan lagi oleh seorang lagi ahli astronomi amatur dari Filipina. Menurut Wesley, cahaya bebola api itu berlangsung selama dua saat. Planet Musytari merupakan planet kelima mengelilingi matahari dan terbesar dalam sistem solar.

Pada tahun lalu, dia mengesan satu kawah sebesar Lautan Pasifik dekat Kutub Selatan planet tersebut yang dipercayai disebabkan oleh hentaman sebuah asteroid.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) kemudian menemui bukti bahawa planet berkenaan dihentam sebuah objek di Kutub Selatan.


Read MorePlanet Musytari dihentam objek misteri