Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Lagi Buang Bayi (Terkini)


Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditinggalkan berbalut dengan kain dan surat khabar di hadapan sebuah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat di Nibong Tebal hari ini.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pukul 7.56 pagi ketika pemilik kedai berkenaan hendak membuka kedainya.

"Bayi ini dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum dijumpai dan masih bertali pusat. Bagaimanapun keadaannya ketika itu agak lemah dan kebiruan kerana kesejukan," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal.

Beliau berkata bayi seberat 2.58 kilogram itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal untuk rawatan lanjut."Setakat ini kita belum dapat kenal pasti keturunan bayi itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekat bagi membantu siasatan. -BERNAMA-

Read MoreLagi Buang Bayi (Terkini)

Cabut gigi guna playar


Doktor-doktor mencabut gigi sebahagian banduan di Penjara Bandar Quezon di Manila tanpa menggunakan ubat bius, lapor sebuah akhbar itu.

Banduan-banduan tersebut tidak dibenarkan dibius untuk mengurangkan kesakitan semasa doktor gigi profesional itu menggunakan playar semasa mencabut gigi.

Program mencabut gigi itu merupakan sebahagian daripada perkhidmatan percuma yang ditawarkan kepada banduan yang mengalami masalah kewangan.

Read MoreCabut gigi guna playar

Lelaki paling pendek didunia


CHENGDU - Seorang lelaki China, Huang Kaiquan cuba memperbaharui rekod Guinness untuk menjadi manusia paling pendek di dunia dengan ketinggian 76 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berusia 40 tahun itu memiliki berat 12 kilogram dan kini menetap bersama ibunya, Cheng Fuxiu, 58, di Hejiang, wilayah Sichuan.Rekod dunia masih dipegang oleh He Pingping yang juga rakyat China dan berasal dari Ulanqab, Inner Mongolia dengan ketinggian 74 sentimeter.

Namun, He Pingping meninggal dunia pada 13 Mac lalu semasa berusia 21 tahun.Huang yang bersara daripada kerjaya lakonan ketika berusia 30 tahun setelah jatuh sakit berkata, ramai orang menyangka dia seorang kanak-kanak kerana ibunya kerap mendukungnya.

Read MoreLelaki paling pendek didunia

Sultan Brunei ada 7000 kereta


Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Read MoreSultan Brunei ada 7000 kereta

Pengantin baru tertua di Britain


LONDON - Seorang lelaki, Henry Kerr menamatkan zaman bujangnya sekali lagi pada usia 97 tahun dengan pasangannya yang berumur 87 tahun, Valerie Berkowitz, lapor sebuah akhbar semalam.

Kerr berusaha selama empat tahun untuk memenangi hati wanita tersebut dengan menulis puisi-puisi cinta selain menghabiskan masa selama berjam-jam untuk berkongsi pengalaman hidup dengannya."Saya mungkin sudah melamarnya sejak dahulu lagi jika saya tahu bahawa wanita yang cantik dan bijak berusia 87 tahun itu masih meminati lelaki tua seperti saya," kata Kerr.

Dia percaya kehidupan cintanya berakhir ekoran kematian isterinya, Glady pada tahun 2004.Namun, perasaan cinta timbul semula apabila dia bertemu dengan Berkowitz di sebuah rumah penjagaan di utara London.

Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis tradisional Yahudi yang dihadiri oleh 90 orang tetamu.Mereka yang sudah mempunyai anak dan cucu itu akan pergi berbulan madu di sebuah lokasi rahsia.

Read MorePengantin baru tertua di Britain

Ular dalam mesin basuh


EXETER - Seorang ibu di Britain terkejut apabila dia menemui seekor ular sepanjang 1.5 meter melingkar di dalam mesin basuh di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.Wanita berusia 51 tahun itu, Wendy Foley menemui reptilia tersebut berlingkar di atas timbunan pakaian ketika membuka pintu mesin basuhnya baru-baru ini.

"Saya membuka pintu kaca mesin basuh itu dan ternampak sesuatu. Saya menyangka ia ular mainan yang digunakan oleh kanak-kanak. Namun, ia menjelirkan lidahnya. Sangat menakutkan dan ular itu agak besar.

Saya tidak berhenti menjerit," kata Foley.Dia kemudian menghubungi pihak polis dan persatuan perlindungan haiwan malangnya dia diberitahu bahawa ular tersebut tidak boleh ditangkap kecuali pada keesokan harinya.

Jurucakap persatuan perlindungan haiwan, Jo Barr memberitahu ular itu tidak berbisa dan berbahaya.

Read MoreUlar dalam mesin basuh

Penuntut Penari Bogel


KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

“Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar” katanya.

Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.

“Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar,” katanya.

Dia juga mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk.

Read MorePenuntut Penari Bogel

Nelayan Indon temui benda ganjil


JAKARTA - Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu benda ganjil berwarna hitam diperbuat daripada getah di perairan selatan Pulau Gili Raja, Sumenep, lapor sebuah akhbar semalam.

Benda ganjil itu yang tidak pernah dilihat di perairan tersebut menjadi tumpuan penduduk setempat untuk melihatnya.Dua buah perahu digunakan untuk menarik benda ganjil itu selama enam jam ke pantai.

Salah seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Hasyim berkata, pada awalnya dia menganggap terdapat sebuah kapal besar sedang tenggelam.

"Ternyata, sebuah benda hitam dari getah dan dikelilingi bekas tayar dan diikat besi antikarat," katanya kepada wartawan Detiksurabaya.Para nelayan yang menemui barang tersebut akan menjaganya dengan baik."Saya berharap benda hitam itu akan diambil oleh pemiliknya," katanya.

Read MoreNelayan Indon temui benda ganjil

Mesin cuci badan lembu

STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam. Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.

Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.

"Berus yang berputar ini merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-pembu lebih gembira, sihat dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.

Read MoreMesin cuci badan lembu

Paling ramai tengok porno


KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Read MorePaling ramai tengok porno

Bunga dari perompak


CHELSEA - Polis di Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat seorang perompak romantik yang menggunakan jambangan bunga berwarna-warni sebagai senjata untuk merompak bank, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Khamis lalu, perompak itu yang memakai seluar jean, baju-T biru dan tidak bertopeng memasuki sebuah bank di sini sambil membawa sejambak bunga pelbagai warna pada waktu pagi.

Semasa gilirannya berjumpa dengan kerani kaunter bank berkenaan, lelaki tersebut memegang jambangan bunga itu yang mengandungi sekeping nota: "Serahkan semua wang kertas seratus dan lima puluh, jangan cuba untuk menjadi wira".

Setelah menyamun AS$440 (RM1,419), dia meletakkan bunga tersebut di kaunter juruwang dan melarikan diri.Jambangan tersebut yang mengandungi bunga kekwa kuning, daisi merah dan oren dan beberapa bunga lain kini diperiksa oleh pasukan forensik polis.

Seminggu sebelum itu, suspek yang menggunakan taktik serupa merompak AS$2,325 (RM7,499) dari sebuah lagi bank.

Read MoreBunga dari perompak

Pengemis jadi jutawan


NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.

Read MorePengemis jadi jutawan

3 juta berpesta di highway


BERLIN - Seramai tiga juta penduduk berpesta di sebuah lebuh raya di Jerman dengan sebahagian daripada mereka duduk di tepi meja sepanjang 60 kilometer semalam.

Menurut seorang jurucakap festival, Oliver Haenig kehadiran penduduk yang ramai itu adalah untuk meraikan satu pesta kebudayaan di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Dortmund dengan Bochum di barat Jerman.

Pesta kebudayaan yang disambut oleh penduduk itu merupakan sebahagian daripada festival bagi meraikan wilayah Ruhr.Lebuh raya itu pada kebiasaannya sibuk dengan kenderaan.

Dia berkata, berpuluh-puluh ribu orang duduk di meja yang dianggap oleh pihak penganjur sebagai yang terpanjang di dunia.

Read More3 juta berpesta di highway

Gay pertama kahwin



BUENOS AIRES - Selepas menjadi negara Amerika Latin yang pertama mewartakan undang-undang perkahwinan sesama jantina kelmarin, Argentina bakal menyaksikan pasangan gay pertama yang berkahwin secara sah pada 13 Ogos depan.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan, aktor ternama, Ernesto Rodriguez Larrese, 60, dan kekasihnya, Alejandro Vanelli, 61, yang hidup bersama sejak 34 tahun lalu akan menjadi pasangan pertama di bawah undang-undang baru itu.

Ketua Persekutuan Lesbian, Gay dan Pondan Argentina, Maria Rachid berkata, dianggarkan 100 pasangan mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh itu setelah Parlimen meluluskan undian selepas perdebatan panas 15 jam.

Presiden Cristina Kirchner yang memimpin kerajaan berhaluan sederhana kiri juga menyokong undang-undang itu meskipun dibantah keras pihak gereja yang bimbang ia akan menghancurkan institusi keluarga negara Kristian Katholik itu.

Read MoreGay pertama kahwin

Sotong Ramal Bakal Presiden


MOSCOW - Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravda semalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini.

Namun, keputusan daripada hasil tilikan sotong itu yang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia secara rahsia di akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman diarah untuk tidak didedahkan kepada umum sehingga selesai Pilihan Raya Presiden pada 2012.

Akhbar itu melaporkan, Paul seperti dilakukan ketika memilih pemenang antara dua pasukan bertanding, turut diminta memilih antara dua bekas tertera nama calon iaitu Perdana Menteri, Vladimir Putin and Presiden Dmitry Medvedev.

Rakyat Rusia sehingga kini masih keliru dengan keadaan politik negara itu apabila Putin dan Medvedev dilihat sama-sama berkuasa sebelum dua pemimpin itu mengarahkan pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kemelut itu.


Read MoreSotong Ramal Bakal Presiden

Datuk 71 tahun ditipu pelacur


BERLIN - Seorang datuk di Jerman diperdayakan oleh seorang pelacur muda warga Thailand yang berjaya memujuknya meminjamkan wang sebanyak 20,000 euro (RM82,000) tetapi kemudian tidak membayar balik pinjaman itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Datuk berusia 71 tahun itu yang berasal dari wilayah Rhine-Westphalia Utara, Jerman pada mulanya menjadikan pelacur tersebut yang menggunakan nama samaran Kim sebagai tempat bermanja setelah isterinya yang berusia 65 tahun meninggal dunia.Kim bekerja di sebuah rumah pelacuran di Jerman dan pernah berbogel di Internet.

Dia yang juga pakar dalam urutan erotik, mengenakan caj 100 euro (RM410) untuk satu sesi bersamanya.Akibat percaya mereka saling jatuh cinta, datuk berkenaan sanggup memberikan wang yang banyak itu kepada Kim setelah dia kerap melanggan pelacur itu.

"Dia bermalam di kediaman saya, kami merancang masa depan bersama," katanya.Namun, pada satu hari, Kim mahukan wang pencen lelaki tersebut dan merayu sambil menangis kerana adik-beradiknya di Thailand memerlukan bantuan kewangan.

Datuk itu memberikan wang simpanannya sebanyak 8,000 euro (RM32,852) dan meminjamkan lagi 12,000 euro (RM49,277) kepada Kim."Kim menyatakan akan membayar balik wang itu secara ansuran tetapi dia tidak berbuat demikian," katanya.

"Selepas mendapat wang itu, dia (Kim) tiba-tiba tidak mahu berjumpa dengan saya lagi."Dia (Kim) menandatangani surat pinjaman. Saya akan menyamannya jika perlu," ujarnya.

Read MoreDatuk 71 tahun ditipu pelacur

Wanita paling gemuk kesal


CHELMSFORD - Seorang wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler (gambar), 40, mendakwa doktor-doktor di sebuah hospital dekat rumahnya di sini sengaja membiarkan dia supaya mati kerana tubuhnya amat gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang memiliki berat 286 kilogram kini menghabiskan masa di atas katil hospital dengan ditemani suaminya, Tyler selain menggunakan topeng oksigen bagi membantu pernafasan.

Ibu empat anak itu mendakwa, pihak hospital membatalkan satu pembedahan pintasan usus yang melibatkan kos £30,000 (RM147,496) disebabkan tubuhnya terlalu besar bagi menjalani pembedahan."Tiada sesiapa yang mahu bersimpati dengan nasib orang gemuk," kata Sharon.

Pada mulanya, berat badannya normal ketika dia berkahwin pada usia 20-an.Berat badannya bertambah selepas dia menjadi penagih makanan kesan daripada tekanan selepas melahirkan anak.

Read MoreWanita paling gemuk kesal

Bayi diikat hingga mati


SURABAYA - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Indonesia, Jodi Sabrina meninggal dunia dipercayai akibat didera dengan kejam, lapor sebuah akhbar semalam.Bayi berkenaan, Jodi Sabrina, yang merupakan anak luar nikah, mati selepas diikat dengan menggunakan tali rafia oleh ibu saudaranya, Vony Maryana Pengadi yang berumur 38 tahun.

Mangsa diikat mulai dari hujung kaki dan tali itu dililit sampai ke tangannya.Wanita tersebut memberi alasan bahawa jika dia tidak diikat, bayi itu tersebut akan menjadi nakal.Dalam keterangannya kepada polis Vony mengaku perbuatan tersebut dilakukan sejak bayi berkenaan berusia enam bulan.

Wanita itu yang menjaga bayi berkenaan setiap hari merupakan suspek kes tersebut."Ya, saya ikat (mangsa) kalau saya keluar membeli barang atau memasak. Saya takut kalau dia jatuh dari kerusi atau dihempap televisyen," ujar Vony semasa disoal siasat di sebuah balai polis di bandar ini semalam.

Menurutnya, dia berhenti mengikat Jodi sejak beberapa bulan lalu.Namun, Vony kembali mengikat bayi tersebut setelah anak kandungnya bersekolah tadika di sini sejak Isnin lalu.

Read MoreBayi diikat hingga mati

Helikopter buatan sendiri


BEIJING - Seorang lelaki di China, Gao Hanjie membuat helikopter buatan sendiri sepanjang tiga meter selama dua bulan di bengkelnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Hanjie, helikopter seberat 350 kilogram itu akan menjalani ujian penerbangan di sebuah kawasan yang bersesuaian.

Helikopter kecil itu turut menjadi tumpuan penduduk yang melihat lelaki tersebut melakukan kerja-kerja terakhir pembinaan di Shenyang, timur laut China.

Read MoreHelikopter buatan sendiri

Urut badan guna payu dara


KUALA LUMPUR - Khidmat mengurut badan ke badan nampaknya terus menjadi trend terkini premis urut untuk menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan khidmat pelacur warga asing.

Semalam, polis membongkar kegiatan itu di sebuah pusat refleksologi yang beroperasi secara haram di Taman Sungai Besi di sini apabila menahan dua wanita China, dua rakyat Mynmar dan seorang Indonesia berusia di antara 22 dan 37 tahun.

Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di samping bergelumang dengan aktiviti mengurut secara batin dan badan ke badan menggunakan payu dara.Turut ditahan ialah seorang bapa ayam berusia 36 tahun yang bertanggungjawab melacurkan wanita-wanita tersebut.

Modus operandi mereka ialah setiap pelacur akan menggoda pelanggan supaya mengambil pakej urutan batin dan jika bersetuju, mereka akan melakukan aksi yang lebih ghairah iaitu mengurut badan ke badan menggunakan payu dara dengan bayaran serendah RM80.

Read MoreUrut badan guna payu dara

RM1 bilion untuk besarkan KLCC


KUALA LUMPUR - KLCC Property Holdings Bhd. (KLCCP) memperuntukkan RM1 bilion untuk pembangunan baru podium runcit dan pejabat Lot C menerusi program pembesaran hartanah Suria KLCC sedia ada.

Pengarahnya, George Ratilal berkata, pembangunan Lot C membuktikan komitmen KLCCP untuk terus meningkatkan portfolio hartanahnya dengan kualiti aset bertaraf dunia.

"Tumpuan kami ialah mengekalkan prestasi segmen runcit yang memperoleh manfaat daripada jumlah pengunjung yang besar di KLCC dan gandingan penyewa yang mementingkan jenama baru untuk bertapak di Suria KLCC," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini semalam.

"Lot C merupakan pembangunan besar dan akan menambah nilai ruang pejabat dan runcit sedia ada di Suria KLCC," katanya.

Read MoreRM1 bilion untuk besarkan KLCC

Kerja paling busuk di dunia

LEICESTER - Sekumpulan pekerja profesional menggali timbunan bahan buangan yang berbau busuk setinggi bas sembilan tingkat untuk dialihkan dengan menggunakan penyodok di dalam terowong kumbahan di bawah Dataran Leicester, London, lapor sebuah akhbar semalam.

Bukan sahaja kumbahan manusia yang mereka perlu alihkan tetapi kertas tandas yang dibuang menerusi lubang tandas dan minyak masak sehingga menyebabkan bahan buangan bertimbun.

Operasi itu bermula pada pagi semalam dan ia didakwa sebagai operasi pebersihan kumbahan paling terbesar pernah dilakukan.

Seorang pekerja di sebuah syarikat pembersih kumbahan, Danny Brackley berkata, pada mulanya pekerja-pekerja tidak dapat memasuki terowong kumbahan tersebut kerana ia disekat oleh timbunan bahan buangan.


Read MoreKerja paling busuk di dunia

Misteri makhluk aneh di tasik Rusia


TASIK CHANY, Rusia - Nelayan-nelayan di Rusia kini meminta pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung kewujudan satu makhluk aneh mirip raksasa Loch Ness di Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut beberapa penduduk tempatan, makhluk aneh itu membaham pemancing dan nelayan di tasik berkenaan.Kematian terbaru melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun pada minggu lalu.

Seorang lelaki Vladimir Golishev memberitahu, rakannya itu pada mulanya menarik dengan kuat pancingnya yang seperti dimakan seekor haiwan besar."Dia (si mangsa) menarik pancing dengan kuat sehingga bot terbalik.

Saya kemudian menanggalkan pakaian saya dan berenang ke daratan," katanya.Menurutnya, si mangsa menarik tubuh rakannya ke dasar tasik dan mayatanya tidak pernah ditemui.

Beberapa penduduk tempatan yang pernah melihat makhluk aneh itu berkata, ia seperti raksasa Loch Ness di Scotland yang mempunyai leher panjang

Read MoreMisteri makhluk aneh di tasik Rusia

Sotong Paul akan bersara


BERLIN - Sotong kurita selebriti, Paul yang menjadi sensasi kerana meramalkan tujuh perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan bersara daripada membuat ramalan perlawanan bola sepak.

Menurut jurucakap Akuarium Sea Life du Oberhausen, Tanja Munzig, haiwan itu tidak lagi melakukan urusan ahli nujum."Ia tidak lagi membuat sebarang ramalan sama ada bola sepak atau politik, gaya hidup atau ekonomi.

"Paul akan kembali dengan pekerjaan lama iaitu membuat kanak-kanak gembira," kata Munzig.Ramalan terakhir yang dibuat sotong itu ialah kemenangan Sepanyol ke atas Belanda.

Namun semalam, kakitangan akuarium itu yang menjadi tempat tinggal haiwan berkenaan menghadiahkan Paul dengan piala emas mirip Piala Dunia.Semasa piala itu yang dihiasi dengan tiga kupang, Paul pada mulanya tidak menghiraukannya selama beberapa minit semasa ia dimasukkan ke dalam akuarium.

Akhirnya, sotong itu mengambil salah satu kupang dan memakannya di depan kamera televisyen.Paul mendapat perhatian peminat bola sepak apabila ia meramalkan dengan tepat perlawanan melibatkan Jerman termasuk kekalahan skuad itu kepada Sepanyol.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan Sepanyol mahu membeli Paul dengan harga AS$38,000 (RM121,676) dan mahu menamakannya Paulo.Ahli perniagaan itu mahu menjadikan haiwan tersebut sebagai maskot untuk satu majlis makanan yang besar.

Sebelum ini, sotong itu menjadi kemarahan penduduk Jerman dan Argentina yang mahu memakannya selepas dia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman dan Sepanyol menewaskan Jerman.

Read MoreSotong Paul akan bersara

Peminat Sepanyol ditumbuk pengawal


JOHANNESBURG - Seorang peminat bola sepak Sepanyol telah ditumbuk sehingga jatuh oleh seorang pengawal keselamatan apabila dia menceroboh masuk ke kawasan padang Stadium Soccer City di sini dan cuba meletakkan topi pada trofi Piala Dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu sebelum perlawanan akhir Piala Dunia di antara pasukan Sepanyol dan Belanda berlangsung.Peminat pasukan bola sepak Spanyol itu, Jaume Marquet Cot atau lebih dikenali sebagai Jimmy Jump berumur 30 tahun dipercayai telah terjatuh ke kawasan padang dari tempat penonton selepas ditolak oleh sekumpulan penonton.

Jimmy kemudian berlari ke tengah padang dengan memakai sehelai baju T yang mengandungi mesej yang menyatakan dia menentang perkauman.Selepas ditumbuk, Jimmy dibawa keluar dari stadium oleh tujuh orang kakitangan kejohanan itu sebelum ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Read MorePeminat Sepanyol ditumbuk pengawal

Pelajar dipaksa melacur


MELAKA - Banyak sindiket pelacuran yang dibongkar oleh polis lazimnya melibatkan wanita warga China, Thailand dan Filipina tetapi di negeri ini lain pula ceritanya apabila pihak berkuasa menumpaskan sindiket persundalan membabitkan pelajar sekolah menengah.

Difahamkan, pelacur muda berusia belasan tahun tersebut dipaksa melayan sekurang-kurangnya seorang lelaki sehari dengan bayaran antara RM60 dan RM80.Ketiga-tiga pelacur berkenaan merupakan remaja yang lari dari rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal bersama seorang ibu ayam di sebuah rumah di Duyong di sini.

Dua daripada mereka tidak lagi menghadirkan diri ke sekolah manakala seorang lagi telah berhenti belajar beberapa tahun lalu.Sejak beroperasi dua bulan lalu, mereka dipercayai telah melayan tidak kurang 130 lelaki.

Bagaimanapun, kelicikan sindiket itu tiba ke penghujungnya kelmarin apabila polis negeri ini menahan tiga pelacur berkenaan, seorang ibu ayam dan dua pembantunya yang mana salah seorang daripada mereka merupakan anggota tentera berusia dalam lingkungan 20-an.

Read MorePelajar dipaksa melacur

Buah tembikai dijual RM185 ribu


TURPAN - Sebiji tembikai yang paling manis di dunia dijual AS$57,729 (RM184,906) pada satu lelongan di sini, Xinjiang, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Buah tembikai itu pada kebiasaannya mengandungi 20.2 gram gula bagi setiap berat 100 gram.Harga itu merupakan cerita kejayaan untuk petani Lu Tan yang memiliki buah tersebut dan cuma memperoleh pendapatan AS$455.76 (RM1,459) sebulan.

"Saya merancang untuk membeli lebih banyak tanah dan menjual buah tembikai yang lebih besar pada tahun depan," katanya.

Read MoreBuah tembikai dijual RM185 ribu

Janda tinggal dengan mayat suami


WYALUSING, Pennsylvania - Seorang janda berusia 91 tahun, Jean Stevens tinggal di sebuah rumah bersama mayat suami dan kakak kembarnya yang disimpannya selama lebih sepuluh tahun sebelum pihak polis mengetahui situasi yang menyeramkan itu.

"Saya amat sukar menerima kematian," kata Jean dengan nada terkejut.Apabila ditanya, dia tidak ingat siapa yang membantunya menggali mayat itu.Jean menyalahkan seorang saudara mendiang suaminya kerana melaporkan perkara itu kepada polis.

Suaminya selama hampir 60 tahun, James Stevens meninggal dunia pada tahun 1999 akibat penyakit Parkinson manakala kakak kembarnya pula June Stevens meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana kanser.Mayat itu kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa wilayah Bradford.

Mayat kakaknya itu pada mulanya ditanam di belakang rumahnya."Dengan cara ini (menyimpan mayat dalam rumah) saya boleh menyentuh, melihat dan bercakap dengannya." katanya.

Dia menyimpan mayat kakaknya yang dipakaikan kot terbaiknya di atas satu sofa lama di dalam sebuah bilik kosong dan turut menyemburkan kakaknya dengan minyak wangi mahal kegemarannya.

Suaminya yang sebelum ini pernah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya dipakaikan sut gelap, kemeja putih dan tali leher berwarna biru.Dia disimpan di atas sebuah sofa di dalam sebuah garaj.Jean mungkin berdepan tuduhan 'mendera' mayat yang disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah.

Read MoreJanda tinggal dengan mayat suami

Myvi edisi khas untuk wanita


KUALA LUMPUR - Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.

Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.

Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.

"Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta."Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Read MoreMyvi edisi khas untuk wanita

Terima 51 jahitan kerana diserang ikan



MIAMI - Seorang remaja Amerika Syarikat (AS), Koral Wira berumur 14 tahun menerima 51 jahitan apabila dia diserang seekor ikan pelagik semasa dia memancing dari atas sebuah kapal layar bersama keluarganya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian berlaku semasa mangsa yang sedang duduk di dalam bot di perairan Venice, Florida dekat sini tiba-tiba diserang ikan tersebut yang melompat dari dalam laut.Ikan itu pada mulanya makan umpan daripada joran bapanya, Rob Parker yang sedang memancing.

"Ikan itu menyambar umpan pancing saya dan kemudian melompat keluar dari laut dan menyerang lengan kanan anak perempuan saya namun saya berjaya membunuhnya dengan menggunakan sebilah pisau daging," kata Parker.

Ikan sepanjang 1.2 meter dan memiliki gigi tajam umpama ikan jerung itu dilaporkan melompat lebih satu meter untuk menyerang gadis tersebut.Serangan itu menyebabkan bahagian lengan kiri remaja tersebut umpama dihiris dengan pisau.

Ibu Koral, Dina berkata, keadaan ketika itu amat menakutkan seperti serangan ikan jerung dan keluarga tersebut berhasrat untuk tidak lagi datang ke perairan berkenaan ekoran peristiwa berkenaan.


Read MoreTerima 51 jahitan kerana diserang ikan

Koleksi Traffic Mencanak




Plugboard Express le...
Google
movie link 24
Link-referrals
directory webkatalog...
amarbook.wordpress.c...
Blogger: Private
draft.blogger.com
Backlink Free Submit...
enjoy bd
Free Web Advertising...
Famous
Charapay: Expanding ...
My Life In My Love: ...
PLANET LINK
coratcoretnaknik.blo...
freewebsitepromotion...
beritatekhnologi.blo...
esa-dev.com
duniaonline99.blogsp...
obanner.com
ecbanner.co.de
article.oyonk.com
Unlimited Free Backl...
link-exchange.comxa....
get-free-back-links....
freebacklinksforyou....
Free Back link Backl...
amaderbook.wordpress...
LimeMobile.in
worldlink99.blogspot...
Free Automatic Backl...
Links 247 Web Links ...
Celtic Cornwall :: F...
backlinkerterminal.b...
onlineku99.blogspot....
siaran.teks.tv
freebl.9co.in
backlink.elvira-card...
textbacklinkexchange...
textbacklinksexchang...
usbacklink.co.cc
free-bl.blogspot.com
padipulsa.com
rantaupincono.blogsp...
backlink.webege.com
bahasannaknik.blogsp...
EUROPE LINK: FREE AU...
ebanner.uphero.com
backlink.jmin.net
backlink.vacau.com
free-backlinks-excha...
Best Backlink Termin...
weblinkexchange.ownp...
thebestfreebacklinks...
unlimited-backlinks....
urlbacklinking.blogs...
textbacklinkexchange...
magicallink.blogspot...
Auto Backlinks
backlink.comeze.com
textbacklinksexchang...
backlinklists.blogsp...
floristslinks.com
bosslink4u.blogspot....
backlink-4u.blogspot...
link.profitreload.co...
myselebrity.blogspot...
torelationships.blog...
freebacklinkers.blog...
free-backlink.xn--cr...
strategiestomakemone...
backlinklist.co.cc
intercambie-enlaces....
bl4ckc0de.com
da.ho.am
getfreebl.com
klwebmaster.com
getfreebacklinks.com
indobacklink.co.cc
krzysia.pl.tl
mim-zespol-muzyczny-...
linkone.page.tl
21sme.com
Everyone knows how i...
visiteurs-gratuits.b...
moreusers.info
w3schools.com
link.soqoo.com
auto-backlink.co.cc
link-majlisasmanabaw...
rahsiaurutzakar.blog...
Unlimited Free Backl...
automatic-link.blogs...
incredilink.jmin.net
Free Automatic Elvir...
heathenhavoc.blogspo...
live.feedjit.com
backlink.herobo.com
Naknik's Info: Avera...

keyword : check ping, online ping, server monitoring, trace ping, website monitoring, server test, website test, test website, downtime, ping trace, dns test, traceroute ping, ping traceroute, internet connection test, ping test, check speed, network connection, connection speed test, trace ip, internet connection speed test, bandwidth test, test internet speed, broadband speed test, broadband test, connection check, connection test, http monitoring, internet connection, internet speed connection, ip lookup, monitoring, network tools, nslookup, online check, online tests, ping, ping ip, reverse dns lookup, reverse lookup, speed connection, speed test, speedtest, test speed, trace, trace route, traceroute, tracert, tracker, uptime, website testing, ping website




ADMIN

Read MoreKoleksi Traffic Mencanak