Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Mulut paling lebar didunia

ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalam Guinness World of Records.

Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet. Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.

Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali. Mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar.
p/s:
1) Ni ke mulut tempayan?
2) Den tak berapa aktif blogging dalam 2,3 hari ni sebab ade emergency kes kat Johor.
3) Jangan risau entri korang tetap akan ku komen sekembalinya blogging.
4) Majulah blogger untuk negara. Kalau bukan korang yang majukan siapa lagi?

Read MoreMulut paling lebar didunia

Konsert Malam Amal 1Malaysia di UM

Antara Intipati :
  • Melahirkan insan yang sensitif dengan sifat keprihatinan mampu menyumbang kepada produktiviti disamping meningkatkan pelbagai sektor ekonomi negara.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar agar suatu hari nanti lebih ramai graduan UM berminat untuk menjadi sukarelawan dan melahirkan golongan muda yang prihatin.
  • Mendapat kerjasama Persatuan Alumni Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, UM, Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) dan HML Premier Sdn Bhd dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
  • Konsert amal berlangsung di Dewan Tunku Canselor, UM bermula jam 8 malam. Menampilkan penyanyi popular seperti Yuna, Aizat, In-Team, Sofaz, FLY Band dan ramai lagi.
  • Tiket dengan harga RM20 bertujuan mengisi tabung amal untuk diagihkan ke beberapa rumah kebajikan sekitar Lembah Klang.
Sumber Rasmi : News@UM | Laman Rasmi : Group@FB & Event@FB
at-10-tion :
1) Entri ini just promo, den bukan student UM okess :P

Read MoreKonsert Malam Amal 1Malaysia di UM

Skuter untuk penyelam

LONDON - Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang, lapor sebuah akhbar semalam. Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter itu kedalaman 30 meter.

Pengguna HydroBOB tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam. Para pengguna itu boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air. Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air.

Skuter itu dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot. Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife.

Read MoreSkuter untuk penyelam

Kuda terkecil di dunia

DAKOTA UTARA, Amerika Syarikat - Seekor kuda bernama Bella Contessa mungkin merupakan kuda yang paling kecil di dunia kerana ia setinggi 53.3cm dan seberat 25.4kg, lapor sebuah akhbar semalam. Baru berusia enam bulan, tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal.

Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith.Kuda itu dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing.

Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1sm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7cm hingga 55.9cm bergantung kepada jantinanya dan seberat 9.97kg.

"Ramai doktor veterinar memberitahu bahawa Bella ialah kuda paling kecil yang sempurna dan tidak mempunyai ciri-ciri seekor kuda kerdil. Ia juga tidak mengalami masalah kesihatan dan sangat comel," kata Alison.
Sumber : Kosmo

Read MoreKuda terkecil di dunia

Penggunting rambut separuh bogel

SYDNEY - Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.

"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki.
Edit oleh : Mamat Ensem | Sumber : Kosmo

Read MorePenggunting rambut separuh bogel

Keputusan Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23)

POSTER TERBAIK
Calon: Naga VXS (Estet), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur), MIG Production (V3 Samseng Jalanan)
Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
Calon: Rosada Abd Hamid (Haq), Dee Hasnan (Jin Notti), Nasirah Ramlan (My Spy), Inazs (Santau)
Pemenang: Dee Hasnan (Magika)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Calon: Amirul Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Ammar Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Echa (Santau)PELAKON HARAPAN WANITAPemenang: Daphne Iking (Belukar)Calon: Adrea Abdullah (2 Alam), Asyikin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau), Shasha Arsheela (Pulau Asmara)
Pemenang: Fimie Don (Magika)

PELAKON HARAPAN LELAKI
Calon: Kamal Adli (Niyang Rapik), Redza Minhat (Pisau Cukur), Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2), Sheikh Bolkhiah (Pulau Asmara)LAGU TEMA ASAL TERBAIKPemenang: Penyembuh Rindu (Edry – Magika)Calon: Syurga Seketika (Cat Farish – Niyang Rapik), Menggegar Dunia (Edry – My Spy)
Pemenang: Shashi Tharan (Estet)

PENATAAN BUNYI TERBAIK
Calon: Brian Ng (Santau), Brian Ng (Adnan Semp-It), James Baum (Evolusi KL Drift 2), Edry, Mohd Mohsin & Amaludin Syukri (Magika)PENATAAN SENI TERBAIKPemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)Calon: Irwan Mazwan & Johan Lucas (Jin Notti), Irwan Idris (Lagenda Budak Setan), Dewa (Estet), Jimmy (Evolusi KL Drift 2)
Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Calon: Lisa Surihani (V3 Samseng Jalanan), Fazura (Lagenda Budak Setan), Raja Farah (Haq), Ziana Zain (Magika)
Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Calon: Bront Palarae (V3 Samseng Jalanan), K.S Maniam (Estet), Que Haidar (Lagenda Budak Setan), Zul Handyblack (Santau)
Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)

PENGARAH HARAPAN
Calon: Farid Kamil (V3 Samseng Jalanan), Jason Chong (Belukar), C.L Hor (Haq), Rosihan Zain (Hooperz)
Pemenang: Edry (Magika)

FILEM KOMEDI TERBAIK
Calon: MIG Production (Adnan Semp-It), Tayangan Unggul (Kapoww!!), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur)
Pemenang: KRU Studios (My Spy)

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas

Anugerah Dokumentari Terbaik
Pemenang: Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Project

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23
Penerima: Seniman Tamam Idris

Filem Boxoffice FFM23
Pemenang: Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23
Penerima: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23
Penerima: Johari Ibrahim.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Shamsul Yusof dari Scop Productions (hadiah trofi & hadiah RM20ribu)

Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magica (hadiah trofi & RM50ribu)

Edit oleh : Mamat Ensem | Sumber : Budiey.Com

Read MoreKeputusan Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23)

Final Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan

Finalis Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan dan Kelantan akan sekali lagi membuat perhitungan di pentas final apabila kedua-dua pasukan berkenaan berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua malam ini.

Juara bertahan, Negeri Sembilan mara selepas menewaskan tuan rumah, Johor FC 2-0 di Pasir Gudang untuk mara dengan agregat 2-1 oleh Mohd. Shukor Adan pada minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah melengkapkan gol kedua Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti pada minit ke-61. Manakala Kelantan menewaskan Kedah 1-0 selepas perlawanan pertama di Alor Setar berakhir dengan keputusan tanpa jaringan.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Putra pada 30 Oktober ini. Berikut merupakan video gol tunggal perlawanan separuh akhir ke 2 diantara Kelantan bertemu Kedah dengan keputusan memihak pada pasukan Kelantan dengan jaringan 1-0. Jaringan tunggal dilakukan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-79 pada aksi separuh kedua di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu sebentar tadi.
video credit : youtube | http://liga-m.sokernet.com
Dapatkah Kelantan membalas dendam kekalahan pada edisi Piala Malaysia yang lepas? Apa pasukan pilihan korang? Negeri Sembilan atau Kelantan?

Read MoreFinal Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan

Maut berebut remote TV

KUANTAN - Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru, 4.30 petang khamis lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Mohd Haris berkata, seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu kepada mangsa. Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah.

Serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak. Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.

Read MoreMaut berebut remote TV

Pancing piranha gergasi


LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih.

Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.

Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.

"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya.

Read MorePancing piranha gergasi

BlackBerry Torch 9800 with Celcom Exec 50

Hyep, Salam readers, mybe aku lom terlambat join contest ni. Contest ape? Ini dia, contest untuk merebut 2 unit BlackBerry Touch 9800. Contest ini terbuka kepada semua blogger yang berdaftar dibawah Nuffnang dan tarikh contest ini bermula dari 18 Oktober 2010 sehingga 28 Oktober 2010. So korang yang nak join masih belum terlambat lagi ok.

Maklumat lanjut korang boleh terjah site Nuffnang or terjah direct terus ke Contest Blackberry Torch 9800 smartphones from Celcom.

Ada apa pada Blackberry Torch 9800 ni? Jom terjah!
  • Seperti yang korang nampak, BlackBerry Touch 9800 adalah yang pertama dikeluarkan dengan ciri-ciri smartphone yang mana didatangkan dengan keyboard serta skrin sentuh bersaiz 3.2 inci HVGA.
  • BlackBerry Touch 9800 ni juga menggunakan OS BlackBerry 6 dan terdapat aplikasi GPS serta meyokong HSPDA dengan kepantasan download sehingga 3.6 Mbps. Memang superb la!
Smartphone ni juga dilengkapi dengan kamera berisolusi 5 MP beserta sistem flash, auto focus dan sistem kestabilan gambar tak kira la korang ambil gambar macam mana pun.

Selain itu ciri-ciri tambahan bukan satu atau dua tapi 11 mode foto dan rakaman video resolusi VGA untuk memudahkan mengambil gambar secara sepontan.

BlackBerry Touch 9800 mempunyai sambungan ke komputer dan boleh membuat sambungan direct dengan WiFi tanpa menggunakan Bluetooth.
Smartphone ini dilengkapi dengan memori sebanyak 8 GB dan boleh diupgrade sehingga maximum 32 GB dengan kad MicroSD. Dengan BlackBerry Touch 9800 korang boleh surf internet, email dan penggunaan phone tak kira dimana sahaja korang berada.

Bukan tu je, korang juga boleh berchating dan online di laman sosial korang seperti Facebook, Twitter, Myspace malah juga boleh berblogging dengan menggunakan BlackBerry Touch 9800. So korang dah tak perlu lagi la susah-susah mengadap lappy yang besar tu lagi.
Bagi yang kaki online dan blogging tu korang tak perlu bimbang sebab dengan menggunakan BlackBerry Touch 9800 korang boleh melayari surf dengan pantas dan boleh membuka banyak tab pada internet dalam satu masa. Terdapat juga fungi bookmark yang sememangnya korang boleh gunakan untuk save link site yang korang suka. Memang terbaek la.

Ada apa pula pada Celcom Exec 50?
Seperti mana yang korang tahu Pakej Celcom Exec 50 ni banyak keistemewaan dan memang sesuai untuk semua golongan terutamanya student macam aku ni. Apa keistemewaannya?
  • Caj hanya 15 sen je untuk semua rangkaian termasuk telefon rumah.
  • Diskaun 30% setiap bulan secara automatik.
  • Kalau korang banyak cakap korang akan dapat lebih penjimatan serta diskaun
  • Caj sewa bulanan hanya RM50 bulan. Memang sangat berpatutan dan sesuai untuk student.
  • Percuma pelan Celcom Broadband Basic selama sebulan dengan speed sehingga 384kbps
  • Celcom Exec 50 memang plan terbaik untuk anda dengan speed yang sangat pantas, liputan rangkaian yang baik tanpa sebarang ganggunan diseluruh negara berbanding rangkaian lain yang hanya meliputi sesuatu tempat dan kawasan sahaja.
Celcom Exec 50 memang terbaek la. So jadi la orang yang pertama di Malaysia memiliki BlackBerry Touch 9800 dengan membuat pendaftaran di Celcom hari ini juga!


Read MoreBlackBerry Torch 9800 with Celcom Exec 50

Unicorn benar-benar wujud?

ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn. Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube. Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn. Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik.

Saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu. Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai.

Ape pendapat korang?

Read MoreUnicorn benar-benar wujud?

Pertandingan tarik tali 43 tan

NAHA, Jepun - Satu pertandingan tarik tali di Jepun dengan menggunakan tali gergasi sepanjang 200 meter dan seberat 43 tan berlangsung di Pulau Okinawa baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam pertandingan itu, para peserta menarik 200 tali kecil yang diikat pada tali utama dalam percubaan mereka untuk menjuarainya.

Kejohanan tersebut tercatat dalam Guinness World of Records sebagai acara tarik tali terbesar.Acara berkenaan berasal dari abad ke-17 lagi apabila ia diadakan bagi membantu meramal nasib pada tahun hadapan.

Read MorePertandingan tarik tali 43 tan

Di Mana Kan Kucari Ganti MTV tribute P.Ramlee

MTV terbaru Di Mana Kan Kucari Ganti hasil susunan KRU. Jom Kita tengok meremang ke tak meremang bulu roma kami kerana gabungan suara semua artis yang terlibat memang mantap habis.

Sepertimana yang korang tahu Muzik Video Istimewa "Di Mana Kan Kucari Ganti" dicipta sempena Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti di Astro.

Antara artis yang menjayakan MTV ini ialah Vince AF, Ella, Stacy AF, Ning Baizura, KRU, Dayang Nurfaizah, Shahir AF, Aizat AF, Atilia, Bunkface, Jaclyn Victor, Stacy dan Lan the Typewriter.


Read MoreDi Mana Kan Kucari Ganti MTV tribute P.Ramlee

Keputusan Piala Malaysia: N.Sembilan Jumpa Johor FC, Kelantan Lawan Kedah Di Separuh Akhir

  • Pada perlawanan suku akhir kedua, Negeri Sembilan menumpaskan Perlis 3-1 menjadikan agregat 4-1, sementara Kedah membenam Terengganu 3-0 bagi agregat 5-2.
  • Negeri Sembilan memperoleh jaringan menerusi dua gol oleh Abdul Halim Zainal, masing-masing pada minit ke-23 dan 30, serta gol ketiga hasil jaringan Muhamad Syukor Adan pada minit ke-74. Gol tunggal Perlis dijaringkan Azrul Ahmad pada minit ke-89.
  • Johor FC walaupun tewas 1-2 kepada Pahang, tetapi kelebihan gol di tempat lawan apabila menewaskan lawan 1-0 di Stadium Pasir Gudang Selasa lalu membuka laluan kepada kelab itu untuk mara ke separuh akhir.
  • Johor FC memperoleh jaringan menerusi Eddy Helmi Manan pada minit ke-52 manakala Pahang menerusi Md Shahrizan Md Salleh dan Mohd Faizol Hussain pada minit ke-65 dan 68.
  • Kelantan pula layak ke separuh akhir apabila menjinakkan Selangor dengan agregat 3-0 selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.
  • Negeri Sembilan menumpaskan tuan rumah Perlis 3-1 untuk mara ke separuh akhir dengan kelebihan agregat 4-1 pada perlawanan di Stadium Utama.
  • Kedah membenam Terengganu 3-0 untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2, pada perlawanan di Stadium Darul Aman. Gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Barol Bakhtiar pada minit ke-60, Sabri Abu (minit ke-67) dan Khairil Muhymin (minit ke-82).
Apa pasukan pilihan korang tahun ni?

Read MoreKeputusan Piala Malaysia: N.Sembilan Jumpa Johor FC, Kelantan Lawan Kedah Di Separuh Akhir

Susulan entri UFO di New York

NEW YORK - Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menggemparkan penduduk di bandar raya ini pada Rabu lalu dipercayai beberapa belon parti sebuah sekolah di Westchester, lapor sebuah akhbar semalam. Guru besar Sekolah Milestone di Mount Vernon, Westchester, Angela Freeman berkata, seorang ibu membawa empat dozen belon untuk parti meraikan seorang guru.

"Tiba-tiba, 12 daripada belon itu terlepas," katanya.Ia terlepas ke udara pada kira-kira pukul 1 petang manakala satu objek yang disangka UFO dilihat buat kali pertama di Manhattan pada pukul 1.30 petang."Ia munasabah (UFO itu sebenarnya belon).

Belon itu bergerak ke West Side (New York)," kata guru besar itu.Kemunculan objek misteri itu menyebabkan ramai orang menghubungi talian kecemasan 911 pada Rabu lalu. Seorang ahli meteorologi di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Brian Ciemnecki berkata, angin mungkin dengan mudahnya menolak belon itu ke Manhattan.

Sebelum dia membuat kenyataan itu, Pengarah Pusat Laporan UFO Kebangsaan, Peter Davenport menyatakan, berdasarkan pendapatnya, objek misteri itu sebenarnya adalah belon.

Susulan daripada entri : UFO di New York

Read MoreSusulan entri UFO di New York

Apa ada pada Bajet 2011? (Update penuh)

  • Mendaya kembali pelaburan swasta.
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
  • Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi.
  • Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.
  • Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi.
  • Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.
  • Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.
  • Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan.
  • Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah.
  • Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.
  • 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah.
  • 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
  • Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011.
  • Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang.
  • Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.
  • Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • 91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
  • Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.
  • 229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam.
  • Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.
  • Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan.
  • Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar.
  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management.
  • 29.3 billion ringgit untuk kementerian pembelajaran, 10.2 billion ringgit untuk kementerian pengajaran tinggi dan 627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan.
  • Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti.
  • 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
  • 111 juta untuk projek PERMATA.
  • 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  • Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan 95 juta ringgit.
  • Biasiswa kepeada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit.
  • 213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.
  • Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit.
  • Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.
  • 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
  • 220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.
  • 474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah.
  • Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru.
  • Meningkatkan produktiviti pekerja.
  • Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011.
  • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011.
  • Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini.
  • Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan.
  • Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit.
  • Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan.
  • Meningkatkan pemilikan rumah – 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
  • 50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.
  • Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda).
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar – 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.
  • Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi.
  • Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan.
  • 200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak.
  • 500 juta ringgit unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara.
  • Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan.
  • Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.
  • Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit.
  • Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan 100 juta ringgit terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.
  • Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta.
  • 15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan.
  • Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: 350 juta ringgit untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.
  • Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: 70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme.
  • 1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar.
  • Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan.
  • Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah.
  • Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit.
  • Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik.
  • Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA.
  • Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.
Edit by > Mamat Ensem | Special Credits > CikMin.Com > YanmieOnline.Com > Tv3@Bajet'11

Sumber gambar > themalaysianinsider

Kenapa nak bina lagi 1 mercu tanda Malaysia? X tau membazir ke? Hah? Servis Tax naik sehingga 6%?

Read MoreApa ada pada Bajet 2011? (Update penuh)

Tema Bajet 2011 : Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi


Datuk Seri Najib yang mengambil alih tampuk pentadbiraan kerajaan April 2009 membentangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE), tambahan kepada Rancangan Malaysia Ke-10 yang telah diumumkan beberapa bulan lalu, dengan harapan mahu memperoleh kembali keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Penganalisis, pemerhati dan ahli-ahli politik melihat Bajet 2011 akan membawa sifat-sifat ke arah pilihan raya umum.Empat strategi utama dalam Bajet 2011 ini ialah :

1. Mendayakan kembali pelaburan swatsa

2. Membangunkan modal insan

3. Mensejahterakan hidup rakyat

4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam


Sumber : Cikgu Dahlia

p/s: Update dari masa ke semasa

Read MoreTema Bajet 2011 : Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi

Pertandingan tidur

MADRID - Sejumlah peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tidur sekejap di sebuah pusat beli-belah di sini. Peserta-peserta dalam lima kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk tidur di atas bangku berwarna biru dalam pertandingan itu.

Sebuah kumpulan, Persatuan Rakan-Rakan Tidur Sekejap menganjurkan pertandingan itu yang bermula semalam dan berlangsung selama sembilan hari.Hadiah utama ialah wang tunai AS$1,410 (RM4,349).

Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempromosikan tidur selepas waktu makan yang merupakan tradisi Sepanyol yang semakin terhakis akibat gaya hidup moden.

Pesertaakan mendapat markah bagi kategori individu pertama yang terlelap, berdengkur paling kuat, kedudukan tidur terbaik dan pakaian tidur terbaik. Doktor-doktor hadir untuk memeriksa sama ada para peserta itu betul-betul tidur.

Read MorePertandingan tidur

UFO lagi?


NEW YORK - Sekumpulan objek misteri yang bersinar berlegar di langit Manhattan, New York kelmarin sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa objek terbang tidak dikenali terbang di sekitar bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai yang melaporkan melihat objek itu. Beberapa sumber penguat kuasa undang-undang menyatakan, ia dipercayai sebagai belon tetapi sehingga lewat kelmarin, identiti sebenar objek itu tidak diketahui.

Menurut jurucakap FAA, Jim Peters, tidak ada objek ganjil seperti itu dilihat pada radar. Seorang wartawan akhbar New York Daily News dapat melihat satu titik kecil dan terapung di langit dari jalan Eight Avenue yang turut disaksikan puluhan orang lagi.

Imej misteri itu muncul selepas sebulan satu kenyataan akhbar dikeluarkan yang mengumumkan penerbitan sebuah buku oleh seorang bekas pegawai Pusat Pemerintahan Aeroangkasa Amerika Utara yang meramalkan UFO akan muncul di beberapa buah bandar raya utama dunia pada 13 Oktober lalu.

Read MoreUFO lagi?

Budak 3 tahun berat lebih 63kg

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kg yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya."Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.

Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon. Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg. Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.

"Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong.

Read MoreBudak 3 tahun berat lebih 63kg

Jom ping sampai pecah!


Hari ni aku nk kongsi sesuatu yang menarik. Apa dia? Di bawah ni antara tempat yang selalu aku gunakan untuk ping entri. Apa guna ping? Bagi aku ping entri ni macam promote entri terkini dan terbaru di site lain. Tak lain tak bukan untuk blogger lain dtg blog kite baca atau komen entri yang di ping tu. So jom kita terjah.





7. Oz Blogger (Sudah Di Tutup)

13. Apesal 14. Undi.Me

Selain ping entri di site2 diatas aku juga selalu mempromote entri2 baru aku di Group dan Page Facebook para2 blogger. Antaranya joegrimjow, blog.ariff, MomBloggersPlanet, Kelab Blogger Tegar Malaya, BLOGGERS MALAYSIA™, MofasaD BloggeR, Blogger Tegar Family, komuniti-blogger.com, blogger tegar malaysia, Malaysian Blogger Links, sultanmuzaffar - entertainment blogger, KELAB BLOGGER, Blogger's Malaysia™,Blogger Melayu, SelangorBloggers, Gengblogger dan Suffer8zine Territory. Kalau aku nk listkan semua rasanya 5 kilometer la panjang entri ni. So ape lagi JOM PING SAMPAI PECAH!

Read MoreJom ping sampai pecah!