Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Keputusan penuh undian pusingan pertama Anugerah Blog Pilihan Malaysia

Gambar list diatas merupakan senarai calon.

Salam, buat pertama kalinya den tercalon dalam Anugerah Blog Pilihan Malaysia 2010 bagi kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Dalam anugerah ini terdapat 6 kategori iaitu ;
  1. Blog Personal Lelaki Pilihan.
  2. Blog Personal Suami Pilihan.
  3. Blog Personal Wanita Pilihan.
  4. Blog Personal Isteri Pilihan.
  5. Blog Tutorial Pilihan.
  6. Blog Lawak Pilihan.
Undian peringkat pertama ini bermula 10 malam 26 nov 2010 sehingga 8 pagi 30 nov 2010 dan hanya memerlukan 5 blog yang mendapat undian tertinggi (Top5) bagi setiap kategori sahaja untuk ke peringkat seterusnya.

Seperti yang korang dapat lihat den dicalonkan bersama-sama blogger2 yang hebat serta mantap2 seperti Naz (Blogger hensem yang mencalonkan den), Zaerr , Ariff Shah, Khai, dan ramai lagi la. Entah ade peluang ke tak den dapat top5 ni pun tak tahu la. Tapi den yakin setiap blog ade keistemewaan masing-masing.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Update yang agak sedih tapi bak kata Kak Ina KL "walaupun tak menang nanti tapi boleh berbangga sebab kita berdua tercalon". Den sempat copy Top 10 undian disaat akhir sebelum undian di tutup. Keputusan undian peringkat pertama untuk Anugerah Blog Pilihan Malaysia bagi kategori Blog Personal Lelaki Pilihan;
  1. kurasakan something (750 undian)
  2. realiti konspirasi (698 undian)
  3. MUKA SURAT SULIT NAZ (623 undian)
  4. Aizul | Marcello (583 undian)
  5. The Beauty In Ugly (568 undian)
  6. Just Khai (dot) Com (517 undian)
  7. Beautufilnara (306 undian)
  8. ! SUFFER8ZINE TERRITORY ! (172 undian)
  9. suratan kebetolan (125 undian)
  10. blog.ariff - Just another blog by Ariff Shah (106 undian)
Blog Kapal Karam den hanya berjaya menduduki tempat ke-8 dari 32 blog yang tercalon dalam kategori ini. Thnx banyak-banyak pada korang yang mengundi. Den memang akui follower dan reader ramai tak bermakna peminat ramai. Hanya Top 5 sahaja yang layak ke pusingan ke-2. Tahniah pada yang berjaya. Apa-apa pun majulah blogger untuk negara!

SENARAI PENUH BLOG TOP 5 YANG BERJAYA UNTUK PENCALONAN UNDIAN PERINGKAT KE-2 MENGIKUT KATEGORI > ENTER

Read MoreKeputusan penuh undian pusingan pertama Anugerah Blog Pilihan Malaysia

BERANI MATI : BLOG AKU BEST !

Bro Ben ni cubaan pertama dari blog den. Memang di akui entri ini penuh kepoyoaan. So bro Ben, terimalah entri ini seadanya.

Korang tau tak blog den ni best. Sangat best tau tak. Kenapa korang tak percaya ke? Cuba tgk background blog den ni putih berseri tau tak, langsung tak de apa-apa unsur jahat menyelinap masuk. Lagi kat chatbox den tu ade bape box? Ada 2 kan, korang nye ade bape? Di tambah pulak dengan icon-icon yang comel. Best tak?

Tengok widget-wdget, banner-banner yang melambak dalam blog den ni banyak kan? Tapi ade nampak berat time loading? Kompem tak berat punya ini diakui oleh akak2 den iaitu cikmin, ciklinn dan blogger-blogger lain la. Tapi kalau berat maknanya internet korang low la tu.

Lagi cuba tengok "manifesto" blog den tu Blog Kapal Karam No#1 Di Malaysia, korang ada? tak de kan? Kat Malaysia ni den sorang je guna ayat tu tau tak. Tak best lagi? Blog den ni 100% den yang merosakkan dan memodifite kodingnya sendiri tau.

Kategori blog : Berita menarik, pelik, aneh, terkini, informasi, hiburan,
Usia blog : Lebih kurang dekat 2 tahun
Tujuan buat blog : Sekadar nak kongsi informasi, berita, pengetahuan dan benda-benda baik yang dapat menambahkan lagi ilmu.
Apa yang bestnya blog anda tu : Best sebab berita-berita dalam ni tak ada dalam kebanyakan blog.
Sasaran trafik untuk tahun depan ,SEHARI berapa UV? : nak gandakan lagi jadi 3oooUV

p/s : Den memang tak reti nak puji diri sendiri ni ok, ni semua Ben punya pasal, hehe, TQ :P


Read MoreBERANI MATI : BLOG AKU BEST !

Burger Daging Ular

INDONESIA - Bagi korang yang suka makan makanan fast food terutama burger korang kena berhati-hati kerana menurut laman web life.com, di Yogyakarta, Indonesia terdapat restoran yang menjual burger dengan menambahkan daging ular terutamanya ular tedung di dalamnya.

Sedia maklum, umat islam diharamkan memakan daging ular. Bagi yang beragama lain pula adakah korang tergamak nak makan burger daging ular ni? Harap daging burger ular ini tak sampai ke Malaysia la. Jom kita tengok gambar cara-cara daging burger ini dibuat :
Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar
Sumber Gambar : life.com

Read MoreBurger Daging Ular

Terperangkap 3 minggu dalam bilik mandi

PARIS - Pasukan bomba Perancis menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap di dalam bilik mandi rumahnya selama tiga minggu selepas ketukan paip meminta pertolongan gagal mendapat perhatian jiran-jirannya.

Wanita berusia 69 tahun itu dalam keadaan yang sangat lemah ketika bomba tiba di rumah mangsa di bandar kecil Epinay-sous-Senart di Paris, selepas jiran menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang dia tidak kelihatan dalam tempoh tersebut.

Dia yang terkunci akibat kerosakan tombol pintu bilik mandi, terpaksa meminum air dari singki dan mengetuk paip pada waktu malam untuk meminta pertolongan.Namun jiran di blok apartmen itu menyangka ia adalah kerja-kerja pembaikan.
Sumber : Utusan Online

Read MoreTerperangkap 3 minggu dalam bilik mandi

RxLite Memang Terbukti Berkesan

Sticky Selection Post (22-24/11).
Salam semua, mesti korang pelik kan ape pasal la den cerita pasal bende RxLite ni. Hari ni den nk promote satu produk yang berkesan untuk pelangsingan badan yang dah dicuba sendiri oleh kawan den. Bagi yang tak tahu apa itu RxLite meh den cerita sikit. RxLite merupakan minuman pelangsingan koko yang murah, mudah untuk disediakan, sedap untuk diambil, tidak banyak pantang larang dan tanpa kesan sampingan.

RxLite ni juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan. Memang sesuai sangat la untuk mereka-mereka yang nak berbadan langsing dan ideal tu tak kira jantina LELAKI atau PEREMPUAN.

RXLite juga mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. Produk pengurusan berat badan RXlite mempunyai rasa koko yang lazat ianya juga mengandungi anti-oksida dan vitamin serta mineral yang diperlukan. Berikut merupakan antara respon testimoni RxLite :
  • “Saya cukup teruja kerana tidak sampai 2 bulan, saya telah berjaya menghilangkan 20kg. Saya memang suka dengan rasa koko-nya yang lazat, dan lebih penting lagi, saya tidak perlu berbelanja besar setiap bulan. Alhamdulillah, sekarang berat saya dah kekal pada tahap yang ideal. Saya gunakan RxLite seperti yang di syorkan. Saya minum 3 kali sehari.Kurangkan pengambilan karbohidrat dan di gantikan dengan protein!,” kata Pn. Siti Khalijah ibu kepada 3 orang anak.
  • “Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 31 Kg dalam tempoh 3 bulan. Pinggang pun semakin ramping, badan rasa sangat ringan dan bertenaga. Malah, ada juga rakan-rakan yang menegur kulit saya kelihatan lebih cantik. Tetapi pada saya, yang penting adalah tahap kesihatan saya semakin baik. Masalah darah tinggi saya sudah beransur, dan lutut saya sudah tidak sakit lagi,” kata Puan Zuriani.
Untuk pengetahuan korang RxLite ni merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Memang patut pun berkesan.

Untuk melihat testimoni lain, tempahan atau keterangan lanjut sila layari Laman Rasmi RxLite atau Fan Page Facebook RxLite. Belum cuba belum tahu. Memang mudah, lazat dan berkesan.

Read MoreRxLite Memang Terbukti Berkesan

Wanita Paling Rendah Di Dunia

ISTANBUL - Seorang gadis berusia 21 tahun, Hatice Kocaman dinobatkan sebagai wanita paling rendah di dunia pada awal tahun ini. "Saya selalu berharap bahawa pada satu hari nanti, dunia akan mengiktiraf saya," katanya yang setinggi 71 cm dan seberat 6.8 kg.

Dia yang tinggal di kawasan terpencil. Kadirli di Turki. Semasa di zaman kanak-kanak dia menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekolah kerana ketinggiannya. "Kini saya menjadi terkenal kerana saiz saya, Justeru, ia (menjadi terkenal) menjadikan saya berasa lebih tinggi,' katanya.

Dia tinggal bersama ibu bapanya, Ibrahim dan Hatun. Menurut ibu bapanya, anak mereka dilahirkan normal sehingga dia berusia setahun apabila ketinggiannya terbantut. Mereka menyatakan, doktor tidak dapat mengenal pasti punca ketinggian anak mereka terhenti.



Read MoreWanita Paling Rendah Di Dunia

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Di kesempatan ini den selaku owner, admin serta moderator blog SUFFE8ZINE TERRITORY ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua peduduk yang beragama islam tak kira dimana anda duduk.

Semoga Aidiladha kali ini membawa lebih keberkatan serta lebih pengorbanan didalam diri korang. Yang balik kampung tu (termasuk den sendiri) semoga selamat sampat dan selamat balik.

Salam penghargaan yang tak terhingga juga kepada semua pembaca serta komentator blog kapal karam ini. Tanpa sokongan dan komen korang tiada maknanya blog info ini berada di alam maya. Semoga korang semua tak jemu dan serik berada disini dan diharapkan info-info dan berita-berita didalam ini berguna kepada korang semua

Semoga tiada apa-apa kecelakaan serta kesusahan semasa perjalanan dan diharap semuanya bejalan dengan lancar. Salam Adiladha sekali lagi diucapkan kepada semua. Wasalam.

Read MoreSelamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Bila rusa masuk bar

BLUFFTON, Ohio - Beberapa pekerja di sebuah bar di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertempiaran lari selepas seekor rusa jantan tiba-tiba melompat masuk dan merempuh kerusi serta meja dalam premis itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu di sini baru-baru ini tetapi premis tersebut mencatat kerugian besar kerana banyak barangan rosak. Meja dan kerusi berterbangan selepas dirempuh dengan tanduk haiwan itu.

Semasa kejadian, cuma terdapat beberapa orang pekerja di dalam bar itu. Salah seorang pekerja berkenaan melompat meja bar bagi menyelamatkan diri."Naluri saya menyatakan adalah lebih baik saya tidak mendekati rusa itu yang naik minyak," kata seorang pelayan.

Rakaman CCTV bar itu menunjukkan ia melompat masuk melalui tingkap dan memecahkan beberapa buah meja dan kerusi sebelum keluar dari pintu belakang premis tersebut. Aksi rusa itu boleh dilihat di laman YouTube.
Sumber : Kosmo

Read MoreBila rusa masuk bar

Berlian termahal di dunia

GENEVA 11 Nov. - Sebutir berlian berwarna merah jambu yang akan dilelong firma lelong Sotheby's minggu depan, mampu mencatat rekod dunia jika dijual setinggi AS$27 juta hingga AS$38 juta (RM86.4 juta hingga RM121.6 juta).

Permata seberat 24.78 karat yang disifatkan sebagai 'berlian merah jambu paling istimewa' itu, boleh menyaingi rekod jualan lelong firma Christie's yang pernah menjual berlian biru Wittelsbach-Graff seberat 35.56 karat dengan harga AS$24.3 juta (RM78 juta) pada 2008.

Harga pasaran berlian adalah kira-kira AS$750,000 (RM2.4 juta) bagi satu karat. Harga itu juga belum termasuk komisen pelelong dan cukai jualan. Harga yang baik adalah AS$1 juta (RM3.2 juta) bagi satu karat.

Beberapa faktor peningkatan harga berlian tersebut mungkin disebabkan kecantikan luar biasa berlian selain jarang ditemui kerana permata tersebut tidak lagi berada dalam pasaran sejak dijual 60 tahun lalu. Tidak seperti berlian merah jambu lain, permata itu mempunyai potongan klasik batu zamrud dengan bahagian tepi yang bulat.

Read MoreBerlian termahal di dunia

Kura-kura berkepala dua

Terdahulu terdapat cicak berkepala dua di Perth, Australia. Namun ini lain ceritanya. Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China.

"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan.
Sumber: Kosmo

Read MoreKura-kura berkepala dua

Contoh gurauan 'manja'

JITRA — Mula-mula bergurau, kemudian bertengkar, lepas itu kena bunuh, demikian nasib yang dialami seorang warga Vietnam yang mati ditikam rakannya di asrama pekerja di Pekan Jitra 2 isnin lalu.

Mangsa ditikam sekali di dada kiri oleh rakannya yang berumur sekitar 30-an. Mangsa dan suspek sebelum itu sedang berbual-bual sambil bergurau di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat itu yang dijadikan asrama pekerja, kira-kira 9 malam sebelum kedua-duanya bertengkar sehingga berlaku pembunuhan.

Lima warga Vietnam termasuk mangsa dan suspek menghuni sebuah bilik bangunan itu yang kesemua mereka merupakan pekerja kilang membuat topi keledar di Sg. Korok. Suspek melarikan diri selepas kejadian itu tetapi kemudiannya ditahan polis ketika sedang berjalan seorang diri kira-kira 1km dari asrama tersebut.

Polis turut menahan tiga yang lain itu untuk disoal siasat. Bangunan rumah kedai tersebut disewa oleh pihak kilang itu untuk menempatkan 15 pekerja yang kesemuanya warga Vietnam.

Read MoreContoh gurauan 'manja'

Mati dipijak gajah

HANOI: Seorang remaja 14 tahun mati dipijak seekor gajah liar di selatan Vietnam, lapor satu sumber, semalam.

Remaja lelaki terbabit bersama bapa tiri dan sepupunya berjalan ke kawasan memancing ikan di sebuah hutan di wilayah Dong Nai ketika diserang gajah itu, kata seorang pegawai, Ngo Van Son. “Gajah itu naik minyak apabila mendengar bunyi bising enjin motosikal.

Dua lelaki dewasa bersama remaja itu melarikan diri apabila haiwan itu mendekat mereka tetapi remaja terbabit tersangkut di motosikal,” ujar Ngo. Menurut Ngo, remaja itu terperangkap di bawah motosikal yang dipijak gajah berkenaan.
Sumber: Harian Metro

Read MoreMati dipijak gajah

Pemandu bas dirotan

Gambar Hiasan
SENTUL: Seorang pemandu bas cedera di rusuk kiri selepas dibelasah seorang lelaki yang juga pemandu bas menggunakan rotan, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek mendakwa mangsa bertindak kurang ajar kerana merebut penumpang lain ketika mereka yang memandu bas masing-masing tiba untuk mengambil penumpang di Taman Sri Murni, Selayang, kira-kira jam 7.45 pagi.

Mangsa berusia 42 tahun yang ketika itu sedang berhenti mengambil penumpang terkejut apabila didatangi suspek yang tiba-tiba bertindak memukulnya.

Sebuah bas dipandu seorang lelaki berhenti berhampiran bas dipandu mangsa sebelum pemandu bas itu menaiki bas mangsa lalu bertindak memukulnya dengan menggunakan rotan.

Read MorePemandu bas dirotan

Mati disengat tebuan tanah

KEMAMAN – Misteri kehilangan seorang warga emas di Bandar Seri Bandi dekat sini Ahad lalu terungkai apabila dia ditemui mati disyaki akibat disengat tebuan tanah. Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan mayatnya telah berbau dan mereput selain lengkap berpakaian di kawasan belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya pada pukul 11 pagi oleh pasukan penyelamat.

Pasukan penyelamat menemui sarang tebuan kira-kira satu meter dari mayat mangsa dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan wanita yang menghidap penyakit nyanyuk itu meninggal dunia kerana disengat serangga berbahaya berkenaan. Sarang tebuan itu kemudiannya dibakar.

Ketua Polis Daerah memberitahu, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Sebelum ini sudah beberapa kali melalui kawasan itu tetapi gagal mengesan mangsa. Bagaimanapun semalam mereka berjaya mengesan mangsa selepas terhidu bau busuk dari arah semak dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
Sumber Gambar : Google | Berita : Kosmo

Read MoreMati disengat tebuan tanah

Pengsan 100 kali sehari

CAMBRIDGE - Seorang saintis wanita di Britain, Claire Allen menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan sehingga 100 kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam. Allen, 35, menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi.

Penyakit saraf itu menyebabkan dia lumpuh antara 30 saat hingga lima minit setiap kali Allen ketawa, teruja, berasa takut, terkejut atau gembira.Sewaktu diserang katapleksi, Allen akan kehilangan kawalan badannya tetapi berada dalam keadaan sedar.

Lebih teruk, Allen pernah pengsan 100 kali dalam masa sehari dan akan rebah setiap kali ketawa. Allen menghidap penyakit ganjil itu sejak beberapa tahun lalu tetapi dia terpaksa mengambil ubat untuk melakukan rutin harian. Terdapat kira-kira 25,000 penyakit tidur di Britain.

Read MorePengsan 100 kali sehari

Katak makan tikus

LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya. Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.

Katak ini mampu melompat setinggi 3.65m. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya.

Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus. Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.

Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.

Beratnya boleh mencecah 2kg, sepanjang 24cm. Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.

Read MoreKatak makan tikus