Malaysia sah dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki 2010 dengan menewaskan Indonesia dengan agreget 4-2. Jom kita lihat perjalanan pasukan bola sepak Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010 sehingga menjadi juara ;
Malaysia bermula goyah pada perlawanan pertama dengan menjadi 'lauk' Indonesia dengan kekalahan 5-1. Di stadium yang sama Malaysia juga tidak dapat menunjukkan permainan yang mantap dengan hanya mampu seri 0-0 ketika menentang Thailand.Permainan Malaysia mula meningkat mendadak dengan mengalahkan Laos 5-1 di perlawanan ke 3 dan sekali lagi menang 2-0 terhadap pasukan Vietnam. Di separuh akhir Malaysia sekali lagi bertemu Vietnam dan menang agreget 2-0 dan sekali gus layak ke final menentang Indonesia
Di final pula Indonesia agak longlai apabila bertemu Malaysia pada final pusingan pertama dengan kekalahan 3-0. Namun di final pusingan kedua Indonesia mula bangkit dengan kemenangan 2-1 tetapi sudah terlambat untuk mengalahkan Malaysia sebagai juara dengan agreget 4-2.
Pasukan Malaysia menerima hadiah piala pusingan dan wang tunai sebanyak US$100,000.00. Kerana kemenangan ini juga la menyebabkan PM kita memberi cuti free 1 hari pada 31/12/2010 ni. Jom kita lihat juga senarai pasukan yang pernah menjuarai kejuaraan Piala AFF ini ;- 1996 - Thailand menewaskan Malaysia 1-0 di Singapura
- 1998 - Singapura menewaskan Vietnam 1-0 di Hanoi
- 2000 - Thailand menewaskan Indonesia 4-1 di Bangkok
- 2002 - Thailand menewaskan Indonesia 2-2 (4-2 pens) di Jakarta
- 2004 - Singapura menewaskan Indonesia 5-2
- 2007 - Singapura menewaskan Thailand 3-2
- 2008 - Vietnam menewaskan Thailand 3-2
- 2010 - Malaysia menewaskan Indonesia 4-2 (agreget)
Read More → Perjalanan Malaysia Sehingga Menjadi Juara Piala AFF Suzuki 2010












































