
Salam 1 Malaysia. Pada entri kali ini aku ingin berkongsi entri-entri SEO terbaik sepanjang aku berada didunia blogging ini. Entri-entri SEO? Cerita-cerita paling banyak orang cari ke? Oh tidak dot com sama sekali. Entri yang aku maksudkan ialah entri mengenai makna, tips, tutorial dan segala-galanya mengenai dunia SEO. Apa itu SEO? Aku percaya setiap blogger atau penggendali blog dan website mesti tahu, paling tidak nama ringkasan SEO itu sendiri.
Aku sedar yang aku agak baru dalam dunia blogging ini dan aku sering berusaha sedaya upaya memahami dan masih belajar teknik-teknik yang betul untuk mendapatkan sendiri traffic-traffic yang datang dari enjin carian seperti Google, Yahoo atau lain-lain lagi. Jangan salah sangka, entri ini bukan untuk mengajar pakar-pakar SEO cuma aku berminat kongsi entri-entri yang menjadi rujukan aku mendapat sedikit traffic dengan berSEO.
Namun, adakah blog aku ini blog SEO? Pada pandangan kasarnya pasti akan jawab ya. Namun sebenarnya blog ini lebih kepada perkongsian fakta dari hasil carian serta temu bual oleh aku sendiri terhadap kawan-kawan, perkongsian ilmu, tutorial dan beberapa coretan yang sememangnya hasil idea penulisan aku sendiri. Tidak ku sangka ternya perkongsian fakta-fakta atau ilmu tersebut mendapat sambutan dengan kelihatan sentiasa ada masuk keyword carian. Semenjak dari itu la aku cuba-cuba membuat, mencari serta mengedit entri yang lebih kepada SEO.
Pada mereka yang selalu keluar masuk blog aku pasti akan perasan yang entri dalam blog ini agak banyak penulisan atau berita terkini mengenai Alien, UFO atau mengenai makhluk asing. Mengapa? Bagi aku ada 2 sebab, pertama, minat aku berkongsi dan menilai sendiri kepercayaan pembaca mengenai Alien atau UFO. Kedua, sebab SEO. Tahukah anda sangat kurang blogger Malaysia update mengenai 'keyword' ini. Dan diam tak diam lebih 20% keyword yang datang ke blog ini berkisarkan UFO atau Alien.
Ok, terpanjang pula mukadimah. Hehe. tanpa membuang masa jom kita terjah entri-entri SEO terbaik disini ENTER. Terdapat lebih 60 himpunan tips-tips SEO dari blog rakan-rakan blogger. Himpunan link tersebut termasuklah tutorial, artikel, widget dan semua serba sedikit mengenai dunia SEO tidak kira sama ada berplatform Blogger(Blogspot) mahupun Wordpress. Setiap link yang dipaparkan dibawah akan dibawa terus ke blog penulis dan mempunyai credit kepada penulis.
Page tersebut masih dalam penambahbaikan dan link-link entri akan ditambah sedikit demi sedikit. Aku kenal pasti lebih 50 blog yang berkongsi tips SEO ini. Dan sudah pastinya lebih banyak lagi sebenarnya. Diharapkan bagi mereka yang berminat menceburi bidang SEO ini rajin-rajin la selongkar page ini. Sekalung penghargaan kepada blogger yang sudi bertukar-tukar ilmu mengenai SEO ini. Anda semua terbaik! Wassalam.









Video Gol Kemenangan Malaysia Vs Taiwan
Blog Politikus

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
ReplyDeletei will be waiting for you on my blog...see u there..cheers
tak khatam lagi bab SEO ni..
ReplyDeletewah nice... pestime rasanya baca entri yg berupa kata2 sapezink sendiri kat blog ni.. hohoho.
ReplyDeletebtw.. penah gak baca tentang penggunaan anchor text dlm seo ni.. nak buat entri tak bape pandai nak olah.. so cite kat sini je la stkt mana yang aku paham..
anchor text seeloknya digunakan tajuk yang betul instead of "klik sini" atau pon macam entri kat atas ni kan "page ini".. sebab benda tu pun boleh dijadikan keyword utk seo.
p/s: terpaksa jarakkan tag tu takut jadi anchor lak.. hoho
contoh:
< a href="linksini" >tutorial belajar seo< /a>
gunakan anchor yg betul dalam melinkkan ke lain entri instead of seperti dibawah
< a href="linksini" >klik sini< /a>
betul ke tak aku tak pasti la.. tu yg aku baca mengenai anchor text ni kat site2 omputih.. hoho
tahniah bro..ini baru dipanggilkan SEO yg sebenar...
ReplyDeletep/s:nak tanye,mcm mane bro buat link disetiap keyword seo tu?guna plugin apa?
@Faisal Abdullah
ReplyDeletehuhu bro, blog berplatform blogspot mcm ni 100% koding sendiri. thnx komen :)
@Andrik McVean
ReplyDeleteyeahhh already follow. thnx komen bro!
@blog-tips-kurus
ReplyDeletesama la kita bro, rasanya ilmu2 ni tak kan pernah khatam
@blog-tips-kurus
ReplyDeletesama la kita bro, rasanya ilmu2 ni tak kan pernah khatam
@Fariq
ReplyDeletewow, nice bro, rasanya itu juga yg aku jumpa. terbaik la komen :)
kalau kena gayanya entri seo ni berbulan2 boleh dapat tarik trafik
ReplyDeletethank atas inf ini...
ReplyDeletemasih banyak ilmu yang harus dicari dalamduna mayaini...
terus terang syaf katakan syaf memang tak faham lagi apa yang dikatakan SEO tu...
baik punya entry~ gile banyak hyperlink, repeating, ngeh3...
ReplyDelete@Myvitrd
ReplyDeleteyuppp bro, tapi tgk juga caranya, jangan memperjuangkan keyword lucah dah la
@SYAF
ReplyDeletex pe syaf aku harap entri ini dapat membantu :P
@kaizenshinobi
ReplyDeletehehhe tu la, padehal nk bagi tau page 'Tips SEO' je :P
Wow, didalam entri ini pun sudah banyak keyword SEO. Lepas geram yer bro :-)
ReplyDelete@akubiomed lepas geram? heheh mana tahu ni? :P
ReplyDelete