Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Salam 1 Malaysia. Ok, kali ni dan buat pertama kalinya aku nak memperkenalkan 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011. Projek simple ini dianjurkan oleh Denaihati.com dan mendapat sambutan hangat para bloggers yang bukan sahaja bertapak di Malaysia malah di serata dunia.

So korang pun boleh menyertai projek ini dengan membuat entri yang sama seperti ini. Memang simple tetapi sedikit sebanyak akan memberi kesan viral trafik yang sangat menakjubkan jika semua blogger ikut serta. Jom terjah 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Tubelawak - Blog yang memaparkan cerita-cerita lawak yang sangat lawak serta menghiburkan hati dikala kebosanan. Bukan sahaja cerita, malah terdapat juga video-video lawak. Sesiapa yang tak masuk lagi memang rugi.

Jejaka Terhangat - Blog berunsur ilmiah dengan perkongsian ilmu-ilmu serta pendapat dan pengetahuan yang bernas disebalik kata-kata sinis dan pedas. Blog yang sangat berguna dan semestinya hangat.

Cisdel - Blog yang memaparkan koleksi gambar-gambar yang menarik dan kelakar di internet untuk menceriakan hidup anda. Blog ini juga diwujudkan untuk memberi variasi kepada pembaca dan bukan berniat untuk bersaing dengan jutaan blog lain.

Bittersweet The Confuse Me - Blog yang sedikit peribadi yang mempunyai episod suka duka. Terdapat juga beberapa isu semasa dan juga koleksi gambar-gambar menarik oleh tuan blog. Terdapat juga diselitkan info-info serta nasihat yang berguna.

Amanz - Blog yang tidak asing lagi dalam dunia blogging. Blog yang memaparkan 100% update berita dan info mengenai Informasi Komputer dan Teknologi Semasa seperti update mozilla, google chrome, facebook dan lain-lain lagi.

So korang jom join. Caranya mudah je dengan menyenaraikan 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 beserta 10 link blog yang mungkin berminat untuk menyertai projek viral trafik yang sangat menakjubkan ini. Sepcial thanks kepada Bro Kulanz Salleh kerana sudi meletakkan link blog ini ke dalam blog beliau.

Jika korang rasa blog ini merupakan Blog Paling Kerap Dilawati 2011 jangan lupa masukkan ke Top 5 list anda itu ok. Kerjasama daripada 10 teman blogger sangat diharapkan untuk join projek ini ialah Whitey Mommy, Afiq Bukhari, Cik Min, Cik Linn, Erza, Zaer, Dayat, Feeza Macho, Kumbang Jingga, AdamXis dan semua blogger didunia ini. Korang dialu-alukan untuk sertai.

Read More5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Jackie Chan Masih Hidup (Update)

Berita kematian Jackie Chan kerana serangan jantung sangat meluas diperkatakan dimana-mana laman sosial sekarang. Tapi adakah berita ini rumor atau sebaliknya. Dikatakan berita ini berasal dari sebuah website palsu yang kelihatan mirip seperti laman web Yahoo! 7News iaitu pastehtml.com.

Berikut merupakan petikan yang diterjemahkan (tanpa edit) dari laman 3news.co.nz yang menyangkal kenyataan yang Jackie Chan sudah mati. "Jackie Chan masih hidup dan sihat, bertentangan dengan rumor yang tersebar di internet malam ini. ditembak 'RIP Jackie Chan' ke bahagian atas senarai topik trend Twitter, menyebabkan kekeliruan di antara pengguna situs jejaring sosial.Laporan palsu tampaknya berasal dari sebuah website palsu dibuat agar kelihatan seperti Yahoo! 7News, sebuah laman berita Australia. URL dari laporan palsu - pastehtml.com - memberikan permainan pergi.Laporan tersebut mendakwa bahawa dia meninggal kerana serangan jantung di rumah sakit LA".

#RIP Jackie Chan, #Jackie Chan Dead antara trend paling popular dan hangat diperkatakan di lama Twitter sekarang. Setakat ini masib belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak Jackie Chan. Ada juga yang mengatakan berita ini salah satu gimik filem terbaru beliau. Ada juga yang menyangka ini merupakan lawak April Fool. Entah la.
--------------------------------------------------------------------------
**Update;
Jackie Chan telah pun membuat kenyataan rasmi di laman Facebook beliau yang beliau masih hidup dan sedang sibuk membuat filem seterusnya. Ternyata khabar angin meluas di laman sosial yang beliau sudah mati tidak benar.
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreJackie Chan Masih Hidup (Update)

Kuda Terkerdil Di Dunia

NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan. Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8cm dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53m.

Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun. Namun, pemilik kuda itu yakin ia sudah berhenti pembesarannya.

Ketinggian Einstein lebih redah berbanding ketinggian Bella Contessa seekor lagi kuda kerdil di Amerika Syarikat. Ibu kuda itu setinggi 81.3cm manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2cm. Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil.
Edit Sumber: Kosmo
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreKuda Terkerdil Di Dunia

Biri-Biri Lahirkan Anak Anjing

China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam. Dia mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.

Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain. Dia melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir dan terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing.

Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu. Seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza. Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil.
Sumber: Kosmo
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreBiri-Biri Lahirkan Anak Anjing

Video Bunuh Diri Di KB Mall

Entri ini mengandungi 4 buah video detik-detik cemas cubaan gadis membunuh diri di KB Mall.


Diatas merupakan 4 buah video amature cubaan membunuh diri oleh seorang gadis di KB Mall, Kota Bharu Kelantan. Sumber video tersebut adalah dari Youtube dan Facebook. Sedikit info;
  • Berlaku pada lebih kurang jam 4 atau 5 petang tadi (24/03/2011).
  • Berlaku di bangunan KB Mall (Kota Bharu, Kelantan).
  • Punca bunuh diri, ada yang mengatakan putus cinta, ada juga yang mengatakan kecewa dengan keputusan SPM.
  • Dikatakan juga gadis tersebut merupakan seorang pelajar.
  • Gadis tersebut masih hidup dan dikhabarkan hanya cedera ringan kerana pihak bomba telah meletakkan 4 buah tilam di bawah bangunan.
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreVideo Bunuh Diri Di KB Mall

Belasah Ibu Sebab Kahwin Lain

KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an itu mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu. Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang.

Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.

Suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah. Suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.
Sumber: Harian Metro
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreBelasah Ibu Sebab Kahwin Lain

Lagu Untuk Blogger Dari Band HUJAN

Termakan hasut, dan tulisan si orang utan,
Di atas pokok, akui si penulis blog,

Kasihan... mungkin dia tidak punyai kepakaran..,
Kasihan... mungkin dia perlukan perhatian..,

Kembali, kepada tempat asal mu,
Ku janji takkan lepas genggaman mu,
Kesat air mata, ku mahu kau senyum seperti, bunga menguntum,

Nama misteri, kadang tiada panggilan,
Coretan batu, api dengki seorang insan,

Kasihan... mungkin dia tidak punyai kepakaran..,
Kasihan... mungkin dia perlukan perhatian..,

Kembali, kepada tempat asal mu,
Ku janji takkan lepas genggaman mu,
Kesat air mata, ku mahu kau senyum seperti, bunga menguntum,

Kembali, kepada tempat asal mu,
Ku janji takkan lepas genggaman mu,
Kesat air mata, ku mahu kau senyum seperti, bunga.. wooo,

Kembali, kepada tempat asal mu,
Ku janji takkan lepas genggaman mu,
Kesat air mata, ku mahu kau senyum seperti, bunga.. menguntum..

Tajuk Lagu: Kasihan
Artis: Hujan
Album: Lonely Soldier Boy 2010
Facebook: HUJAN
*Klik PLAY pada encoder diatas untuk dengar lagu ini
*Ini Draft Post Tahun Lepas | Sumber Encoder : 4shared.com | Sumber Gambar dan Lirik : Google
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreLagu Untuk Blogger Dari Band HUJAN

Gambar Supermoon Diseluruh Dunia

Supermoon di St Michael's di bukit Glastonbury Tor
Supermoon di Manchester's Trafford.
Supermoon di i atas University of Florida, AS.
Supermoon di menara St Michael's di bukit Glastonbury Tor di Inggris.
Supermoon di langit Somerset, Inggris.
Supermoon di Makassar, Sulsel.
Supermoon di atas Lincoln Memorial, Washington DC.
Supermoon di atas Capitol Dome, Washington, AS.
Supermoon di Karachi, Pakistan.
Supermoon di London Timur.
Supermoon di Peak District dekat Manchester.

Supermoon dilihat dari Terminal 3 Bandara Manchester, Peak District.
Supermoon di langit Jakarta.
Supermoon di langit Alda, Nebraska, AS.
Supermoon di langit Alda, Nebraska, AS.
Supermoon di menara radio dan tv di Berlin.
Supermoon di Madrid, Spanyol.

Sumber Gambar : Untukmu Untukku
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreGambar Supermoon Diseluruh Dunia

Gambar Supermoon Yang Awesome

Supermoon? Ape benda supermoon tu? Supermoon merupakan istilah yang diberi para saintis untuk menggambarkan keadaan dimana jarak Bumi dengan Bulan kelihatan lebih dekat dari biasa iaitu 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Supermoon ni berlaku pagi tadi iaitu lebih kurang jam 2 pagi. Jom tengok gambar supermoon yang dikatakan tu. Sumber gambar tersebut ialah dari blog sahabat Mknace Unlimited dan forum falak-online.net




Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar dan jelas
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreGambar Supermoon Yang Awesome

Keputusan SPM Keluar Rabu Ini

Petaling Jaya: Keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diumumkan pada Rabu ini (23 Mac 2011).

Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataannya semalam berkata, calon boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada jam 10 pagi manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Seramai 467,970 orang calon menduduki peperiksaan SPM yang berlangsung pada 23 November hingga 20 Disember tahun lepas.
Sumber : mStars
**Update : Keputusan SPM juga boleh disemak melalui SMS dengan menaip SPM RESULT [NO KAD PENGENALAN] dan hantar SMS ke 15888, contoh : SPM RESULT 9301010011010 hantar SMS ke 15888. Perkhidmatan itu bermula pada 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam pada hari yang sama.

Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreKeputusan SPM Keluar Rabu Ini

FrenzyFM on Media

Salam 1 Malaysia. Tidak sampai 1 bulan FrenzyFM memperkenal dan melacarkan interface terbarunya kini sudah dapat sambutan semua pendengar terutama di Malaysia dan tidak terkecuali media cetak. Terbaru, FrenzyFM telah mengisi salah satu slot didalam Majalah Remaja Edisi Mac (15/03/2011).

Seperti semua tahu Majalah Remaja merupakan majalah No.1 untuk para remaja. Di dalam slot tersebut memaparkan 1 mukasurat penuh mengenai info menarik FrenzyFM, 'application' menarik, sedikit sejarah FrenzyFM dan beberapa perkara lain yang menarik didalam laman web FrenzyFM. Jom kita layan beberapa gambar snapshort 'FrenzyFM on media' yang diperolehi dari laman Gosip@FrenzyFM;





Jom dapatkan Majalah Remaja Edisi Mac(15/03/2011).
JANGAN LUPA LAYARI DAN SERTAI KAMI DI Www.FrenzyFm.My
Link Berkaitan: FrenzyFM Interface Baru | Sejarah FrenzyFM | Sumber Gambar: Gosip@FrenzyFM
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreFrenzyFM on Media

Malaysia Bebas Kesan Radiasi

DENGKIL - Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun. Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara ini.

Berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita.
Edit Sumber: Kosmo
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreMalaysia Bebas Kesan Radiasi

Mangsa Banjir dapat Kereta

JEDDAH: Yayasan Alwaleed bin Talal semalam mendermakan 1,000 kereta Kia kepada mangsa banjir yang terjejas teruk dalam bencana 26 Januari lalu. Yayasan dipengerusikan Putera Alwaleed Talal itu memeterai persetujuan dengan pengeluar kenderaan dari Korea Selatan itu selepas mendapati kenderaan berkenaan mudah diselenggarakan.

Turut didermakan yayasan itu, lebih 10,000 barangan keperluan rumah pada 19 Februari lalu. Alwaleed berkata, menjadi tanggungjawab yayasan berkenaan membantu mana-mana pihak yang mengalami bencana. “Tambahan pula rakyat Jeddah sentiasa dekat di hati kami,” katanya.

Pihaknya berbangga kerana diberi peluang memberi sumbangan kepada pembangunan semula mangsa banjir dan bandar raya Jeddah. Kata Muna, sumbangan kepada mangsa banjir itu dibuat selepas pihaknya menjalankan kajian menyeluruh terhadap cara terbaik membantu mereka.

Seramai 300 sukarelawan bertugas mengagih-agihkan pelbagai peralatan, termasuk mesin basuh pakaian, periuk nasi elektrik, peti sejuk dan permaidani kepada mangsa banjir. Alwaleed adalah anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dan digelar Warren Buffett Arab oleh majalah Time.

Sehingga Mac tahun lalu, kekayaan bersih Alwaleed dianggarkan bernilai RM59 bilion, menjadikan dia orang ke-19 terkaya di dunia dalam senarai dikeluarkan majalah Forbes.
Entri Ini Merupakan Entri Auto Publish | Sumber: Berita Harian
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreMangsa Banjir dapat Kereta

Ayam Berkaki Empat Ditemui

Pengusaha sebuah warung di Jalan Solok Gaung, kampung Bukit Lintang, Melaka hari ini terkejut apabila menemui seekor anak ayam mempunyai empat kaki. Anak ayam berkenaan didakwa baru sahaja beberapa hari menetas dan ditemui di dalam sebuah longkang yang letaknya tidak sampai 10 meter dari warung berkenaan.

Menurut pengusaha warung terbabit, Md Sharif Abu, 67, dia pada mulanya cuba menyelamatkan anak ayam berkenaan daripada dihanyutkan air longkang yang ketika itu mengalir deras berikutan hujan.

Namun, bagaimanapun, katanya, setelah dibawa ke warung, baru disedari rupa-rupanya ia memiliki sifat yang pelik apabila berkaki empat."Ketika itu warung saya terdapat kira-kira enam orang pelanggan dan mereka pun terkejut apabila anak ayam yang saya temui berkaki empat.

"Asalnya ayam ini bersama ibunya dengan beberapa ekor anak ayam lain berjalan-jalan untuk mencari makanan sebelum salah seekor darinya terjatuh ke dalam longkang yang mempunyai kedalaman kira-kira 0.5 meter," katanya ketika ditemui di warung berkenaan hari ini (11.3.11).
Entri Ini Merupakan Entri Auto Publish | Sumber: Malaysiakini.com
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreAyam Berkaki Empat Ditemui

Gambar Sebelum Dan Selepas Tsunami Di Jepun

Gambar dibawah merupakan gambar sebelum dan selepas berlakunya Tsunami di Jepun yang terburuk semenjak 1900 yang berukuran 9.0 skala richter pada pukul 1.46ptg (waktu Malaysia 13/03/11). Semoga gambar dibawah memberi keinsafan kepada kita dan kita doakan semoga mangsa yang terputus bekalan air dan makanan akan selamat.

SEBELUM-Arahama di Sendai pada 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Arahama di Sendai pada 2011.

SEBELUM-Yuriage di Natori pada 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Yuriage di Natori pada 2011.

SEBELUM-Fujitsuka in Sendai in 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Fujitsuka in Sendai in 2011.

SEBELUM-Sendai airport pada 2003.

SELEPAS TSUNAMI-Sendai airport pada 2011.

SEBELUM-Yuriage di Natori pada 2008.

SELEPAS TSUNAMI-Yuriage di Natori pada 2011.

SEBELUM-Fukushima nuclear plant pada 2004.

SELEPAS-Fukushima nuclear plant pada 2011.

Kamaishi sebelum and selepas tsunami.

SEBELUM Kashimaku di Minamisoma.

SELEPAS TSUNAMI-Kashimaku di Minamisoma.

SEBELUM-Ishinomaki di Miyagi pada 2007.

SELEPAS-Ishinomaki di Miyagi pada 2011.

SEBELUM-Iigohama in Miyagi in 2007.

SELEPAS TSUNAMI-Iigohama in Miyagi 2011.

SEBELUM-Yagawahama di Miyagi pada 2007.

SELEPAS TSUNAMI-Yagawahama di Miyagi pada 2011.

SEBELUM -Kashima di Minamisoma pada 2003.

SELEPAS TSUNAMI -Kashima di Minamisoma pada 2011.

SEBELUM-Haranomachi di Minamisoma pada 2003.

SELEPAS TSUNAMI-Haranomachi di Minamisoma pada 2011.

Link Berkaitan:
Ditaja oleh: Cik HB, DiGi Broadband, iPhone4, AXE, MAS, Cik CC and Others.

Read MoreGambar Sebelum Dan Selepas Tsunami Di Jepun