Special thanks to our Advertiser : 701 Panduan, Innity, Advertlets, Exabytes, 313@Somerset, 3M, 8TV, Air Asia, American Express, Bata, Bella, Biotherm, BMW, Bodrex, Burberry, Burger King, Canon, Celcom Axiata Berhad, CIMB Group, Coca-Cola Malaysia Sdn Bhd, Colgate-Palmolive Company, Dell, DiGi, Esia Telecom, FOX, Ikea, Intel Corporation, Johnson & Johnson, KFC, KLM, Mahsa, Maxis Bhd., Nestlé Product Sdn Bhd, Neutrogena, NIKE, Nokia, Oreo, Park Royal, PepsiCo Inc, Petronas, Pizza Hut, Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad, Room Service, Samsung, Sitra, Sony Ericsson, Sony Malaysia, STB, Subway, Tri Indonesia, U Mobile Sdn Bhd, UIP, Unilever and more. [Text Ads] Gel Untuk Lelaki Yang Sering Tewas? Kini Mampu Menjadi Perkasa.
[Text Ads] Stor Rumahtangga Suami Dan Isteri.. Pelbagai Yang Menarik Ada Disana!!
[Text Ads] Herba Tambahan Untuk Menjadi LELAKI Gagah, Kuat & Hebat!! 100% Herba.
[Text Ads] Dapatkan VIMAX ORIGINAL Dengan Berpeluang Membawa Pulang Galaxy Note Kepada Yang Berjaya!! Bandingkan Antara ASLI & PALSU.
[Text Ads] Ubat Kuat Lelaki Kapsul Herba RELOAD, Tambahkan Tenaga, Keupayaan, Stamina, Kekuatan, Nafsu, Kemampuan Dan Keyakinan ANDA.. RELOAD your love life!
Ingin Beriklan Secara Berpatutan Disini? Semua Saiz & Jenis Ada. Hubungi suffer8zine@yahoo.com

Sinopsis dan Trailer Filem Aku Bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si awek Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Pelakon dan watak
Syamsul Yusof: Harry
Scha : Farisa / Eisha
Salina Saibi : Sam
Shaheizy Sam: Burn
Sheera: Bell

Pengarah: Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi & Drama
Tarikh Tayangan: 17 November 2011
Durasi : 97 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Penulis & Lakon Layar: Syamsul Yusof

Read MoreSinopsis dan Trailer Filem Aku Bukan Tomboy

Video Gol Kemenangan Negeri Sembilan 2 Terengganu 1

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan kerana sekali lagi berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 3 dengan kemenangan keatas pasukan Terengganu dengan jaringan 2-1 di Stadium Shah Alam semalam. Gol pembukaan Terengganu dihasilkan oleh Ashaari Shamsudin pada minit ke 58 dan jaringan Negeri Sembilan dihasilkan oleh S. Kunanlan pada minit 81 dan gol cantik Hairudin Omar pada minit 88.
Jaringan Gol Terengganu oleh Ashaari Shamsudin

Jaringan Gol Negeri Sembilan oleh S Kunanlan dan Hairuddin Omar

Read MoreVideo Gol Kemenangan Negeri Sembilan 2 Terengganu 1

25 Lebuh Raya Tawar Diskaun Sempena Deepavali

Salam 1 Malaysia. 25 Lebuh Raya Tawar Diskaun Sempena Deepavali ini. Berikut merupakan senarai lebuhraya yang menawarkan rebat sebanyak 20 peratus kepada pengguna kelas satu yang menggunakan Touch N Go dan Smart Tag sepanjang cuti Deepavali pada Rabu ini dan 10 peratus pada hari Jumaat.
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
  • Lebuhraya Kulim-Butterworth
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), diskaun 60 sen akan diberikan kepada pengguna dari semua kelas.
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) akan menikmati diskaun sebanyak 20 sen untuk semua kelas.
Diskaun 20 peratus juga akan ditawarkan untuk tempoh sama kepada pengguna
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  • Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dari semua kelas
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) (kelas satu)
Diskaun 10 peratus pula akan diberikan kepada pengguna
  • Lebuhraya Smart (semua kelas)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) (kelas satu sahaja)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) (semua kelas)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) (semua kelas)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP) (semua kelas)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE) (kelas satu sahaja)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) (kelas satu sahaja)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) (kelas satu sahaja)
Lebuhraya yang menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus namun untuk pengguna kelas satu yang menggunakan Touch n Go dan Smart Tag sahaja, iaitu
  • Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar)
  • Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
Lebuhraya turut menawarkan diskaun sebanyak 5 peratus iaitu
  • Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Read More25 Lebuh Raya Tawar Diskaun Sempena Deepavali

Sifat Calon Isteri Yang Baik

Salam Jumaat buat semua. Kalau sebelum ini kita dapat lihat Sifat Calon Suami Yang Baik, tidak lengkap pula jika tidak disertakan dengan Sifat Calon Isteri Yang Baik. Sememangnya tiada yang sempurna didunia ini. Namun tidak salahkan jika kita berubah menjadi insan yang lebih sempurna. Berikut merupakan antara beberapa sifat calon isteri yang baik.
  • Berpegang Kepada Agama - Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
  • Kecantikan Dalaman - Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
  • Manja - Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
  • Pandai Menjaga Kecantikan - Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
  • Berakhlak Mulia - Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
  • Tidak Mempamer Aurat atau Keseksian - Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
  • Tidak Cerewet - Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
  • Memahami Lelaki - Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
  • Sejuk Mata Memandang - Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Mampu mengawal emosi dan perasaan
  • Menghormati orang lain

Read MoreSifat Calon Isteri Yang Baik

Gambar Strawberry Berwarna Putih

Strawberry berwarna putih mempunyai rasa seakan buah nenas, juga disebut dengan nama Pineberry. Genetik tumbuhan ini adalah sama dengan genetik buah strawberry merah, tetapi mempunyai rasa dan bau yang hampir sama dengan buah nenas. Berasal dari Amerika Selatan dan tumbuh sebagai tumbuhan liar tetapi hampir pupus sebelum peladang dari Belanda mengkormersialkan tumbuhan ini kira-kira 7 tahun yang lalu. -Malaysia Ria-

Read MoreGambar Strawberry Berwarna Putih

Muammar Gaddafi Meninggal Dunia?

Benarkah Muammar Gaddafi sudah Meninggal Dunia? Berikut merupakan petikan berita selepas diterjemah dan diringkaskan dari http://www.reuters.com.
Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat luka-luka yang dialami dalam dia ditangkap berhampiran asal Sirte pada hari Khamis, kata seorang pegawai kanan tentera NTC.

Peralihan Majlis rasmi Negara Abdel Majid Mlegta berkata sebelum ini bahawa Gaddafi telah ditangkap dan cedera dalam kedua-dua kaki pada waktu subuh pada hari Khamis kerana dia cuba melarikan diri dalam konvoi yang pesawat perang NATO menyerang.

Beliau juga dipukul di kepalanya, kata pegawai itu. Terdapat banyak melepaskan tembakan terhadap kumpulannya dan dia meninggal dunia.

Tidak ada pengesahan bebas ucapannya.

Gaddafi cuba melarikan diri dalam konvoi yang pesawat perang NATO menyerang, kata Majid. Ketua Gaddafi tentera Abu Bakar Younus Jabr telah dibunuh semasa penangkapan bekas pemimpin Libya, tambah beliau.

Majid berkata, pesawat pejuang NATO melanda konvoi dan melanggar empat kereta kerana ia diketuai barat. Ahmed Ibrahim, sepupu dan penasihat Gaddafi, juga ditangkap.
Laporan tersebut juga tersebar meluas di laman berita http://www.indianexpress.com/ dan http://www.abovetopsecret.com. Jika beliau benar-benar sudah meninggal dunia, Al-fatihah untuk beliau.

Read MoreMuammar Gaddafi Meninggal Dunia?

Video Iklan Petronas Sempena Deepavali


“Apakah erti kebahagiaan dalam hidup?
Adakah dengan berganding bahu, saling membantu atau bijak membezakan yang baik daripada yang buruk?
Mungkinkah terletak pada kesanggupan untuk sama memikul beban
Atau barangkali pada keazaman menyempurnakan tanggungjawab?
Dan Bersyukur atas nikmat dan anugerah yang ada di tangan kita
Mungkin apabila kita merenung kehidupan yang dilalui
Kita sedar, bahawa kebahagiaan yang kita cari
Bermula dengan cahaya yang terbit dari hati sanubari”
SELAMAT HARI DEEPAVALI

Read MoreVideo Iklan Petronas Sempena Deepavali

Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang

  • Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
  • Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
  • Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
  • Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Empat lorong dengan dua lorong motosikal akan dibina di atas jambatan ini.
  • Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
  • 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan.
  • Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini.
  • Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
  • Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.
  • Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
  • Mencapai 65 peratus (Oktober 2011) tahap kesiapan dan dijangka siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.

Read MoreFakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Sumber via Facebook

Read MoreSifat Calon Suami Yang Baik

Fakta Menarik Mengenai Facebook Yang Tidak Diketahui Ramai

Facebook kini telah menjadi salah satu fenomena, dimana kini merupakan laman kedua paling aktif dan dilayari oleh para pengguna seluruh dunia selain daripada Google. Namun banyak perkara menarik mengenainya yang tidak diketahui oleh para pengguna laman sosial nombor satu dunia itu. Kini, OnlineSchool menyediakan sebuah infografik ringkas berkaitan perkara ini, dimana mereka berkongsi akan beberapa perkara menarik berkaitan dengan Facebook yang tidak diketahui ramai. -Amanz.My-
Klik pada gambar diatas untuk saiz yang lebih besar. Sumber asal entri ini adalah dari laman Amanz.My.

Read MoreFakta Menarik Mengenai Facebook Yang Tidak Diketahui Ramai

Reka Bentuk MyKad Baru

Salam 1 Malaysia. Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya. MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

MyKad dengan struktur baru ini juga lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan. MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama

Read MoreReka Bentuk MyKad Baru

Kanser Payudara Bagi Lelaki?

  • Tidak seperti wanita, simptom kanser payudara sukar dikesan dalam kalangan lelaki kerana payudara mereka amat kecil. Justeru mereka perlu lebih peka mengenai sebarang keganjilan pada payudara mereka.
  • Kadang-kadang mereka mengabaikan tanda-tanda seperti bintik-bintik di sekitar aerola dan memicitnya kerana menganggap ia sebagai jerawat biasa.
  • Sekiranya dibiarkan, kanser payudara yang semakin parah atau masuk ke peringkat tiga dan empat berisiko tinggi menyebabkan kematian.
  • Simptom yang menunjukkan kanser payudara masuk ke tahap serius ialah benjolan di belakang puting payudara semakin membesar, puting mengeluarkan cecair atau kulit payudara dan puting susu tertarik ke dalam.
  • Lebih buruk lagi, kanser ini cepat merebak melalui salur darah dan salur limfa kerana lelaki mempunyai tisu lemak payudara yang kecil berbanding wanita.
  • Rawatan kanser payudara lelaki adalah sama seperti rawatan ke atas pesakit wanita seperti pembedahan mastektomi bagi membuang keseluruhan payudara yang dijangkiti dengan cara membuang tisu termasuk lobul, liang, tisu lemak dan bahagian kulit termasuk puting serta aerola.
  • Begitu juga dengan pembedahan lumpectomy bagi membuang bahagian yang dijangkiti sahaja sekiranya kanser payudara dikesan awal.
  • Tambahnya, rawatan selepas pembedahan iaitu radioterapi dan kemoterapi juga adalah sama.
  • Justeru, amat penting untuk membuat pemeriksaan sendiri disusuli pemeriksaan dengan pakar melalui pemeriksaan ultrasound kerana sekiranya lelaki itu menghidap kanser payudara, ketulan akan dapat dilihat dengan jelas.
  • Lelaki yang mempunyai ahli keluarga menghidapi kanser payudara berisiko lebih tinggi diserang dengan penyakit itu.
  • read more...

Read MoreKanser Payudara Bagi Lelaki?

Al-Fatihah Dato Ahmad Jais

Al-Fatihah... Dunia seni dikejutkan lagi dengan pemergian penyanyi vateran iaitu Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais. Beliau merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936.

Datuk Ahmad Jais menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi kerana mengalami masalah sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Takziah untuk keluarga arwah. AL-FATIHAH...

Sumber awal : Beautiful Nara

Read MoreAl-Fatihah Dato Ahmad Jais

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011

Salam 1 Malaysia. Semalam selesai sudah perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2011. Berikut merupakan keputusannya. Sumber gambar adalah dari laman berita Sinar Harian.
  • Selangor 3 - Perak 1
  • Terengganu 3 - Kelantan 1
  • Felda United 1 - Negeri Sembilan 0
  • Sabah 1 - T-Team 2

Read MoreKeputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011

HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

Satu perhimpunan dinamakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), anjuran pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan sebagai membantah isu percubaan memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di negara ini. Simbolik kepada acara itu ialah perhimpunan berskala besar lebih 1,000 NGO yang mewakili umat Islam bertempat di Stadium Shah Alam, dijadualkan 22 Oktober ini.

Pengerusi Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu satu usaha untuk menzahirkan suara dan pendirian umat Islam di negara ini selepas beberapa siri percubaan memurtadkan umat Islam diadakan secara agresif dan terbuka sebelum ini. Berikut merupakan senarai antara NGO yang akan menyertai perhimpunan ini :
  • Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN
  • Gabungan PEMBELA Islam
  • Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
  • Pimpinan Majlis Ugama Islam
  • Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
  • Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM
  • Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM
  • Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
  • Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  • Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS
  • Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO
  • Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  • Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  • Pribumi Perkasa Negara | PERKASA
  • Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM
  • Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS
  • Oh Media Network | Oh! Media
  • Gabungan Persatuan Silat
  • Gerakan-gerakan belia
  • Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  • Wakil-wakil rakyat beragama Islam dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam
Lihat juga :

Read MoreHIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

'‎7C' Sebab Suami Benci Isteri

  1. CABAR - Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
  2. CABUL - Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
  3. CELUPAR - Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
  4. COMOT - Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
  5. CEMBURU - Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
  6. CEREWET - Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
  7. CINCAI - Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah..... - Dr. Fadzilah Kamsah via facebook

Read More'‎7C' Sebab Suami Benci Isteri

Insuran Pelik Selebriti Barat

Seperti mana yang kita tahu insuran adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan). -Wikipedia-

Namun bagi segelintir selebriti barat, mereka insurankan aset mereka kerana mereka khuatir jika asset yang mereka miliki ditimpa kecelakaan maka akan terputus sumber pendapatan mereka. Kos insuran ada yang menjangkau jutaan sehingga bilion dolar untuk melindungi aset mereka yang berharga. Aku ada senaraikan insuran pelik selebriti barat untuk bacaan. -Aku Biomed-

$1 Bilion kaki – Mariah Carey, penyanyi

Mariah Carey

$300 Juta punggung – Jennifer Lopez, penyanyi

Jennifer lopez

$70 Juta kaki – David Beckham, pemain bola sepak

David Beckham

$31.2 Juta suara – Bruce Springsteen, penyanyi

Bruce Springsteen

$15.5 Juta suara – Rod Stewart, penyanyi

Rod Stewart

$10.6 Juta gigi – Ken Dodd, pelawak

Ken Dodd

$10 Juta senyuman – America Ferrera, pelakon Ugly Betty

America Ferrera

$7 Juta bulu dada – Tom Jones, penyanyi

Tom Jones

$3.8 Juta payu dara – Dolly Parton, penyanyi

Dolly Parton

$3 Juta payu dara – Holly Madison bintang porno Playboy

Holly Madison

$2.8 Juta kaki – Jamie Lee Curtis, pelakon

Jamie Lee Curtis

$3.2 Juta kaki – Tina Turner, penyanyi

Tina Turner

$2.2 Juta kaki – Heidi Klum, model

Heidi Klum

$1.6 Juta tangan – Keith Richards, pemain gitar Rolling Stones

Keith Richards

$1 Juta kaki – Rihanna, penyanyi

Rihanna

$317,000 misai – Merv Hughes, pemain kriket Australia

Merv Hughes

Sumber Edit : Aku Biomed


Read MoreInsuran Pelik Selebriti Barat

Steve Jobs Berketurunan Muslim

Salam 1 Malaysia. Aku tertarik dengan artikel post yang ditulis oleh sahabat soutulmujahid.com yang bertajuk "Steve Jobs Berketurunan Muslim" lalu aku kongsikannya disini. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya terlalu hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa 'mengupahnya' dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?

Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.
Artikel ini adalah berkaitan salasilah Steve Jobs yang mana bapanya beragama Islam. Artikel ini tidak menyatakan bahawa Steve Jobs itu adalah seorang muslim. Harap tidak tersalah tafsir dan mohon baca sampai habis agar tidak timbul perbalahan dan fitnah. Wallahu a'lam
Sumber maklumat:

Read MoreSteve Jobs Berketurunan Muslim

Senarai Penuh Bajet 2012

Jumlah bajet 2012 – RM232.8 bilion.
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion.
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
  • Peruntukan rancakkan pembangunan - Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
  • Kereta hibrid - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
  • RM1 bilion untuk sekolah - Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. - Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
  • Felda - Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
  • RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
  • Yuran sekolah - Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
  • Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
  • Pencen - 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
  • Kakitangan awam - Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
  • Polis - RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
  • Keluarga tentera - RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
  • Subsidi - Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Read MoreSenarai Penuh Bajet 2012

Alahai Cikgu Shida


Entri ini adalah dari blog Eh Gosip !. Berikut ialah gambar sebelum ribut taufan melanda dan merempuh cikgu shida. Dan lihat gambar di bawah neh pula ;


Keadaan cikgu shida setelah dirempuh ribut taufan. Kami disini mengharapkan agar cikgu shida cepat sembuh dan selamat daripada ribut tersebut. Amin.

Nota : Drama cikgu shida di kaca tv boleh di tonton melalui astro warna. Jangan risau jika anda terlepas. Ini kerana astro warna juga dikenali dengan nama channel astro ulangan.

Antara respond pembaca :
  • serious shit la...mmg da tak pakai tudung ke? sume tudung kene sapu dek ribut taufan ea?
  • Nak kata bangang mungkin kasar. Tapi terserah lah pada penilaian semua.
  • nampak macam wig jer tp x tau la..biar la dia pikir2 sendiri
  • dia pakai wig....tp still haram pakai wig pun
  • inilah dia betina x sdar diri..ceh igt ko lawa sgt ke betina oii!!
  • read more...
Jom terjah sumber entri ini: Eh Gosip!

Read MoreAlahai Cikgu Shida

Kematian Jobs Catat Rekod Dalam Internet

Kematian Steve Jobs bakal mencatat rekod apabila pengagum dan peminat teknologi menjadikan Internet sebagai saluran menyatakan kesedihan mereka. Sebanyak lima daripada 10 topik dipos di laman media sosial adalah mengenai Jobs, termasuk menggunakan kata kunci #ThankYouSteve dan #iSad dalam Twitter.

Dua daripada kenyataan popular Jobs - "Think Different" dan "Stay Hungry" menjadi pilihan pengguna Internet sehingga sempat menyebabkan Twitter sesak seketika akibat penggunaannya yang meluas. Penganalisis media sosial berkata, Jobs berpotensi memecah rekod sebagai isu paling banyak diperkatakan dalam sejarah Internet.

Agensi pemantau SR7 (Social Media Intelligence, Monitoring, Research and Auditing) menganggarkan, nama Jobs disebut 10,000 kali sesaat di Twitter dan dijangka kadar itu terus meningkat dan sedang menunggu kenyataan rasmi Twitter. Tetapi berdasarkan kepada jumlah yang dipantau, ia mungkin memecah rekod sedia ada. Rekod terkini dipegang penyanyi Beyonce yang mencatat 8,868 pos sesaat apabila dia mengumumkan kehamilannya.

Gambar : www.apple.com | Edit artikel : Harian Metro

Read MoreKematian Jobs Catat Rekod Dalam Internet

Gambar Muzium Terbesar Coca-Cola

Seperti semua sedia maklum, Coca-Cola merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Antara fakta menarik mengenai Coke atau Coca-Cola ialah ;
  • Peronda lebuh raya menggunakan Coke untuk membersihkan darah daripada lebuh raya selepas kemalangan.
  • Terdapatnya orang yang pernah mati sewaktu menyertai pertandingan minum Coke.
  • Coke boleh melarutkan gigi jika dibiarkannya semalaman.
Berikut pula merupakan gambar muzium Coca Cola terbesar yang terletak di Atlanta. Sumber gambar tersebut diperoleh dari laman Malaysia Ria dan maklumat mengenai Coca-Cola diperoleh dari Wikipedia.

Read MoreGambar Muzium Terbesar Coca-Cola