facebook twitter youtube Google rss
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com

Gambar Perhimpunan Anti PTPTN 14 April

Salam. Ribuan siswa dan siswi berarak dan berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Pelajar yang terdiri dari IPT seperti UPM, UKM, UTM, UIA, UPSI, UniSZA, UM, KLMU, UNISEL, UniKL dan sebagainya turut menjayakan perhimpunan ini.

Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo sebelum berarak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan siswa itu juga turut membawa kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot', 'Mansuh PTPTN' dan beberapa kain rentang lain.

Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut serta menyokong ialah YB Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar dan beberapa orang NGO dan aktivis sosial lain berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo. Jom kita lihat gambar perhimpunan sebentar tadi dari lensa penulis. Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.













































4 comments:

  1. pelik la.. berapa bnyk kerajaan nk tanggung student.. then x pikir ke perbelanjaan diorang tu sape nk tggung, cm barang2 lab.. then kalau yg blaja dip pastu smbing ijazah master lagi sume tu x nk bayar ke?? spae nk bayar gaji pensyarah n lain2?? x fikir ke sebelum buat.. klu x suke kt PM pon x yah la smpiletak kalung org mati.. hormat la sikit.. kate pelajar pandai tapi sivik xde.. sorry to say la k.. ingat senang ke nk perintah negara?

    ReplyDelete
  2. ni la jenis org yg xreti bersyukur...da pinjam pastu guna sesuka hati...bila nk bayar suh mansuhkan plak...bijak2~

    ReplyDelete
  3. mesti org2 atas yg komen ni x faham..

    ReplyDelete

Kalau dah baca jom komen, kalau tiada blog pun boleh komen, pilih Name/URL(fb, dll). Jangan lupa like Facebook Page ←LIKE US

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free