Salam, MANIA merupakan sebuah Program Realiti TV menampilkan gandingan artis & selebriti terkenal Malaysia dengan ikon-ikon penerbitan muzik tersohor yang berlangsung selama 10 minggu. Semalam debaran 10 minggu program tersebut berakhir dengan hadiah wang tunai RM500,000 dimiliki Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan peroduser tersebut wang tunai berjumlah RM300,000. Naib Juara Mania telah dimenangi oleh Stacy yang menerima RM200,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai RM100,000.
Konsert Mania! Akhir telah menampilkan 5 Bintang Mania iaitu Aril, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor dan Stacy dalam satu pentas merebut gelaran Juara Mania! yang pertama. Masing-masing membawakan dua buah lagu termasuk lagu yang didendangkan bersama artis pilihan mereka sendiri secara duet.
Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.
1. Hafiz - 28%
2. Stacy - 22%
3. Jaclyn Victor - 22%
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%
Konsert Mania! Akhir telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu-lagu hasil ciptaan ketiga-tiga Produser Mania! Konsert Akhir ini juga diserikan lagi dengan persembahan daripada Wings.
Tahniah kepada semua Bintang Mania atas persembahan yang telah dilakukan malam ini. Ternyata usaha menghasilkan persembahan yang hebat amat bermakna bagi mereka terutamanya kepada Jaclyn Victor, Stacy dan Hafiz. Sumber asal : Mania









Berlian Merah Jambu Dijual RM55 Juta
Blog Politikus

hafiz muka rezeki..:)
ReplyDelete:-) :-) :-)
ReplyDeleteSinggah sini dari mknace unlimited
Terbaeekkk!!!!
hoalah....
ReplyDelete