facebook twitter youtube Google rss
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2012 Lepasan SPM

Assalammualaikum. Berikut merupakan informasi terkini mengenai semakan keputusan untuk permohonan UPU 2012 bagi lepasan SPM. Maklumat ini dikreditkan sepenuhnya kepada eputra.com. Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui :

1. Menghubungi talian :
  • 03 8870 6767
  • 03 8870 6777
  • 03 8870 6755
  • 03 8870 6766
2. Semakan di laman web berikut :
  • http://upu.mohe.gov.my
  • http://www.jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my
3. Semakan melalui SMS dengan menaip UPU RESULT [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888.

Penerimaan Tawaran
  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA/ Politeknik dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2012.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA/ Politeknik yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
Surat Tawaran
  • Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 8 Mei 2012. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi di dalam surat tawaran tersebut.
Pendaftaran

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA dan Politeknik Premier dijadualkan seperti berikut :
  • Program Diploma IPTA – 3 Jun 2012.
  • Program Diploma Politeknik Premier – 8 Julai 2012.
  • Program Asasi :
  1. Asasi Sains Pertanian UPM – 17 Mei 2012
  2. Asasi Sains UMS – 21 Mei 2012
  3. Asasi Pintar UKM – 23 Mei 2012
  4. Tamhidi USIM – 23 Mei 2012
  5. Asasi Sains & Asasi Pengajian Islam UM – 27 Mei 2012
  6. Asasi Sains UNIMAS – 27 Mei 2012
  7. Asasi UIAM – 2 Jun 2012
  8. Asasi UiTM – 2 Jun 2012
  9. Asasi UPNM (Pelajar Kadet) – 20 Mei 2012
  10. Asasi UPNM (Pelajar Awam) – 24 Jun 2012
Bantuan Kewangan
  • Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar bagi pelajar Asasi.
Rayuan UPU
  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier diumumkan.
  • Calon yang gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 18 Mei 2012.
  • Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/ Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.
Maklumat
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan keputusan permohonan ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my.
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Kalau dah baca jom komen, kalau tiada blog pun boleh komen, pilih Name/URL(fb, dll). Jangan lupa like Facebook Page ←LIKE US

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free