Jutaan tahniah buat Caroline protege kepada Ella, kerana berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati malam semalam (10 Jun). Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.
Tempat kedua pula dimiliki oleh Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.
Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000. Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.









Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Mulai 3 Julai 201...
Blog Politikus

0 comments:
Post a Comment
Kalau dah baca jom komen, kalau tiada blog pun boleh komen, pilih Name/URL(fb, dll). Jangan lupa like Facebook Page ←LIKE US