facebook twitter youtube Google rss
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com

Analisis Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik London 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan

Salam Ramadan. Sedikit kecewa namun sangat berbangga dengan persembahan dan semangat yang ditunjukkan oleh sandaran utama emas sukan Olimpik Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei. 79 minit beraksi di pentas final badminton perseorangan lelaki Olimpik London, Chong Wei terpaksa akur dengan seteru utama beliau dari China iaitu Lin Dan.

Kedua-dua pemain terpaksa melepasi halangan yang sukar untuk mendapat tiket ke final. Pada suku akhir Lin Dan dikerah ke set penentuan sebelum berjaya menundukkan pemain dari Jepun iaitu Sho Sasaki. Chong Wei pula mula mendapat tentangan sengit dari awal saingan lagi selepas dipaksa bermain ke set penentuan semasa melawan permain kurang ternama dari Finland.

Dalam edisi Olimpik 2012 kali ini, Lin Dan yang juga permain no.1 dunia terpaksa bertarung 3 set sebelum dapat menumbangkan Chong Wei yang juga pemain no.2 dunia dalam masa 79 minit. Kekalahan Chong Wei ini juga merupakan kekalahan ke 21 daripada 29 perlawanan beliau menentang Lin Dan.

Analisis Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Lee Chong Wei Kalah Menentang Lin Dan :

Set 1
- Permainan Chong Wei tampak lebih agresif dan yakin. Lin Dan banyak membuat kesilapan terutama pada bahagian nett sebelah kiri.
- Lin Dan kerap membuat hantaran out dan Chong Wei dapat membaca pukulan bola tersebut.
- Lin Dan ketinggalan 7 mata pada pertengahan permainan sekali gus menjadi kelebihan. terhadap Chong Wei meneruskan aksi sehingga mata penamat kemenangan 21-15 terhadap Lin Dan.

Set 2
- Chong Wei tampak kurang bertenaga dan sering membuat hantaran out. Sekali sekala pukulan Chong Wei tidak melepasi nett.
- Pada set ini Lin Dan sedaya upaya mencari kemenangan dengan mendahului mata sejak awal perlawanan lagi.
- Chong Wei semakin longlai dan tewas mudah 21-10 dalam masa kurang 30 minit.

Set 3
- Set ke 3 paling mendebarkan. Kedua-dua pemain saling mengasak antara satu sama lain.
- Perlawanan sengit hingga ke akhir perlawanan dengan beberapa kali menyamakan mata iaitu 15-15, 17-17 sehingga 19-19.
- Ternyata aura Lin Dan sukar ditangani Chong Wei walaupun beberapa kali Lin Dan membuat pukulan out.
- Pada set ini Chong Wei mendapat beberapa peluang untuk menang pada akhir perlawanan namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana kalah tipis 21-19.

Selepas perlawanan tersebut Datuk Lee Chong Wei dalam status twitternya meminta maaf kerana tidak dapat membawa pulang emas pertama Malaysia dalam sukan Olimpik. Kepada Lee Chong Wei, walaupun tidak berjaya, kami sebagai rakyat Malaysia berbangga dan mengucapkan jutaan tahniah kerana sekurang-kurangnya membawa pingat perak untuk Malaysia. Malaysia Boleh!!!


23 comments:

  1. :haa tuh la.. tapi apapun Chong Wei tetap our hero..ecececeh XD

    thanks Am for this info =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuppp reyn, die la hero dihati rakyat malaysia, hope x de yg sedih x dapat mkn aiskrim percuma, heheh

      Delete
  2. proud to be malaysian

    ReplyDelete
  3. Pergh.. ni yang rasa nak kena follow twitter DLCW :)

    ReplyDelete
  4. papepun u r the best Chong Wei!... huhu,

    ReplyDelete
  5. apa pun lcw dah buat yang terbaik untuk negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!, lawan bukan calang2, pemain no1 dunia!

      Delete
  6. Tanniah kepada Datok Lee Chong Wei menyumbang pingat perak pertama untuk negara di sukan Olimpik London 2012.

    ReplyDelete
  7. sedih, tapi tetap bangga dengan DLCW! our hero!

    ReplyDelete
  8. sedih... tapi walaubagaimanapun tetap gembira... gembira dalam kesedihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawa dalam tangisan ya bro? wah dah mcm lirik lagu pulak

      Delete
  9. yeah..aku betul2 nampak LCW berusaha sungguh2.. bukan sbb nak 4 juta tu je.. tahniah dan kami sentiasa berada d belakang anda :D

    p/s - Koo Kien Kieat bila nak belajar dari LCW erti 'bersungguh2' ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa sakit ati tgk koo dgn tan main, banyak out kot, fuhhh

      Delete
  10. VEN. ASHIN INDAKA: CROOK”DIRTY SEX” OF MYANMAR BUDDHIST MONKS
    http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
    Kepada rakyat Malaysia yang hormati,
    Suka-lah kita memberitahu bahawa Sami Negera Myamnar kebanyakannya ajaran sesat, banyak permikirannya yang tak betul, main perempuan, tipu wang orang ramai dan lain-lain.

    Seorang Myanmar Sami Buddha (VEN. ASHIN INDAKA) bertinggal SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) yang sama jahat.

    Harap orang ramai, khasnya rakyat Malaysia mesti jauhkan sami Myanmar ini. kami harap juga Kerajaan Malaysia lebih mengambil perhatian Sami Buddha yang di upah dari luar Negeri, supaya rakyat Malaysia dan Nagera dapat di selamatkan. Sekian, Terima Kasih

    Respect to people of Malaysia,
    Likely, we are told that the Myanmar monks mostly false teaching, many impress notions which are not right, play girl, cheating of the public money and others.

    Myanmar Buddhist Monk (VEN. ASHIN INDAKA) stayed at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) as same bad.

    Hope all people; especially Malaysians must far away Myanmar's monks. We hope more Malaysia’s Government also noted that the wages of Buddhist monks from the other countries, so that the Malaysian and country can be saved. Thank you

    尊敬的马来西亚人民,
    我们想告知,缅甸僧侣多半是假的教学,观念是不正确的,玩女人,谎言,欺骗金钱………

    缅甸佛教的僧侣 (VEN. ASHIN INDAKA) 住在 SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK ” MCA GOMBAK” PRESIDENT) 同样糟糕。

    希望所有的马来西亚人, 都应该注意远离缅甸的僧侣。我们更希望马来西亚政府注意,外来的僧侣. 谢谢

    EVRERYONE CLICK HERE TO SEE MORE INFORMATION: http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
    “VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR): CROOK OF MYANMAR BUDDHIST MONKS (MUST WATCH)”

    ReplyDelete

Kalau dah baca jom komen, kalau tiada blog pun boleh komen, pilih Name/URL(fb, dll). Jangan lupa like Facebook Page ←LIKE US

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free