facebook twitter youtube Google rss
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
[Text Ads] LETAK IKLAN TEKS ANDA DISINI!
Untuk beriklan disini sila hubungi suffer8zine@yahoo.com

Resepi masakan Bergedil Ayam

Salam Ramadan buat semua. Jangan klik pangkah dulu, anda berada didalam blog yang betul. Sempena Ramadan ini aku nak kongsi 1 resepi mudah untuk korang semua iaitu resepi masakan Bergedil Ayam. Apa itu bergedil? Bergedil ialah makanan yang berasaskan kentang dan dicampur dengan ayam atau daging untuk rasa yang berlainan. Boleh la masak untuk berbuka puasa nanti. Jadi, bagaimanakan cara penyediaan Bergedil Ayam ni? Mudah sahaja, mula-mula kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan bagi penyediaan resepi ini :
  1. Dada atau isi ayam.
  2. 1/2 kg ubi kentang.
  3. 5 sudu besar bawang goreng.
  4. Sedikit garam halus.
  5. 10 biji lada jarum (lada lain pun boleh).
  6. 2 ulas bawang putih.
  7. Kicap manis.
  8. 2 biji telur ayam.
  9. Minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya :
  1. Mula-mula rebus dada atau isi ayam hingga empuk ketepikan sesudah masak.
  2. Kentang di potong dadu kemudian digoreng hingga kekuningan.
  3. Tumbuk kentang dan isi ayam tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan bawang goreng, garam secukupnya.
  5. Kemudian bentukkan bulat2 dan penyekkan sedikit.
  6. Celurkan dalam telur yang sudah dipukul kembang dan goreng didalam minyak yang panas.
  7. Dan akhir sekali kisar lada, kicap dan bawang putih untuk dibuat pencicah.

10 comments:

  1. wahhh am masak plak skunk...kikiki....owhh pakai lada jarum eyk? BL pakai blackpepper blender pastu gaul sekali ngn bergedil...urmppphh!! hahhaa...sedap2~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe boleh juga, hehe bukan ape nk beli skg mahal, markup harga, hehe

      Delete
  2. mcm senang je ni

    ReplyDelete
  3. hoho, teringat membe aku buat bergedil dulu, rasa dah ada, tapi lembik.

    aku nak try lah esok, ataupun jap lagi. hewhew,

    ReplyDelete
  4. boleh try ni, tq

    ReplyDelete
  5. Memang layan bergedil. Lihat gambar sudah tahu sedap. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, aku pula makan bihun sup ke soto ke baru ingt bergedil, hehe

      Delete

Kalau dah baca jom komen, kalau tiada blog pun boleh komen, pilih Name/URL(fb, dll). Jangan lupa like Facebook Page ←LIKE US

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free